CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Chef Wan Sanggup Upah Jururawat Peribadi RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibu Sakit

30-11-2022 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4535| Komen: 43

Description: Datuk Chef Wan meletakkan keutamaan soal kesihatan ibunya, Noraini Abdullah yang menghidap demensia dengan membayar jururawat peribadi hampir RM6,000 setiap bulan.
Datuk Chef Wan meletakkan keutamaan soal kesihatan ibunya, Noraini Abdullah yang menghidap demensia dengan membayar jururawat peribadi hampir RM6,000 setiap bulan. 


Bagi memastikan kesihatan dan keselesaan ibunya yang sudah mencecah 90 tahun dijaga rapi, Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail sanggup berhabis saban bulan. 

Foto: IG

"Banyak beza antara pembantu rumah dengan jururawat profesional yang tahu bagaimana menguruskan demensia atau kehilangan memori dan pesakit kanser.

"Bagi saya tidak mengapalah, sebab duit boleh dicari tetapi ibu adalah segala-galanya bagi saya.




"Kita semua kena selalu berikan penjagaan terbaik selagi boleh untuk membolehkan dia gembira dan selesa. Tak payah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi.

"Ibu bersama jururawat demensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama empat tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat," katanya.



Menurut cef selebriti popular itu, biarpun tugas jururawat berkenaan hanya pada sebelah siang, namun dia lebih selesa ibunya dipantau pakar.

Akuinya, dia sanggup memanfaatkan pendapatan kepada ibunya yang mesra disapa Che Ani kerana baginya wang boleh dicari, namun seorang emak adalah satu-satunya perkara paling bermakna dalam hidup.

"Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari iaitu sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT (bayaran kerja lebih masa).





"Biar mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika mak saya masih sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.

"Buat masa ini hanya waktu siang saja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah  masih boleh untuk mengendalikannya," katanya menerusi perkongsian di laman sosial.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 30-11-2022 02:12 PM
Mmg stended gaji nurse jaga org tua camtu ke?
Quote noorhairiahma 30-11-2022 02:14 PM
duit banyak habiskan untuk emak, tak apa lah.

best emaknya.

semoga cik ani panjang umur...
Quote nicolebaby 30-11-2022 02:15 PM
Alhamdulillah...rejeki emak dia dijaga dengan baik.
Quote nanasno 30-11-2022 02:30 PM
ya itu standard harga jaga orang tua ya. mother inlaw iols anak branak dia pakat2 hire nurse macam ni jaga mil iols. dimentia juga. tapi tak ada cancer la. ada dimentia dan diabetes. memang penat jaga orang tua. masa tak ada, anak2 semua kerja. jadinya dorang sepakat hire caretaker. banyak ambil dari agent. agent memang charge sampai 6k. tapi yang dapat ke caretaker tu maybe dalam 4k lebih je. filipino lagi mahal. kebanyakan filipino ni pun diorang ada diploma jururawat gitu la. tau la pasal kesihatan. iols pun tak faham kenapa filipino punya mahal. tapi bagus la cepwan amik nurse melayu. boleh borak2 ngn mak heols. ajar solat baca quran zikir salawat. mil iols ada beza bila filipino jaga dengan melayu jaga. filipino tu diammm jek asik main henpon. yang melayu ni ajar solat. baca quran depan dia. ajak zikir. dah banyak cakap dah mil iols tu walaupun soklan dia repeat mende sama setiap minit
Quote Rogue98 30-11-2022 02:33 PM
6k mahalnye....tapi kalau mampu oklah. Kalau aku mmg tak mampu buat seperti apa yang chepwan buat utk mak dia...
Quote dekmieDandy 30-11-2022 02:47 PM
lattehazelnut replied at 30-11-2022 02:12 PM
Mmg stended gaji nurse jaga org tua camtu ke?

dia tulis nurse tu ada experience jaga orang dementia and cancer

range harga lain kot dari yang biasa
Quote nawtylulu 30-11-2022 03:26 PM
xpela mahal ponn.. mak tiada gantinya.. klo kite mampu x slh berhabis utk mak ayah..
Quote jihyomelly 30-11-2022 03:32 PM
bab jaga cik ani memang kena puji…bagus x berkira..
Quote acik79 30-11-2022 03:35 PM
Ambil dari ejen mmg mahal…. Aku cari sendiri nirse yg baru grad… bayar RM1300, dia cakap kalau ambil dgn ejen pun gaji diaorg mmg banyak tu je… selebihnya ejen yg ambil.
Quote juruterra 30-11-2022 03:42 PM
untung adik beradik cepwan, sheols tanggung segala2nya demi mak tercinta. mak saya pun tak sihat, tp kdg adik beradik lepas tangan. saya kerja takde maid kat rumah, adik beradik ada yg isteri tak kerja, ada yg dh pencen, ada yg housewife(ni ok tapi rumah sheols takde tandas duduk, ada tandas cangkung aje...org tua no go la lutut pun dh weak) tp mak tetap nk duduk dgn saya. saya ok je cuma tu lah kdg pergerakan agak terbatas terutama weekend sbb saya pun kena uruskan anak2 di sekolah asrama / melayan extracurricular activities. org tua pun sejenis merajuk kalau x layan makan minum(tapau je tinggalkan food nanti takmo makan), nk ajak ke sana ke mari kdg tak kena pula tmpt dan suasana + badan mereka pun x mampu)
Quote mizruncing 30-11-2022 04:19 PM
bagus habiskan duit utk mak nyaa..
Quote harkktuih 30-11-2022 04:24 PM
cancer cik ani dah spread balik kan?
Quote lolita737 30-11-2022 04:33 PM
kalau kita berbakti pada ibu bapa masa mereka masih hidup ni,
insya-Allah kalau mereka dah xda kita akan redha saja dengan pemergian mereka..
sebab sekurang2nya kita dah pernah berbakti semasa mereka masih hidup..itu yg saya rasa masa jaga arwah mak sakit dulu.
Quote Moyangkucing 30-11-2022 05:58 PM
Suka baca ig chef1 bila dia bercerita tentang maknya. Memang bab ini patut di jadikan contoh .. ada duit banyak berikan yg terbaik utk ibu tersayang...
Quote Nenasketum 30-11-2022 06:26 PM
Kalau tak menunjuk, bukan ko la kan bapuk tua?
Quote SonicSiLandak 30-11-2022 06:31 PM
mantap arr chep wan

jangan jadi sekor forumer tu

mak bapak alhamdulillah umur panjang hidup lagi

dia tak jaga pun mak bapak dia

harap adik beradik lain

dia boleh merempan esok2 dapat faraid sikit je sbb dia perempuan

eh apa punya orang la perangai macam ni

eeeeeeeeeeeeeeeeeee

jijik la nak berkawan dengan orang macam ni

elok tanggang2 betina mcm ni dibagi kena maki dengan chep wan

baru berakal

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Quote orkidorkido 30-11-2022 06:45 PM
lattehazelnut: Mmg stended gaji nurse jaga or ...
lattehazelnut: Mmg stended gaji nurse jaga or ...

Biasanya sejam dalam RM 30. Harga locum
Quote marlindo 30-11-2022 06:53 PM
acik79 replied at 30-11-2022 03:35 PM
Ambil dari ejen mmg mahal…. Aku cari sendiri nirse yg baru grad… bayar RM1300, dia cakap kalau amb ...

Nurse u ni takde nak rekemen kwn2 ke? Kalau ada pls DM. Tq
Quote elecom 30-11-2022 07:13 PM
lattehazelnut replied at 30-11-2022 02:12 PM
Mmg stended gaji nurse jaga org tua camtu ke?

a ah. Mmg itu standardnya. Weols dulu pun byr harga lebih kurang range tu gak.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051382 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top