CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semoga Menjadi Cahaya Buat Seluruh Ummah," Mizz Nina Sambut Ulang Tahun Kelahiran Musa Yang Pertama

2-12-2022 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2276| Komen: 12

Description: Sempena sambutan ulang tahun kelahiran pertama anak angkatnya, Musa, Mizz Nina menyentuh hati ramai apabila menitipkan doa indah penuh bermakna buat bayi itu.
Sempena sambutan ulang tahun kelahiran pertama anak angkatnya, Musa, Mizz Nina menyentuh hati ramai apabila menitipkan doa indah penuh bermakna buat bayi itu.

Dalam karangan panjang yang ditulis pemilik nama sebenar Shazrina Azman, 42, menerusi hantaran Instagram, doa utama yang dititipnya agar Musa dipilih untuk sentiasa berada di bawah naungan dan lindungan Allah SWT.

Foto: IG

“Ya Rabb, aku serahkan dia kepada-Mu, pilihlah dia untuk selalu berada bawah naungan-Mu, perlindungan, petunjuk, rahmat dan keampunan-Mu.

“Rahmatilah dia dengan ilmu dan hikmah, kemanusiaan, kesabaran, pekerti yang baik, kesihatan, rakan-rakan dan guru soleh,” tulisnya.


Malah, pengacara yang juga aktivis kemanusiaan itu juga mendoakan agar Musa sentiasa mengikut ajaran al-Quran agar kelak menjadi panduan buatnya untuk apa jua pilihan dilakukan dalam kehidupan.



“Kurniakan tarbiyah yang baik, bantulah dia membesar dan belajar daripada kesilapan dan kegagalannya.

“Paling penting, semoga dia meninggalkan legasi yang kuat dan menjadi cahaya buat seluruh ummah,” katanya.

Dalam perkongsian sama, bekas isteri vokalis Hujan, Noh Salleh itu turut menyertakan sepotong hadis sahih daripada Abu Daud tentang doa meminta perlindungan daripada Allah.

“Aku meminta perlindungan untukmu dengan kalimah-kalimah Allah yang Maha Sempurna daripada syaitan, binatang berbisa dan mata yang dengki,” tulisnya lagi.



Sementara itu, Mizz Nina turut memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana berpeluang menjadi seorang ibu kepada Musa.

Wanita itu juga menyifatkan Musa sebagai seorang bayi yang sangat istimewa, comel dan suka ketawa.

“Awak bayi yang istimewa, comel sangat masya-Allah, suka ketawa dan ucap hello kepada semua orang serta cukup ramah! Awak juga suka kongsi makanan dengan orang lain.

“Awak juga bawa kebahagiaan kepada setiap orang yang berjumpa awak. Benar-benar satu hadiah dan amanah yang saya harap boleh jaga dengan cara paling terbaik,” ungkapnya penuh bahagia.




Musa merupakan anak angkat kepada Mizz Nina dan Noh sejak Januari lalu selepas mereka menanti dengan penuh kesabaran dan melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan zuriat.

Bagaimanapun selepas lapan bulan mengambil Musa, rumah tangga pasangan itu yang terbina sejak 2 Julai 2011 terlerai di tengah jalan apabila mereka berpisah pada Ogos lalu. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 2-12-2022 07:06 PM
Happy Birthday Musa
Quote de_ikea 2-12-2022 07:14 PM
Happy birthday musa
Quote jihyomelly 2-12-2022 07:38 PM
happy birthday musa…bagus disayangi bapak dgn mommy even dah berpisah…
Quote Mamajiyem 2-12-2022 07:42 PM
Happy birthday Musa...
Quote Piramida 2-12-2022 07:59 PM
Selamat Ulang Tahun Lahir.
Takde pun org mengata walau sticker kn muka anak. Semua doa yg baik2.
Quote lightheaded67 2-12-2022 08:49 PM
Edited by lightheaded67 at 3-12-2022 06:59 AM

https://youtube.com/shorts/5ndtuI6Pzgg?feature=share


https://muslim.or.id/24623-al-quran-adalah-cahaya.html

https://ummetro.ac.id/bahagia-dengan-al-quran-secercah-cahaya-iman-yang-sangat-berarti/

lupa tambah, oleh itu utk topik cahaya ummah, musa boleh lah mjadi cekgu mngajar quran.  



Quote tobobon 2-12-2022 08:55 PM
Piramida replied at 2-12-2022 07:59 PM
Selamat Ulang Tahun Lahir.
Takde pun org mengata walau sticker kn muka anak. Semua doa yg baik2.

berani mengata miss nina..sheols selebriti paling maksum ya setakat ni...untunglah musa dpt mak angkat duit 7 keturunan x abis makan
Quote Piramida 2-12-2022 09:01 PM
tobobon replied at 2-12-2022 08:55 PM
berani mengata miss nina..sheols selebriti paling maksum ya setakat ni...untunglah musa dpt mak an ...

Sbb org nya pun elok tak merepek2 nak publisiti. So semua yg baik2.
Quote heythere123 2-12-2022 11:33 PM
Piramida replied at 2-12-2022 09:01 PM
Sbb org nya pun elok tak merepek2 nak publisiti. So semua yg baik2.

iyer, sheols tak cari pasal dgn orang. Sheols pon tak sibuk nak canang serata alam kisah hijrah.

Dia hijrah je, lepastu org nampak sendiri hasilnya
Quote rosedemon 3-12-2022 11:10 AM
ok pibesday musa
Quote awenda507 3-12-2022 11:17 AM
Happy birthday Musa. Moga membesar dgn sihat dan jadi anak soleh utk mommy bapak ya
Quote Hypothetically 3-12-2022 11:21 AM
Semoga Musa menjadi anak yg soleh dan taat pada perintah Allah. Ameen.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050471 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top