Siti Elizad sebelum ini pernah menjadi perbualan netizen yang mengkritik punca selebriti ini sukar untuk menimang cahaya mata kerana terlalu sibuk bekerja.
Malah, ada juga segelintir netizen yang menyoalkan sama ada aktres Teman Lelaki Upahan ini jarang memasak kerana dapur di kediamannya tampak sangat bersih. Terbaharu, Elizad menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya seakan menjawab pertikaian netizen berhubung isu berkenaan. Berdasarkan hantaran tersebut, Elizad memuat naik sebuah video memaparkan gelagat suami tercintanya, Shamsul Baharin sedang mengelap dapur mereka. “Yang selalu cakap dapur tak guna sebab tak kotor langsung, inilah orangnya yang setiap kali habis masak dia yang kemas dan lap dapur. “Peneman hidup, orang yang banyak ajar erti sabar. Yang tak pernah marah,” tulisnya dalam video tersebut.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
20-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058007 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.