CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Tunggu Tindakan Peguam Kami' - Afiq Muiz Buat Laporan Polis Dakwa Difitnah Bekas Isteri

1-12-2022 01:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1752| Komen: 7

Description: Pelakon Afiq Muiz tampil membuat laporan di Balai Polis Dengkil selepas bekas isterinya, Pachara Apin didakwa memfitnahnya sebagai seorang lelaki atau suami kaki pukul.Menurut Afiq, 30, buat masa ini ...
Pelakon Afiq Muiz tampil membuat laporan di Balai Polis Dengkil selepas bekas isterinya, Pachara Apin didakwa memfitnahnya sebagai seorang lelaki atau suami kaki pukul.

Menurut Afiq, 30, buat masa ini dia menyerahkan kepada peguamnya untuk tindakan susulan berhubung tuduhan kaki pukul yang dilemparkan wanita itu.

Menerusi kemas kini berkenaan, aktor itu turut memuat naik gambarnya di depan balai polis sambil memegang dokumen berupa laporan yang dibuat.



Sebelum ini, Pachara yang berasal dari Ranau, Sabah memuat naik kenyataan dalam Facebook dan TikTok mendakwa Afiq pernah mengasarinya sehingga membuatkan kaki serta jarinya patah.

Kenyataan tersebut meraih komen balas adik Afiq, pelakon Aishah Azman yang bengang dengan tindakan Pachara yang didakwa membuat kenyataan palsu dalam media sosial.

 
Terdahulu, Afiq mendirikan rumah tangga dengan Pachara pada 27 Mac 2019 selepas setahun berkenalan di set penggambaran drama Air Mata Syurga.

Begitupun, masing-masing hingga sekarang belum mendedahkan tarikh perceraian mereka. 


Sumber: Gempak





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 1-12-2022 02:20 PM
Cer ko groom sikit mcm pak sedara ko tu si Edika Yusof  baru le wangi ni dah kepam gundu lak meolss tengok
Quote pearl.silver 1-12-2022 02:48 PM
Tolonglah lenyap dia dan adik dia dr muka bumi ini. Dua2 ada history psiko
Quote lasagna 1-12-2022 03:39 PM
lorrr bila heols bercerai? idok ler kome tau..
Quote umbut 1-12-2022 03:41 PM
Ko ada duit ke... adik kutil ko yg royan dulu baru pachara keluar citer..
Quote Pujangga22 1-12-2022 03:43 PM
duit peguam ni GF baru ker yg byr
Quote Fly_over 1-12-2022 03:44 PM
dan2 la keluar nama Allah, hadith segala terpaling teranaiya kena cakar manjah..
Quote petpot 1-12-2022 04:08 PM
nyampahla aku tiberrrr ada ayat2 religion rider.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.051454 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top