CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sanggup Berhenti Kerja, Tak Nak Seminit Pun Lewat Tonton Piala Dunia

29-11-2022 07:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 861| Komen: 11

Description: LONDON – Seorang peminat sukan bola sepak di England berhenti kerja semata-mata tidak mahu ketinggalan menonton semua perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, lapor laman berita Okezone.
LONDON – Seorang peminat sukan bola sepak di England berhenti kerja semata-mata tidak mahu ketinggalan menonton semua perlawanan Piala Dunia Qatar 2022, lapor laman berita Okezone.


Menurut akhbar The Sun, Casey Boshop, 39, yang merupakan seorang penyokong kuat pasukan England,  membuat keputusan itu kerana enggan terlewat walaupun  seminit untuk menonton pasukannya beraksi. 

“Saya akan berasa amat kecewa jika perlu memasuki pejabat (ketika perlawanan berlangsung). Saya peminat tegar bola sepak dan tidak dapat membayangkan bagaimana perasaannya jika tidak dapat menonton,” katanya.


Boshop(kiri). Foto: NNP


Boshop sebelum ini bekerja di Universiti Northumbria, Newcastle.

Dia bagaimanapun sudah mendapat pekerjaan baharu yang akan bermula awal 2023.

Selepas menganggur, dia sering menghabiskan masa di rumah, zon peminat atau pub untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2022.

Bagaimanapun Boshop berkata, dia enggan pergi ke Qatar untuk menonton acara sukan itu secara langsung kerana peraturan yang melarang pengambilan arak sepanjang Piala Dunia berlangsung. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Itzy 29-11-2022 07:40 PM
Blah la ko, tak nak pergi sebab larangan minum arak ke atau sebab takde duit? mengaku je rakyat britain dah sengkek takde duit ko nganggur harap duit kerajaan. Kerajaan ko pun sengkek asyik tanggung rakyat pemalas, aku dok tengok siri tv britain benefit tu kat youtube. Rupanya orang putih ni pemalas tahap gaban. Maklum kerajaan mereka beri elaun bantuan setiap minggu. Kerajaan ko tu dah sengkek harap bantuan pelaburan dari raja2 arab timur tengah yang kaya raya baru la ekonomi negara ko bernafas semula.
Quote rosedemon 30-11-2022 09:59 AM
dasar pemalas jantan ni
Quote shi_jewel 30-11-2022 10:01 AM
baik ko apply jadi pemain bola, ganti tempat harry maguire kat man u tu
Quote tobobon 30-11-2022 10:08 AM
depa2 ni kalau menganggur takde masalah...gomen depa bagi duit every month..lainlah kat malaysia...kalau berhenti...nasib baik lah klu dah ada keja lain
Quote Sazreena 30-11-2022 10:17 AM
Dorang tanam anggur pun dapat elaun. Kalau yg hardcore miskin tu, idop dgn coupons je la.
Quote Dwdrum 30-11-2022 10:20 AM
Worldcup ini laki aku makan...Tidur.. Kerja semua tentang bola... Luckily hanya setiap 4 tahun saja...
Quote venom1 30-11-2022 10:22 AM
kerja dapat duit..jangan fanatik sangat sampai merana kehidupan
Quote Travelo 30-11-2022 10:46 AM
taksub



Quote Artemesiaa 30-11-2022 10:50 AM
tobobon replied at 30-11-2022 10:08 AM
depa2 ni kalau menganggur takde masalah...gomen depa bagi duit every month..lainlah kat malaysia...k ...

Betul sebab tu dia lebih memilih minatnya, keutamaan dapat kerja pun rakyat tempatan lebih diutamakan.
Quote ninja boy 30-11-2022 10:58 AM
Dah confirm dapat kerja lain ok lah tu, kalau buta2 resign tanpa ada kerja lain mampuslah  
Quote mdhelmi 30-11-2022 11:52 AM
kalau dah fanatik bola memang macam tu
nak2 member2 pon sama kepala
penantian 4 tahun sekali untuk tengok team sendiri main 4 5 kali je
orang laki boleh paham mamat ni

kalaulah 1 hari Malaysia layak piala dunia
rasanya akan ada je orang macam dia ni
amik cuti untuk pergi stadium tengok Malaysia main

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.110146 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top