CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wanna Ali Dah Biasa Hidup Mewah, Nak Suami Yang Kaya Sahaja

5-12-2022 05:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9165| Komen: 93

Description: Wanna Ali sudah menetapkan jodohnya kelak hendaklah seorang yang mampu memberikan kesenangan hidup buatnya.
Wanna Ali sudah menetapkan jodohnya kelak hendaklah seorang yang mampu memberikan kesenangan hidup buatnya.

Memetik laporan Harian Metro, Wanna atau nama sebenar Nor Syazwana Mohd Ali memberitahu itu antara kriteria wajib bagi lelaki yang ingin mendekatinya.


Foto: IG

“Sekarang saya mencari lelaki yang boleh bimbing saya dunia dan akhirat. Ibu bapa saya sendiri pun pastinya nakkan calon menantu yang kewangan stabil, kesimpulannya boleh jaga saya lebih baik berbanding mereka.

“Itu standard, bukan nak cakap ‘demand’. Sebab saya sudah biasa hidup selesa. Jadi kalau saya berkahwin dan hidup dalam kesusahan, saya takkan biarkan itu berlaku.



“Lagi pula, itu bukannya saya tak mampu menyara diri pun dan saya ada hak untuk memiliki ‘high maintenance’. Sebab saya sendiri yang memastikan hal itu dijaga dengan rapi,” katanya.

Menurut pelakon Adakah Engkau Menungguku ini, dia sudah hidup berdikari sejak tamat zaman persekolahan dan disebabkan itu dia akan pastikan calon suami wajib beri keselesaan hidup buatnya.



“Sewaktu habis sekolah dan berada di universiti pun, saya bekerja sendiri cari duit. Ibu cuma bagi duit tuisyen dan belanja yang lain-lain, saya tanggung sendiri.


“Jadi, kalau saya berjodoh dengan lelaki yang tak boleh berikan apa saya boleh berikan kepada diri sendiri, kenapa saya perlu lelaki sebegitu?,” katanya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mina2215 5-12-2022 06:10 PM
Tak salah nak lelaki kaya. Itu hak dia

Cuma jarang sangat la lelaki kaya ni muda dan bujang. Paling² pun duda

Biasanya lelaki² kaya ni kebanyakan laki orang, umur lanjut
Quote Sazreena 5-12-2022 06:32 PM
Laki muda kaya usually yg mmg makan reta keturunan..kalau cina muda kaya lak yg ceo muda startup fintech.
Quote sukacactus 5-12-2022 06:37 PM
Hak dia untuk memilih
Quote Lvstar 5-12-2022 06:40 PM
Ok la atleast dia jujur nak lelaki yg macam mana lagipun memang hak dia utk pilih
Quote putu 5-12-2022 06:48 PM
Mana ada pmpn nk hdp susa lepas kahwin
Quote Piramida 5-12-2022 06:54 PM
Eloklah jujur.
Bkn apa memang zaman ni kita pun x nak susah buat sakit kepala je.
Quote nurul_akmar 5-12-2022 06:54 PM
Betulla tu.. dia ada hak memilih. Dh la cantik.. kaya.. xkn nk pilih yg susah
Quote Suchi 5-12-2022 06:59 PM
Baguslaa dik jangan menanggung mat berat aka bewak.

Awak berhak je nak hidup selesa mcm mana yg mak pak awak berikan.
Cuba pikir logik yaa korang dr dlm perut hidup selesa sampai dewasa tiber2 dh kawen kena hidup lagi susah plak. Baik la takyah kawen kalau camtu.
Rasanya kita sbg mak pak takmo anak2 kita hidup melarat bila kawen.
So bagusla pendirian dia gitu, iols dulu pesan kat adik2 iols gitula
Tak perlu balas jasa iols bantu dorang belajar dulu tp kalau nak balas pastikan jgn hidup susah bila dh abis belajar. Keje elok2 dan cari lelaki yg semenggah.
Takmo bila dh kawen, duk meminjam duit sana sini padahal masa bujang semua cukup.
Quote orkidorkido 5-12-2022 07:27 PM
Oklah, sekarang masyarakat dah boleh terima hang cakap macam tu. Elok la if you know exactly wat you want
Quote NurAlia14 5-12-2022 07:34 PM
Bagus..dia ada clear direction utk hidup dia..cuma satu jela selalunya kita xkn dpt apa yg kita nk..semoga cita cita adik ni tercapai
Quote chandrahusin 5-12-2022 07:39 PM
Aku ada sikit keliru rupa dia ni
Dgn Juliana eh yg nak kawin dgn ex Lufya tu
Tapi bagus la nakk kau tau apa yg kau nak
Boleh idup sng buat apa idup susah
Quote jambatannetizen 5-12-2022 07:41 PM
NurAlia14 replied at 5-12-2022 07:34 PM
Bagus..dia ada clear direction utk hidup dia..cuma satu jela selalunya kita xkn dpt apa yg kita nk.. ...

Kadang apa yang kita tak nak mendapat pulak
Quote virgocircus 5-12-2022 07:51 PM
Eh dia pelakon ea? Mcm pernah dgr ade penyanyi nama wanna ali gak. Org sama ke lain?
Quote kaoru44 5-12-2022 08:03 PM
bagus la..buat apa nak hidup susah..
Quote NurAlia14 5-12-2022 08:20 PM
jambatannetizen replied at 5-12-2022 07:41 PM
Kadang apa yang kita tak nak mendapat pulak

Selalu yg terjadi apa yg kita xnk kita dpt..cuba kira dlm 10 sekeliling tu, berapa org yg xnk tp dpt huhu
Quote sofi_sofia 5-12-2022 08:24 PM
Kaya, handsome, kewangan stabil, single rasanya dlm mimpi ko jerlah kot …

Tp klu blh terima ala2 bung mokhtar tu bersepah lah merata
Quote winky1 5-12-2022 08:27 PM
Betul lah apa yg dia ckp tu. Tak kira lah tua ke apa asal jgn carazzzzz
Quote SalenaGomez 5-12-2022 08:41 PM
Sazreena replied at 5-12-2022 06:32 PM
Laki muda kaya usually yg mmg makan reta keturunan..kalau cina muda kaya lak yg ceo muda startup fin ...

Kalau muda n kaya  gitu pon, family dah arrange kan dgn family kaya lain…kawen on biz purpose

So last2 kalau nak yg kaya either laki tua or kawen jadi bini bernombor…gittchewwww
Quote DeLuna85 5-12-2022 09:10 PM
Selayaknya. Jangan susahkan hidup. Bukan apa dalam KRT ramai perempuan bengap.

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.053210 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top