CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nampak Gelap Sebelum Buat Persembahan, Chombi Pengsan Di Karnival Jom Santai

4-12-2022 09:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4430| Komen: 42

Description: Pengunjung gempar apabila Chombi pengsan sebelum membuat persembahan di Karnival Jom Santai di Aeon Mall Taiping, Perak pada malam Sabtu.IG ChombiHarry Khalifah yang juga bapa kepada penyanyi itu memb ...
Pengunjung gempar apabila Chombi pengsan sebelum membuat persembahan di Karnival Jom Santai di Aeon Mall Taiping, Perak pada malam Sabtu.


IG Chombi

Harry Khalifah yang juga bapa kepada penyanyi itu memberitahu anaknya dikejarkan ke hospital akibat mengalami masalah tekanan darah rendah selain baharu sahaja pulih daripada demam.

"Beberapa langkah nak naik pentas, Chombi tumbang... sebenarnya Chombi baru lepas baik demam selain sedang datang bulan ditambah pula kehadiran orang ramai serta lighting yang panas membuatkan dia tak selesa.

"Sebelum pengsan dia dah kata nampak macam gelap, tahu-tahu dia pengsan. Doktor yang merawat memberitahu dia mengalami tekanan darah rendah," katanya kepada mStar.




Bagaimanapun, Harry bersyukur apabila Chombi atau Siti Maryam Ahamad Sairi, 15, dibantu seorang jururawat yang kebetulan berada di acara itu sebelum di bawa ke hospital berhampiran.

"Nasib baik ada jururawat masa itu, dia terus bertindak cepat. Dia yang bawa kami ke hospital berdekatan," katanya.




Berkongsi keadaan Chombi, Harry memaklumkan akan membawanya mendapatkan rawatan di hospital sekali lagi ekoran anaknya itu mengadu sakit dada dan mengalami masalah semput.

"Ini saya nak bawa Chombi ke klinik lagi sebab dia kata dia macam semput dan sakit dada, sedangkan kami tidak pernah ada yang semput. Chombi ini kalau demam memang sangat manja," ujarnya.



Meninjau ke akaun Instagram Chombi pula, penyanyi muda berkenaan memohon maaf kepada peminatnya di Taiping berikutan tidak dapat membuat persembahan di sana.


Sumber: mStar





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Goodluckdontcry 4-12-2022 11:05 PM
Muka ko dik klu xmekap..kan seiring usia..muda remaja..ni tak..mekap mcm tepung gomak..ko nak berlakon dlm cite opera cina ke ko nak nyanyi2 dik? Kehkehkeh
Quote beta_carotene 4-12-2022 11:15 PM
anak sebagai sumber pendapatan keluarga...
Quote slyfynx 4-12-2022 11:35 PM
Who is this Chombi person?
Ni budak yang bapak marah kalau cakap ngn anak die tu eh.
And tajuk lagu macam budak tadika mengeja SAYUNK tu eh?
Quote alieyrina 5-12-2022 01:35 AM
Comei ja aku tgk kalau x mekap cam rentua tu
Quote dudaberhias 5-12-2022 02:10 AM
ayah dia ke sebelah tu...
Quote cikpisang 5-12-2022 02:14 AM
Chombi ni setiap kali keluar video dia tgh menyanyi mesti ada si apak ni dok dekat kan. Menyemak betul. Ko duduk la tepi stage ke belakang stage ke ni tak, every frickin time ko nak ada kat tengah2 stage tu sekali mcm org bodo. Menyampah aku tengok. Semak. Lpstu budak ni baru 14 tahun rupanya. Terkejut aku bila tahu, ingatkan dah 20 ke apa..
Quote missyL 5-12-2022 03:48 AM
Elok mekap tipis2 je dik
Lg cntik
Quote missyL 5-12-2022 03:49 AM
Goodluckdontcry replied at 4-12-2022 11:05 PM
Muka ko dik klu xmekap..kan seiring usia..muda remaja..ni tak..mekap mcm tepung gomak..ko nak berlak ...

Tu la
Elok lg x mekap
Quote nazriatie 5-12-2022 05:51 AM
Bapak pun aku x kenal walau dh nyanyi lama katanya..anak apatah lg
Quote sukacactus 5-12-2022 06:01 AM
Pic pakai hoodie tu br nampak rupa budak remaja
Quote teen_angelJB 5-12-2022 06:06 AM
nazriatie replied at 5-12-2022 05:51 AM
Bapak pun aku x kenal walau dh nyanyi lama katanya..anak apatah lg


Serius ko xkenal...kumpulan khalifah kot...
Quote Suchi 5-12-2022 07:03 AM
Dia sekolah lg ke tak? Sana sini buat persembahan sampai pengsan2 plak.

Btw kenapa mesti Ahmad Sairi tu nak ada kat setiap gambar chombi neh?
Selfi dan live sambil baring sebelah bagai,sedar pun kan anak tu masih bawah umur so rasa nak kena teman dia tiap masa la ye bila live bagai ke apa?
Quote nazriatie 5-12-2022 07:09 AM
teen_angelJB replied at 5-12-2022 06:06 AM
Serius ko xkenal...kumpulan khalifah kot...

Mmg x kenal
Quote JalaEmas 5-12-2022 07:26 AM
Muka ank dia cp muka mak 99.99999%...amboi kat fb kemain gedik jantan2 berstatus laki org duk menggedik komen kt post apak nih..yg berdp laki bini pon gatai nakmampos..
Quote melinda_kerr 5-12-2022 08:53 AM
bapak die ke tu....haram aku tk kenal siapa budak chombi ni...sian kau dik. muda2 dah kena kerja
Quote Sesuatu… 5-12-2022 09:02 AM
pakerpatel: Lastly, always bring your driv ...


Sir yes sir!
Quote sangbara2020 5-12-2022 09:05 AM
anak dia opkos ikut muka mak nye kheunn
Quote epullipan 5-12-2022 09:11 AM
huhuhu bapak jaga betul tu..sumber pendapatan keluarga nampaknya..
Quote bulalof 5-12-2022 09:13 AM
beta_carotene replied at 4-12-2022 11:15 PM
anak sebagai sumber pendapatan keluarga...

perah selagi boleh........

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.069000 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top