CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sentiasa Gersang Sebab Layan Porno, Isteri Tengah Berpantang Mati Akibat Suami Paksa Layan Nafsu Batin

30-11-2022 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4110| Komen: 35

Description: Seorang lelaki mendedahkan kakaknya menjadi mangsa hamba seks suami berhati binatang.
Seorang lelaki mendedahkan kakaknya menjadi mangsa hamba seks suami berhati binatang.

Menurut individu berkenaan, ketika itu kakaknya sedang berpantang selepas melahirkan anak tetapi si suami masih berkeras mahu mengadakan hubungan kelamin.


Perkara yang lebih menyayat hati apabila kisah tersebut didakwa berakhir dengan wanita malang itu maut di tangan suami.

"Ceritanya bermula apabila arwah kakak aku berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan sempurna di mata dia daripada segi kerjaya, harta dan paras rupa.

"Setahun lepas mereka berkahwin, arwah kakak aku disahkan mengandung anak kembar," katanya di platform Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Confession (IIUMC).


Gambar Hiasan


Berita gembira tersebut bagaimanapun tidak bertahan lama apabila penulis mengakui kakaknya mempunyai komplikasi rahim sejak fasa kehamilan.

"Doktor sahkan arwah kakak aku ni kategori high-risk pregnancy' sebab dua kali dia tumpah darah yang berpunca daripada suami dia sendiri.

"Doktor dah nasihatkan suaminya masa tumpah darah kali pertama jangan 'sentuh' kakak dan diminta menahan keinginan seksual," terangnya.

Bagaimanapun, seperti mencurah air ke daun keladi, nasihat tersebut tidak diendahkan lelaki durjana itu dan si isteri terpaksa melayani nafsu buas suaminya.

"Selepas kakak lahirkan anak kembarnya dan ketika itu dia sedang berpantang, si suami pulang dalam keadaan marah dan melakukan perbuatan terkutuk.

"Satu perbuatan yang kami sekeluarga tak akan maafkan sampai sekarang. Ketika itu kakak sedang tidurkan anak kembarnya.

"Kemudian si suami datang dan memaksa kakak untuk melayaninya walaupun doktor dah beritahu kakak ada banyak kesan koyak selepas bersalin di bahagian sulitnya," ujar penulis.

Penulis menyatakan keluarganya sememangnya tidak bersetuju untuk membiarkan kakaknya berpantang berseorangan di rumah tetapi si suami mempunyai pandangan yang berbeza.

"Si suami mahukan kakak saya untuk berpantang di rumahnya dan mengatakan dia dah bayar Confinement Lady (CL) untuk jaga arwah kakak.

"Kami sekeluarga tak bersetuju sebab itu kali pertama arwah kakak bersalin dan berpantang tanpa ada pengalaman tetapi suaminya tetap berkeras," cerita penulis.

Kerisauan penulis dan keluarganya terbukti benar apabila apa yang menyusul selepas itu hanyalah kemudaratan kepada kakaknya.

Pada malam kejadian, kakak penulis meninggalkan pesanan elektronik kepada penulis meminta dia dan keluarganya datang ke rumah.

"Masa tu kami memang tak fikir apa-apa sebab kami semua ingat kakak rindu dekat keluarga.

"Apabila sampai, tiba-tiba jiran sebelah rumah arwah kakak datang jumpa dan beritahu yang anak arwah kakak tak berhenti-henti menangis.

"Kami tak fikir panjang terus masuk rumah mencari arwah kakak dan anak-anaknya," kata penulis seperti menghidu sesuatu yang tidak kena.

Lebih mencurigakan apabila rumah kakaknya berada dalam keadaan gelap dengan hanya lampu dapur dan lampu tingkat atas yang dinyalakan manakala kelibat si suami tidak kelihatan.

"Apabila mak kami terjah bilik kakak, mak meraung menangis memanggil arwah kakak.

"Kami sekeluarga terkejut melihat keadaan arwah kakak yang dah tak sedarkan diri dalam keadaan katil penuh darah.

"Aku tak banyak cakap aku terus call ambulans dan polis untuk meminta bantuan mereka," kata penulis.

Namun begitu, ternyata mereka sudah terlambat dan si kakak telah pergi meninggalkan mereka kira-kira dua jam yang lalu.

"Apabila pasukan perubatan datang check, mereka kata arwah meninggal akibat pendarahan yang terlalu banyak.

"Aku cuba call suami arwah berkali-kali tapi tak dapat.

"Dekat situ aku mula syak sesuatu dan tak sedap hati sebab polis kata rumah kakak aku tak ada kesan pecah masuk," kata penulis yang seperti sudah mempunyai suspek dalam mindanya.

Dua minggu selepas itu, setelah segala bukti forensik dirujuk, dalang kematian kakak penulis dapat dituding kepada si suami.

"Dia diberkas ketika cuba melarikan diri dari roadblock di kawasan utara tanah air.

"Pihak polis terangkan kepada kami punca suaminya bertindak begitu sebab tengok video tip layanan batin yang dia dapat dari media sosial.

"Dia dah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati akibat perbuatannya terhadap arwah kakak," kata penulis yang berpuas hati dengan keadilan yang ditegakkan.

Namun luluh hati penulis apabila pihak polis menunjukkan kepadanya mesej yang dihantar si suami kepada kakaknya sebelum kejadian.

"Kau mengandung ke berpantang ke, sakit atau tak, kau tetap kena layan nafsu batin aku.

"Kalau tak, aku tak reda dan kau akan berdosa seumur hidup kau. Kau akan jadi isteri ahli neraka," demikian imbas penulis berhubung mesej yang dihantar abang iparnya.

Penulis berkata kejadian itu meninggalkan trauma yang mendalam dan akan membayanginya sehingga ke penghujung hayatnya.

"Kita sebagai lelaki tolong la ada common sense dalam hidup ni," kata penulis mengakhiri bicara. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 30-11-2022 10:52 AM
Ada masuk dlm berita ke? Ada sapa2 yg ingat tak nih kes mana?
Katanya si suami dah kena hukum gantung sampai mati
Quote tumpanglalu74 30-11-2022 11:01 AM
Babi2 pro-poligami dipersilekan masok..
Quote venom1 30-11-2022 11:04 AM
dalam otak fikir nak berjimak je kan? melarikan diri ke Utara. Orang sana ke? tanya je.
Quote white_musk 30-11-2022 11:05 AM
Anak siapa yang bernafsu binatang ni?
tunjuk sikit muka mak pak dan adik beradiknya
Quote lyshafull 30-11-2022 11:09 AM
Biasa la kahwin xde ilmu mcm ni la
Mmg mereput la dlam penjaran dh la ambil nyawa anak org
Ni anak2 dia mmg sah2 keluarga bini kena jaga
Anak2 dh jdik yatim piatu
Xde hati perut sebb nk buat seks
Ko pi je la layan pelacur
Quote lightheaded67 30-11-2022 11:12 AM
Edited by lightheaded67 at 30-11-2022 11:43 AM

kalau bnapsu tp jalan halal takde atau tgah restricted, agama kata kena puasa (oso maknanya restrict urself). dtg pulak jantan tak guna ni, bnapsu pastu jalan halal pulak tgah restricted, dia tgk porno pulak lagi pastu tunggang agama kluar hadis sgala ayat alquran bini kena layan suami yada yada yada. mcm org gile. halal tak semestinya takde restriction. time puasa ramadhan takleh siang2 time puasa, time bini period takleh lah walaupun halal bini tu,time isteri nipas time isteri sakit cenggitu mestilah takleh, kan dh zalim namanya?zalim kt siape2 pun tak boleh apetah lagi zalim dlm rumah tangga. mngada ngada. ni lah masalah jadi, org ugama ustaz2 suka tekan kan bhagian bini, tp jarang ustaz2 nk pentingkan kelaku bhgian suami, padahal depa yg ketua keluarga. tiber
Quote Artemesiaa 30-11-2022 11:14 AM
Mental macam ni tak seharusnya dibenarkan untuk berkahwin campak tengah lautan ada baiknya
Quote lightheaded67 30-11-2022 11:17 AM
aiolz tak paham kenapa semua kena guna agama? takleh ke mngaku yg loser tu kita bukan agama?? boleh tak? boleh tak?? sbb smua org tau dan sedar agama tu tinggi dan elok kan? sbb tu nk kaver buruk sndiri kena pakai agama kan? yih. apo
Quote bakingsoda 30-11-2022 11:17 AM
Suchi replied at 30-11-2022 10:52 AM
Ada masuk dlm berita ke? Ada sapa2 yg ingat tak nih kes mana?
Katanya si suami dah kena hukum gantun ...

kan kes camni takkan la tak penah masuk berita, bukan biasa2. takkan hasanah kot
Quote mayaHD 30-11-2022 11:20 AM
hatiku kuat kata hasanah,

laki yg pukul isteri sampai koma siap mengandung da beranak pon aman2 je
Quote acepark 30-11-2022 11:21 AM
ee bodoh la laki tu.wei agak2 la.mcm la x der cara lain nak kuar kan air gatal ko tu.
Quote eetodee 30-11-2022 11:23 AM
Tak ada dengar apa2 pun dalam berita. ke cite hassanah je nih
Quote lightheaded67 30-11-2022 11:27 AM
aiolz pun rasa hasanah, part gantung smpi mati. in melesia? ya mehh?? part seksa2 pd bini tu mmg ade jah wujud, tak dlm cerita ni, cerita warga lain.
Quote Suchi 30-11-2022 11:47 AM
bakingsoda replied at 30-11-2022 11:17 AM
kan kes camni takkan la tak penah masuk berita, bukan biasa2. takkan hasanah kot

Itula tak mungkin iols leh terlepas kes inih.

Dia luah kat page iium tu kan? Kena jenguk sana la kot maybe ada netizen yg tahu pasal kes nih.
Agak pelik nih sbb takkan tak masuk sokabar kalau betul ninggal sbb laki nak main masa dlm pantang.
Quote green~tea 30-11-2022 12:03 PM
Sila humban thread ni ke bod pendidikan seks
Quote KamikuP 30-11-2022 12:42 PM
Citer hasanah ke ni? Ada msuk berita tak?
Quote _blackbird 30-11-2022 12:47 PM
sudah la cuols semua confession kat iium tu umpama mcm fantasy cerpen2 pendek sajork la... 95% hanya lah imaginasi. ni mesti dpt inspirasi dari cerita emma maembong yg tgh pantang kena seks dengan laki tu. ahahahaha, sebelum klip tu meletop takda pulak fantasy sebegini muncul
Quote ctaz 30-11-2022 12:51 PM
ni crita mastika ke atau betul2.....
Quote aciksenah 30-11-2022 01:44 PM
venom1 replied at 30-11-2022 11:04 AM
dalam otak fikir nak berjimak je kan? melarikan diri ke Utara. Orang sana ke? tanya je.

Rasanya melarikan diri ke utara tu pasal nak keluar ke negara jiran la tu.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.062197 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top