CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Haris Raja Record Minta Maf Hina Jokowi

29-11-2022 07:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 666| Komen: 1

Description: Polis Indonesia menghentikan siasatan kes seorang lelaki yang menghina Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas pelaku tampil membuat permohonan maaf, lapor laman berita Merdeka semalam.Suspek bernama Ha ...
Polis Indonesia menghentikan siasatan kes seorang lelaki yang menghina Presiden Joko Widodo (Jokowi) selepas pelaku tampil membuat permohonan maaf, lapor laman berita Merdeka semalam.


Suspek bernama Harris Syahputra Damanik, 41, mengakui perbuatan tersebut dan menyesali perbuatannya.


Foto: Istimewa

“Saya, Harris Syahputra Damanik selaku pemilik akaun YouTube Raja Harris Raja Record memohon maaf atas video yang dimuat naik pada akaun tersebut dan menyinggung perasaan ramai pihak.

“Disebabkan kesalahan itu, saya memohon beribu kemaafan atas kejadian ini dan berasa menyesal atas perbuatan saya. Terima kasih,” katanya.

Harris ditahan di Badung, Pulau Bali, Jumaat lalu selepas memuat naik beberapa klip video yang menghina Jokowi di laman perkongsian video, YouTube menerusi akaun Raja Haris Raja Record, lapor laman berita Suara.com.


Akaun tersebut memaparkan 90 video lain dengan kesemuanya dihasilkan di Pulau Bali.

Antara kandungan video yang dikongsikan adalah perbuatan mencaci dan menghina simbol negara, membuat pelbagai tuduhan tidak berasas termasuk mengenai dakwaan ijazah palsu Jokowi.

Suspek mengakui bahawa semua itu dilakukan sebagai rasa marah terhadap beberapa kejadian yang berlaku di seluruh negara baru-baru ini.

Menurut polis, suspek dibebaskan selepas mengaku menyesal atas semua perbuataannya itu.


Sumber: Kosmo




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 29-11-2022 11:12 PM
OK, baru sekarang aku tau bahawa Jokowi tu bukan nama sebenar presiden! Joko Widodo rupanya! Wakakakakaka! Mati-mati aku ingatkan Jokowi Bin something something!

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:03 AM GMT+8 , Processed in 0.386527 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top