CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nad Zainal Dan Mula Buka Mata, Kurang Bergantung Pada Mesin Oksigen

28-11-2022 03:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3965| Komen: 23

Description: Keadaan pelakon, Nad Zainal dilaporkan semakin baik apabila sudah kurang bergantung kepada mesin oksigen dan mula membuka mata sebelum tidur semula.Perkembangan terkini itu dimaklumkan pengarah, Shahr ...
Keadaan pelakon, Nad Zainal dilaporkan semakin baik apabila sudah kurang bergantung kepada mesin oksigen dan mula membuka mata sebelum tidur semula.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan pengarah, Shahrulezad Mohameddin yang turut memberitahu luka pada bahagian paru-paru pelakon Hati Yang Tersakiti itu semakin sembuh dan ia turut berfungsi dengan lebih baik.


IG Nad Zainal

Malah, katanya, sebahagian dos ubat juga mula dikurangkan dan diberhentikan selepas doktor melihat keadaan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin semakin stabil.

“Cuma, doktor tidak mahu memaksa sangat. Sekali-sekala, Nad ada membuka matanya dan tidur semula.

“Syukur tidak terhingga. Terima kasih Allah SWT yang telah mengabulkan doa kita semua. Saya harap kita akan terus berdoa. Saya mewakili keluarga dan sahabat Nad dengan rendah diri ingin mengucapkan terima kasih di atas doa tulus kalian,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.



Minggu lalu, ibu dua cahaya mata itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Ampang selepas mengadu tidak sihat dan mengalami sakit dada serta kesukaran bernafas.

Keadaan pelakon itu dilaporkan kritikal selepas doktor mengenal pasti berlaku jangkitan kuman pada paru-parunya, selain pendarahan pada organ tersebut.

Shahrulezad turut memaklumkan, majlis doa selamat dan solat hajat bagi mendoakan kesembuhan Nad akan diadakan di Masjid al-Mustaqim, Jalan Ampang Putra, Ampang, pada pukul 6.45 petang ini.


Sumber: Utusan





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote virgocircus 28-11-2022 04:57 PM
Alhamdulillah. Get well soon Nad! ????
Quote putericahaya999 28-11-2022 04:58 PM
Alhamdulillah semoga cepat baik
Quote dudaberhias 28-11-2022 05:17 PM
get well soon nad zainal... terkejut juga heshe boleh kena sakit ni...
tapi dia masa muda2 berlakon dulu pun memang kurus je orangnya...

memang dia sakit dari dulu lagi ke macam mana...
Quote nsmy 28-11-2022 05:26 PM
Semoga cepat sembuh Nad ==
Quote Nenolen 28-11-2022 05:28 PM
Alhamdulillah…
Quote SonicSiLandak 28-11-2022 05:29 PM
dah sihat esok freehair balik

Quote DeLuna85 28-11-2022 05:40 PM
Setiap hari Tunggu perkembangan dia. Alhamdulillah semakin baik.
Quote Geeayden 28-11-2022 06:03 PM
Alhamdulillah, bertambah baik.
Quote sukacactus 28-11-2022 07:35 PM
Alhamdulillah!
Quote MeowPARSI 28-11-2022 07:47 PM
Alhamdulillah,, lega dapat tau nanad nye status.. Nasib si ikat ni nak update.. Kalau UI yg update.. Kene kecam lagi.. Org lain update OK je hahahaahah,, apa pun syukur Alhamdulillah
Quote MeowPARSI 28-11-2022 07:48 PM
Haishhh typo plak,,, wkakkakaka
Quote MeowPARSI 28-11-2022 07:49 PM
MeowPARSI replied at 28-11-2022 07:47 PM
Alhamdulillah,, lega dapat tau nanad nye status.. Nasib si ikat ni nak update.. Kalau UI yg update.. ...

#ijat
Manjang typo haha
Quote Incanto 28-11-2022 08:16 PM
Alhamdulillah

semoga makin sembuh
Quote annadonna 28-11-2022 08:24 PM
SonicSiLandak replied at 28-11-2022 05:29 PM
dah sihat esok freehair balik

Kalau tak ada sangat benda yg elok nak komen, maka diamlah.
Quote SonicSiLandak 28-11-2022 08:26 PM
annadonna replied at 28-11-2022 08:24 PM
Kalau tak ada sangat benda yg elok nak komen, maka diamlah.

benda elok la tu
apa pulak tak elok

haaaaaaaaaaa


Quote bawaku_terbang 28-11-2022 11:03 PM
best ya nanad dpt kawan2 ingat tuhan. moga baik2 utk nanad & UI
Quote Siput_Sawah 29-11-2022 08:57 AM
Alhamdulillah, semoga nad cepat sembuh.
Quote LadyCarefree 29-11-2022 08:59 AM
Siapa Mula? Dia buka mata kenapa?
Quote awex^returns 29-11-2022 09:04 AM
Alhamdulillah, semoga beroleh kesembuhan sepenuhnya

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.231624 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top