CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Mengamuk Bawa Parang, Kejar Lelaki Disyaki Kekasih Isterinya

26-11-2022 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1162| Komen: 3

Description: JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi kecoh apabila seorang lelaki mengamuk sambil membawa sebilah parang kerana mengesyaki isterinya bermain kayu tiga, lapor lama ...
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi kecoh apabila seorang lelaki mengamuk sambil membawa sebilah parang kerana mengesyaki isterinya bermain kayu tiga, lapor laman berita iNews Babel semalam.


Berdasarkan video yang dikongsikan, seorang lelaki berbaju biru dilihat membawa sebilah parang di hadapan sebuah tadika dalam keadaan marah.

Dia kemudian membuka baju sebelum masuk ke dalam kawasan tadika lalu mengejar seorang lelaki lain yang didakwa kekasih gelap isterinya.


Foto: rakyat Bengkulu

Beberapa individu yang turut berada di situ cuba menenangkan lelaki yang sedang mengamuk itu.


Menurut maklumat, peristiwa itu terjadi di kawasan tadika yang terletak berhadapan dengan pejabat Ketua Kampung Kandang Mas, Kota Bengkulu dalam wilayah Bengkulu.

“Kejadian berlaku pada 9 November lalu namun, ia baru menjadi tular di media sosial beberapa hari lepas,” kata Ketua Kampung Kandang Mas, Khairullah. 

Tambah Khairullah, lelaki dalam video tersebut ialah penduduk daerah itu namun, punca kejadian  dapat diselesaikan dan ia hanya salah faham.

“Mereka sudah menyelesaikan hal tersebut antara keluarga. Keluarga kedua-dua belah pihak juga telah berdamai dan meminta masyarakat agar tidak lagi menyebarkan video tersebut,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 26-11-2022 02:17 PM
Nape tk Keja bini sndiri?konfuse gue
Quote CiliPadiSedap 26-11-2022 08:12 PM
nasib baik bukan friska. kalau laki friska kejar confirm dia ada  ambil annual leave.
Quote Solokkk 26-11-2022 08:13 PM
Berita caprut

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.052509 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top