CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Anugerah Allah Buat Saya' - Da'i Syed Pilih Hana Ismail Sebab Banyak Keistimewaan

4-12-2022 11:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11410| Komen: 119

Description: Pendakwah bebas juga penyanyi, Da'i Syed, 27, melahirkan kesyukuran apabila selamat bergelar suami kepada pengacara, Hana Ismail, 36, hari ini.Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad ...
Pendakwah bebas juga penyanyi, Da'i Syed, 27, melahirkan kesyukuran apabila selamat bergelar suami kepada pengacara, Hana Ismail, 36, hari ini.

Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata, Hana adalah satu anugerah Allah buat dirinya.


IG Da'i Syed

"Syukur saya menjadi seorang suami kepada Nurul Hana Ismail. Pada pagi yang mulia ini, kami dapat bersama-sama dengan ulama dan habib yang mendoakan kami.

"Tarikh nikah hari ini (semalam) juga tiada apa-apa maksud, cuma dipercepatkan kerana tidak mahu proses berkenalan terlalu lama, hanya sebulan setengah saja.

"Kenapa saya memilih Hana, sebab keistimewaan dia banyak. Antaranya cantik budi pekertinya, budi bahasanya cantik dan suka ke majlis ilmu," katanya ditemui sebaik selesai majlis akad nikah itu.


Menyentuh mengenai bulan madu, Hana memaklumkan akan ke Sabah dan seterusnya ke Makkah bersama suami.



"Minggu depan, saya akan ke Sabah atas urusan kerja dakwah. Alang-alang nak ke sana bawalah suami sekali.

"Sebulan selepas itu kami akan menunaikan umrah bersama-sama dan seterusnya melawat keluarga walid (ayah Da'i Syed) di Mesir," katanya.

Terdahulu pasangan ini selamat dinikahkan oleh jurunikah, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Mohd Nazri Yacob dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan pada 11.43 pagi di Masjid Ibnu Mas'ud, semalam.

Pada majlis itu, Da'i Syed menyerahkan mas kahwin seutas gelang, manakala wang hantaran dirahsiakan.


IG Da'i Syed

Majlis akad nikah itu dihadiri oleh 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Turut kelihatan hadir selebriti Datin Seri Umie Aida, Irma Hasmie dan Sharifah Haslinda.

Dai Syed bertunang dengan Hana pada 16 November, baru-baru ini. Pasangan itu akan diraikan dalam majlis resepsi di sebuah dewan di Shah Alam, semalam. 


Sumber: HM Online





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 4-12-2022 11:18 PM
Putihnya kulit heol.
Quote Fly_over 4-12-2022 11:23 PM
kekekekeke
Quote amyfaha 4-12-2022 11:45 PM
Semalam malu2 kelentik nak bersalam. Pui pui
Quote matjerk 5-12-2022 12:07 AM
Jauh jugak beza umur... pmpuan 4tahun lg masuk 40?
Quote alieyrina 5-12-2022 01:36 AM
Apa perasaan mangsa dia tgk mejelis kawen ni ekk
Quote jambatannetizen 5-12-2022 02:25 AM
Erk… muntah muntah MUNTAHHHHHHHHHH
Quote missyL 5-12-2022 03:44 AM
Mesti mangsa2 trigger balik tgok si wukong ni masok  fb ape bagai sbb nikah nie

Terpaling btol pakaian die
Klo x org x thu die alim
Quote missyL 5-12-2022 03:45 AM
alieyrina replied at 5-12-2022 01:36 AM
Apa perasaan mangsa dia tgk mejelis kawen ni ekk

Kan..
Mesti trigger balik

Dah la mangsa mmg ade yg depression dah
Smpi gugur kes
Semoga dipermudahkan bg mangsa2 hadapi saat ini

Kesian


Quote missyL 5-12-2022 03:46 AM
amyfaha replied at 4-12-2022 11:45 PM
Semalam malu2 kelentik nak bersalam. Pui pui

Mmg puiii sgt
Quote margo20 5-12-2022 07:51 AM
Fake gile janggut mcm tampal
Quote Note8687 5-12-2022 08:06 AM
Malam pertama wukong ni mesti pura2 malu, tak tau skill acah2 innocent. Phuiiiiiiii. Masa nak salam batal wudhuk pun dah acah2 suci. Phuiiiiiiii lagi sekali
Quote ayukpingu 5-12-2022 08:48 AM
amyfaha replied at 4-12-2022 03:45 PM
Semalam malu2 kelentik nak bersalam. Pui pui

lepas tu kat majlis resepsi, adegan usap usap janggut pulakk...euwww.
Quote Kancilkering 5-12-2022 08:51 AM
ramai pula agamawan  community yg dtg ye … kenduri…ye lah org dh jemput….
Quote emera 5-12-2022 08:54 AM
Tak mampu aku nk dia baik2 utk diorg.
Quote virgocircus 5-12-2022 08:56 AM
Laki yg noty mmg bila kawin cari pompan solehah. Dah byk kes.
Quote black_handbag 5-12-2022 09:01 AM
lebarnya senyuman andartu ni.. dah 36 rupanya sheols. beza dkt 10 tahun dgn daie terpaling ni. dia ni mmg hover segala benda, kalau bercakap jadi host kat tv macam tak nak berenti. mcm murai tercabut ekor. elokla ko daie terpaling dpt bini kertu mcm ni
Quote noorhairiahma 5-12-2022 09:02 AM
tak nak doa apa2
Quote prince_marhaen 5-12-2022 09:03 AM
"Antaranya cantik budi pekertinya, budi bahasanya cantik dan suka ke majlis ilmu,"


Time nak kawin pilih semua yang cantik, time nak menjalang, siapa-siapa pun jadi mangsa kau ye jantan sundal.

Kesian mangsa-mangsa yang sampai depression & sakit mental sebab binatang Wukong ni...

Tak reti nak doakan yang baik-baik.... so Hana, ENJOY!!!
Quote SherryZass 5-12-2022 09:29 AM
Geli & malu pulak aku tengok gambar berpeluk gitu. Kata alim ulama lah kengkonon. Chaittt..podahhh. Goodluck utk masa depan bersama

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.102960 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top