CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Muat Naik Video Kaki Terketar-Ketar, Waris Perli Maya Karin?

5-12-2022 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4720| Komen: 22

Description: Penyanyi rap, Waris mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video memaparkan keadaan kakinya terketar-ketar ketika berada di sebuah majlis terkemuka, baru-baru ini.
Penyanyi rap, Waris mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video memaparkan keadaan kakinya terketar-ketar ketika berada di sebuah majlis terkemuka, baru-baru ini.


Perkongsian tersebut telah mencetuskan rasa kurang senang serta menimbulkan 1,001 persoalan dalam kalangan netizen berhubung motif sebalik video yang dimuat naik.

Foto: Tiktok

“Anxiety tidak dibenarkan di sini,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen beserta emoji ketawa.

Umum sedia maklum, heboh di media sosial mengenai pelakon berkaliber, Maya Karin yang diserang anxiety di anugerah berprestij Festival Filem Malaysia (FFM) ke-32, Jumaat lalu.




Susulan itu, segelintir netizen mendakwa Waris sengaja membuat content sedemikian dan disyaki memerli insiden yang berlaku terhadap aktres filem popular Pontianak Harum Sundal Malam itu.

Namun begitu, ada juga dalam kalangan pengikut pelantun lagu Gadis Jolobu ini mempertahankan Waris dan menafikan penyanyi rap itu memerli Maya.

Menurut mereka, keadaan kakinya yang terketar dan tidak senang duduk seakan membuktikan Waris juga mempunyai masalah anxiety.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan daripada pihak Waris sendiri berhubung video tersebut. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 5-12-2022 06:06 PM
eh eleee itu pun perli ker??
poyooo la nitizen... normal ler goyang2 kaki tuh...
Quote heythere123 5-12-2022 06:10 PM
laksmanabentan replied at 5-12-2022 06:06 PM
eh eleee itu pun perli ker??
poyooo la nitizen... normal ler goyang2 kaki tuh...

tu lah, iols ingatkan dia buat lakonan semula ke, ulang dialog si pontianak ke apa
Quote jambatannetizen 5-12-2022 06:35 PM
Aku tengok video ini tak ada apa pun. Serious batu api tt ini takpayah buat org bergaduh.
Quote alesandra 5-12-2022 06:40 PM
Ada ffm ke? apa filem terbaik?mana nak tgk results
Quote rosedemon 6-12-2022 10:25 AM
dah tu mksdnya dia perli ke apa. mohon waris tampil
Quote sara_thrash 6-12-2022 02:51 PM
“Anxiety tidak dibenarkan di sini,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen beserta emoji ketawa.

tak tahu lah dia maksudkan diri dia sendiri atau dia sebenarnya perli MK
Quote KamikuP 6-12-2022 03:02 PM
Lor ada lgi ke mamat ciplak lagu ni?
Quote jambatannetizen 6-12-2022 03:13 PM
sara_thrash replied at 6-12-2022 02:51 PM
“Anxiety tidak dibenarkan di sini,” tulisnya ringkas di ruang kapsyen beserta emoji ketawa.

tak t ...

Kalau dia perli apa masalah dia dgn maya? Jarang jnatan buat mcmni.
Quote sara_thrash 6-12-2022 03:50 PM
jambatannetizen replied at 6-12-2022 03:13 PM
Kalau dia perli apa masalah dia dgn maya? Jarang jnatan buat mcmni.

i lebih syak kepada dia maksudkan diri sendiri sebab tengok dari gaya dia yang tak boleh duduk diam tu. tapi apa2 dia je yang tahu. hehehe

Quote ReginaGeorge 6-12-2022 03:53 PM
Caption tu dah jelas dah..memang tak perli, tapi menganjing je..
Quote MilanAdelynn 6-12-2022 05:18 PM
Memganjing je ni. Lantak ko la waris. Tgok2 kan bini sama kang kena serang anxiety lak sbb suri rumah kan? Ah gituuu
Quote acepark 6-12-2022 05:23 PM
backup baik punya.ko x pernah kerna anxiety leh la ckp
Quote supernaturalee 6-12-2022 05:34 PM
ReginaGeorge replied at 6-12-2022 03:53 PM
Caption tu dah jelas dah..memang tak perli, tapi menganjing je..

klu btl menganjing mmg x kelakar ye
iols yg tgk mlm tu pun dh nmpk lain mcm maya masa berdiri sblh faizal hussein
serba x kena, sampai menggeletar 1 bdn, bercakap pun shaky

tp dpt habiskan tugas dia
ms bg award pun dgn berkaki ayam je tgh2 stage encore yg meletop tu

profesional, same goes to faizal hussein, dgn gentlemannya, tenangkan maya tgh2 live mcm tu



Quote Dolmat 6-12-2022 05:45 PM
Edited by Dolmat at 6-12-2022 05:46 PM

Nanti Kau, Bini Kau kena anxiety, panic attack baru Kau tahu nasib Kau!  Bangang nyer budak nogori!
Quote nena9042 6-12-2022 05:50 PM
Rasanya sebab caption dia tu yang buat orang fikir dia perli/mganjing maya. Kalau takde caption tu, orang tengok dia buat peace je.
Quote jambatannetizen 6-12-2022 06:35 PM
Dolmat replied at 6-12-2022 05:45 PM
Nanti Kau, Bini Kau kena anxiety, panic attack baru Kau tahu nasib Kau!  Bangang nyer budak nogori!

Aku mmg anti dgn org yg suka nganjing org dkt social media. Nampak bodoh.
Quote spy_caridotdot 7-12-2022 11:44 PM
Apa yang dia perli? Tak nampak apa pun?
Quote rainbowrainz 8-12-2022 07:58 AM
Apa yg dituai skrg ni lah hasil col cok cok.....
Quote sudirmanistas 8-12-2022 08:16 AM
Baca tajuk tadi ku fikirkan siapa la waris Maya Karin mana la yang perli dia

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065006 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top