CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shalma Eliana Kena Bomoh? "Allah Ada Dengan Kita. Kita Nak Takut Apa"

27-11-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2728| Komen: 14

Description: Kontroversi melanda penyanyi Ismail Izzani sejak beberapa hari lalu nampaknya turut mengheret nama bekas teman wanitanya iaitu Shalma Eliana.
Kontroversi melanda penyanyi Ismail Izzani sejak beberapa hari lalu nampaknya turut mengheret nama bekas teman wanitanya iaitu Shalma Eliana.

Ini berikutan seorang wanita yang menggelarkan dirinya sebagai Mia Lara mendedahkan pernah melakukan perbuatan syirik terhadapnya.


Foto: IG

Menjawab mengenai dakwaan itu, Shalma atau Shalma Eliana Bruhanutheen, 22, hanya mampu memohon perlindungan Allah agar dijauhkan daripada perkara syirik.

Katanya yang kini berada di London, dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap dakwaan tersebut namun berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku kepadanya.


"Sebenarnya saya tidak tahu macam mana nak respon tentang perkara ini. Tapi kita doa sahaja supaya kita sentiasa dilindungi dan dijauhkan daripada perkara tidak diingini," katanya.


Shalma berkongsi perkara tersebut menerusi ruangan Ask Me Question di Instastory.

Dalam pada itu, pelakon dan penyanyi itu juga memberitahu dia tidak perlu takut dengan dakwaan wanita terbabit kerana percaya Allah sentiasa ada melindunginya.

"Allah ada dengan kita. Kita nak takut apa. Dia akan melindungi kita," jelasnya.



Sementara itu, menjawab mengenai soalan tentang peribadi, Shalma memberitahu bukan mudah untuk dirinya meneruskan kehidupan selepas berpisah dengan Ismail Oktober tahun lalu.

Jelasnya, ketika ini dia masih mempunyai masalah kepercayaan terhadap orang lain dan lebih selesa bersendirian daripada mempunyai teman lelaki.



"Saya dah tak tahu macam mana nak suka orang dah. Tak tahulah sama ada trauma atau tidak. Saya rasa ia berkenaan dengan isu kepercayaan.

"Nak berkenalan dan pergi keluar makan boleh sahaja, tapi crush tak ada," jelasnya.

Sebelum ini pasangan tersebut memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka dan sepakat membuang cincin berlian yang pernah diberikan ke dalam sungai. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 27-11-2022 12:33 PM
Dia blajar U mana?
Quote SonicSiLandak 27-11-2022 01:55 PM
lawa dak ni

boleh jadi legend bintang tv

dok sibuk skandal je cane nak maju

Quote virgo19 27-11-2022 02:02 PM
Wow buang cincin berlian kat sungai..
Quote AcikBuncit 27-11-2022 02:41 PM
Suruhan Allah hang xmau ikut, benda2 xelok nak jadi pandai pulak harap bantuan Allah melindungi.. Yihh!
Quote sukacactus 27-11-2022 04:06 PM
Ank orka jg kan dia ni
Akak dia shalma aina dl pun study london gak
Quote nakkomenjugak 27-11-2022 06:28 PM
Moga sauk laki lebih educated kat sana dari dek mail tu
Quote Goodluckdontcry 27-11-2022 10:49 PM
Edited by Goodluckdontcry at 27-11-2022 10:50 PM

Betulla Allah SWT itu MAHA Pengasih lagi Maha Penyayang...walau hambanya perangai nan hado, tetap diberi segala nikmat..mcm juga org kafir, walau terang2 kafir dan buat kemungkaran, tetap jua Allah SWT MAHA Pengasih memberi rezeki tak terhingga kpd mereka..

So ko dik, tgk nama, rasanya Muslim kut...so?? Xreti2 nak bersopan sikit..klu ko btl ingt ada tuhan, berubahla sikit2...jgn nak menyeksi menyeksa sgt...kan nanti klu umur tak pjg...jenuh plak nk dgr netizen memekak... delete... delete...aib kehulu aib kehilir...so sekali sekala pakaila tudung.. supaya ada gambar utk belangsuka nanti... kehkehkeh
Quote azimie 28-11-2022 02:08 AM
Dgn Allah ko x takut plak ??
Quote missyL 28-11-2022 12:56 PM
Bestnye jd ank orka
Blaja kt landen
Amek kos cikai2 pon xpe
Blik nti keje ngn kroni2 family

Quote TerataiMelur02 28-11-2022 01:51 PM
Kenapa buang kat sungai?
Agaknya dak mael jadi liar lepas putus dengan dia ni kot
Quote miszclassique 28-11-2022 01:57 PM
missyL replied at 28-11-2022 12:56 PM
Bestnye jd ank orka
Blaja kt landen
Amek kos cikai2 pon xpe

Ade junior i tu tak belajar londong atau ada degree pun dapat kerja terus fast lane jadi auditor sbb kampeni bapak punya Dia ambik certificate apa entah lepas spm 1 tahun study then terus kerja

Patutlah dulu kerek je dekat sekolah rupanya ahli T20
Quote Nurul_007 28-11-2022 02:22 PM
Syg pula buang cincin berlian kt sungai tu.hehe
Quote missyL 28-11-2022 04:01 PM
miszclassique replied at 28-11-2022 01:57 PM
Ade junior i tu tak belajar londong atau ada degree pun dapat kerja terus fast lane jadi auditor s ...

Kan
Amek je la sijil Ape2 asal ade sijil

Pastu tfos dpt jawatan tinggi
Sbb tu la ramai xreti buat keje hahahaha
Quote dua_chzy 28-11-2022 04:21 PM
Tak sangka budak2 tiktok percaya black magic.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052417 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top