CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diserang Peminat Rakus Nak Bergambar, Rupa-Rupanya Bukan Neymar

29-11-2022 08:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1478| Komen: 11

Description: Gara-gara memiliki wajah mirip Neymar, seorang pemuda menjadi sasaran peminat bola sepak yang berebut-rebut mahu bergambar kerana menyangka dirinya adalah bintang Brazil itu.Sekeping gambar yang tular ...
Gara-gara memiliki wajah mirip Neymar, seorang pemuda menjadi sasaran peminat bola sepak yang berebut-rebut mahu bergambar kerana menyangka dirinya adalah bintang Brazil itu.


Sekeping gambar yang tular memaparkan pemuda tersebut dikerumuni orang ramai ketika sedang bersiar-siar di sekitar Doha, menjelang perlawanan kedua peringkat kumpulan antara Brazil dengan Switzerland pada Isnin.


Daily Star/Twitter

Pemuda itu dilihat memakai topi merah, bercermin mata, memiliki jambang serta bertatu seperti Neymar.

Dia sekali lagi dikerumuni ketika muncul di stadium ketika perlawanan antara Brazil dengan Switzerland.


Penyokong bola sepak menyangka mereka menonton perlawanan itu bersama Neymar, apatah lagi bintang bola sepak itu direhatkan seketika selepas mengalami kecederaan sewaktu aksi Brazil menentang Serbia pada Jumaat.


Daily Star/Twitter

Namun sebenarnya mereka tertipu dengan persamaan yang dimiliki antara pemuda berkenaan dengan Neymar. 


Sumber: mStar




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 29-11-2022 08:34 PM
Ini copy Ori gred AAA
Quote elzy 30-11-2022 08:41 AM

Copy ori premium gred
Quote orkid_amani 30-11-2022 09:54 AM
elzy replied at 30-11-2022 08:41 AM
Copy ori premium gred

Betoi premium level2 butik ni
Quote elzy 30-11-2022 11:00 AM
orkid_amani replied at 30-11-2022 09:54 AM
Betoi premium level2 butik ni

Hahahaha
Quote grouper 30-11-2022 12:15 PM
Untung la muka mcm Neymar...org yg muka sama ngan selebriti ni mmg jadikan benda tu sbg pekerjaan diorg...dpt upah klau p mana2 event
Quote pekanwoohoo 30-11-2022 12:16 PM
Dia ni ke yang buat video dengan copy ori player-player lain tu? Ada Pele, Zlatan, siapa lagi entah.
Quote Skuau 30-11-2022 12:17 PM
cer muka cam long tiger
Quote airfilterkotor 30-11-2022 12:18 PM
Baju hitam sebelah dia tu sapa?
Dalam stadium ada, luar stadium pun ada.

Ntah-ntah eksperimentasi sosial, saja nak tengok reaksi peminat bola.
Quote supernaturalee 30-11-2022 12:20 PM
doppelgänger


Quote SonicSiLandak 30-11-2022 12:23 PM
alamak

jenuh la aku nak research nama2 pemain pelapis brazil dan swiss kat transfermarkt cam ni

mana boleh aku tewas dengan stingerrr sebagai nerd bola sepak kat forum ni

jatuh reputasi aku camneyhhh

waaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah

Quote green~tea 30-11-2022 12:29 PM
Bukan neymar... tp nyamar...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.076723 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top