CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Miliki Tahap Kesabaran Yang Luar Biasa Dan Pemaaf, Afdlin Shauki Menangis Anwar Ibrahim Jadi PM

25-11-2022 12:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2456| Komen: 23

Description: "Saya menitiskan air mata apabila nama Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 hari ini (semalam).”
"Saya menitiskan air mata apabila nama Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 hari ini (semalam).”

Itu reaksi selebriti serba boleh terkenal, Datuk Afdlin Shauki atas pelantikan secara rasmi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Perdana Menteri sekali gus menamatkan penantiannya selama lebih dua dekad untuk memegang jawatan sebagai pemimpin negara.

Foto: IG

“Alhamdulillah bila ada kawan-kawan telefon cakap kita (Pakatan Harapan) dah berjaya, saya terus menitiskan air mata.

“Bukan untuk saya, tetapi buat Datuk Seri Anwar sendiri yang berjuang selama bertahun-tahun, keluar masuk penjara dan pada akhirnya beliau dapat juga jadi Perdana Menteri,” katanya Kosmo! Online.



Ujar Afdlin atau nama sebenarnya, Afdlin Shauki Aksan lagi, dia terharu atas perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas melihat sendiri kerja keras dan perjuangan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu  terutama ketika berkempen.

“Kita nampak beliau bekerja keras semasa berkempen. Jadi saya terharu dan gembira bagi pihaknya dan juga untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Ketika disoal tentang keistimewaan yang ada pada figura berusia 75 tahun itu, Afdlin menyifatkan Anwar memiliki tahap kesabaran yang tinggi selain pemaaf.



“Beliau memiliki tahap kesabaran yang luar biasa selain mempunyai sikap pemaaf. Mana ada individu mudah memaafkan orang yang pernah masukkan dia ke dalam penjara? Anwar bukan begitu.

“Akhlak beliau membuatkan kita rasa kagum. Itulah dia Anwar Ibrahim,” kata Afdlin.

Bercakap mengenai kaitannya dengan dunia seni, Afdlin yang ditemui ketika majlis Viu UPFRONT 2023 di sini semalam berkata, artis-artis yang menyokong parti berlainan tidak seharusnya disekat oleh kerajaan.



Ujarnya, setiap individu mempunyai hak masing-masing untuk memberikan sokongan kepada mana-mana parti dan tidak seharusnya dikaitkan dengan politik.

“Pada saya, dalam seni tidak ada politik. Kalau ada anak-anak seni nak sokong pihak lain sekalipun, mereka seharusnya tidak dihalang. Politik adalah politik, kerja adalah kerja.

“Sokongan politik itu hak peribadi sebab apa pun kita rakyat Malaysia. Kalau ada anak seni yang nak berpolitik itu terpulang, tetapi dalam berkarya kita harus bersatu tanpa mengira mana-mana parti,” ujarnya.



Terdahulu, Afdlin sah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 1 April 2021.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Anwar dalam sebuah program di Ampang.

Selain itu, Afdlin juga pernah bertanding bagi merebut jawatan Ketua Cabang PKR Setiawangsa pada tahun lalu, namun tewas di tangan Ahli Parlimen Setiawangsa ketika itu, Nik Nazmi Nik Ahmad. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 25-11-2022 12:44 PM
Wait n see, kita doa yg baik2 even banyak issue ????????
Quote tikusmontok 25-11-2022 12:48 PM
Nak mencapab jugak ko kan
Quote DeLuna85 25-11-2022 12:55 PM
Yang ni pun sama. Nakkkkkkk jugaaaaaa
Quote Hypothetically 25-11-2022 12:57 PM
Stop revelling in yr victory, time to build up the economy and the country. Rakyat di dahulukan.
Quote doubleharmonic 25-11-2022 12:57 PM
ko diam la babi
Quote jihyomelly 25-11-2022 01:27 PM
Edited by jihyomelly at 25-11-2022 01:30 PM

yg afdlin menangis hiba..yg yebby kata x sia2 kena maki..tok hans kena tembak kesabaran…sapa lagi nak join?
Quote ezacbee 25-11-2022 01:34 PM
Overnya nak nangis bagai
Quote MsIda 25-11-2022 02:38 PM
Alahai sessi meluahkan rasa keperitan & kesusahan mrk dalam memperjuangan sokongan untuk  bang non... hmmm  nak muntahhh
Quote gerbera.memopad 25-11-2022 02:41 PM
Dia dah memang open pun sokong PKR sebelum ni kan so no issues la
Quote nakkomenjugak 25-11-2022 02:48 PM
relaxxxx...
bang non tak nangis time ko bercerai
sooooo why boderrrrr???
Quote prince_marhaen 25-11-2022 03:42 PM
TERPALING LALANG.....mana-mana parti politik yang tengah 'naik'...itu yang dia sokong siap kutuk2 lagi yang lama....



https://beautifulnara.com/luahan ... dirinya-masuk-umno/

Quote 3480 25-11-2022 03:57 PM
Kenapa nk sori lambat post? Ada org marah ka klu lambat post
Quote cawanmilosuam 25-11-2022 07:22 PM
harap2 x da tabung harapan sbb tabung yg dulu pun nth kemana...
Quote cmf_premierleag 25-11-2022 08:54 PM
hek elleh..bukan ke ko dulu sapot bee end? sibukkk nk mencapun gakkkk
nk masuk tender gomen letteww
Quote KucingBiru 25-11-2022 08:58 PM
Nak tengok pemimpin tu macam mana, tengok majoriti pengikut dia siapa dan macam mana.

Kau kompang satu dunia kau terpaling ABIM pun, last last yang follow geng macam ni, maka ketahuilah.... you cannot wear masks that long.
Quote QueenIsabella 26-11-2022 07:29 PM
errr.. tak nak say thank you to Bee End aka penyamun seperti yg hangpa label tu ke kerna telah menjadikan cita2 AI termakbul!
Quote nordin84 26-11-2022 09:39 PM
jihyomelly replied at 25-11-2022 01:27 PM
yg afdlin menangis hiba..yg yebby kata x sia2 kena maki..tok hans kena tembak kesabaran…sapa lagi n ...

amani plk tweet kat nad ade pm baru.. bodoh belaka semua
Quote SonicSiLandak 26-11-2022 09:43 PM
eeeeeeeeeee

tak malu...

sokong bekas banduan rasuah dan liwat jadi PM

eeeeeeee

takde integriti
Quote jihyomelly 26-11-2022 09:51 PM
nordin84 replied at 26-11-2022 09:39 PM
amani plk tweet kat nad ade pm baru.. bodoh belaka semua

Esok lusa retis mana pulak nak meratib..ni dah 4 org..more to join nampaknya..nanti nak kena updated list retis nih lps few days

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.086259 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top