CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Korang Punya Mak Bapak Tak Ajar Ya", Sindir Penampilannya Yang Semakin Kurus, Aishah "Sekolahkan" Netizen Mulut Puaka

25-11-2022 07:30 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 4075| Komen: 43

Description: Penyanyi Datuk Aishah, 57, "naik angin" dengan komen segelintir netizen bermulut puaka yang mempersenda bentuk badannya yang kini semakin kurus.



Penyanyi Datuk Aishah, 57, "naik angin" dengan komen segelintir netizen bermulut puaka yang mempersenda bentuk badannya yang kini semakin kurus.

Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin melalui satu hantaran di Instagramnya berkata bentuk badan tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka kerana ia merupakan isu sensitif bagi kebanyakan orang.


"Beberapa hari lepas saya muat naik video soundcheck untuk satu persembahan minggu lepas. Memang saya akui masa soundcheck tu, saya tak berapa sihat dan baru balik trip. Kepenatan dari trip di mana saya drive berjam-jam membuatkan saya kurang mood nak dress up untuk soundcheck."


"Lagipun masa tu dah mula batuk dan demam. Tapi like they say, 'the show must go on.' Tapi saya notice ramai juga yang komen sesedap jari nak taip,jenis macam ni rasanya memang patut kena maki dik Diva AA. Ada yang kata,'dah tak tentu arah bila kurus..' 

'lagi cantik masa gemuk'...Korang punya mak bapak tak ajar ye,kalau tak ada benda baik nak cakap atau taip baik diam. Diorang tak ajar ye?"

Ok meh saya tolong ajarkan. Segala yang kita komen nanti akan ditanya di akhirat,jadi lebih baik kalau tak ada benda baik nak tulis,baik diam saja. Tak perlu nak sakitkan hati orang lain. Susah nanti nak cari orang tu minta maaf di akhirat nanti." 

Memang ramai ye jenis mulut puaka macam ni. I cannot brain. Haaa gambar dua ni di ambil pada hari yg sama,sebelah kanan masa soundcheck dan sebelah kiri malam persembahan tersebut," katanya.



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempersoal tindakan individu yang menulis komen negatif itu dan menyifatkan ia sebagai iri hati.

@maznahsnowy : "Heran tengok org2 gini ya.. kurus ke gemok ke..bukan mintak makan dgn dia pon..Hadoi..kat mana dia yg sakit ya?"

@zfaiyzalmie : "Dia jeles tu kak, dia nmpak akak kurus...pastu suara best plk...dia tu msti suara mcm katak..abaikan kakakku syg, abaikk kan tu semua...semoga akak sentiasa sht dan dimurahkan rezeki selalu..jga dir i ok...."

@feeynalovesyou : "Dorg jeles tu kak. Biasalah semua tak kena. Gemuk salah, kurus salah, hidup salah, mati salah. Mana ada betul, dorg je yg betul. So biarkan."

@hazuan1 : "Pelik orang melayu ni orang gemuk dia marah orang Kurus dia marah. Dia nak apa sebenarnya?"


Netizen pun, lain kali nak komen fikir dulu jangan ikut sedap taip je, tak pasal-pasal dah kena "sekolahkan" dengan Aishah.

Nak gemuk ke nak kurus ke itu hak masing-masing, janji selesa dan sihat betul tak. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 25-11-2022 02:02 AM
Dia belum baca komen2 acik kepam hamis di forum .. kalaupun bukan pada aishah tapi puaka kt retis lain , serupa makpak dorang dungu tak reti ajar anak juga

Biasalah i pun pernah sama puaka dulu2
Bekas team puaka
Quote mesmerize 25-11-2022 03:19 AM
tapi elok la nampak dia dah kurus. nampak lagi sihat.
baju pun nampak cantik terletak.
masa kat gv dulu kesian nampak nak berjalan pun dah macam robot je.
Quote sukacactus 25-11-2022 06:00 AM
Bagus tindakan dia ikat perut tu sebab dia 1 family bkn takat gemuk biasa
Masa dia br famous kat sini dl, pernah tgk dari mak, abg, kakak, semuanya jenis jalan macam kena heret kaki tu
Semua nampak besar, berat dan xsihat
Alhamdulillah npk elok dia skrg dan semoga jauh dr penyakit
Quote Fly_over 25-11-2022 06:33 AM
sapa la suka ngisik dia ni ek. haritu psl warna rumah. suka tgk konsisten dia jg mkn dan bdn lepas potong usus. ramai dah kembali mgemuk. rina harun, mikel tu dah nampak nak mbesar balik.
Quote felinecat 25-11-2022 06:45 AM
Laaa, elok la kurus sihat.. Sape cakap lawa masa gemuk, buta ke.. Dgn tgn berketul, eiii
Quote jihyomelly 25-11-2022 06:58 AM
apa pun dia ngaku potong usus.. perubahan x mendadak sgt take few years nak kurus.. ok la dah dia pun cari makan dgn menyanyi kalau besar mcm gv x ramai nak panggil utk dinner show suma..rezeki dia la..
Quote ashilalat 25-11-2022 07:24 AM
Bukan aishah la kalau tak emosi dan berperang dgn netizen
Quote lightheaded67 25-11-2022 08:36 AM
tp kan retis2 ni smua sama je, jarang nak tgk deyols up post yg appreciate pemenat2 penyembah deyols.gigihla iols tgk acik2 pemenat taip puji puji bg naik smngat kadg, retis ni silap2 baca pun tak. tp kalau nk gaduh balik dgn org  laju pulok. block jelah onggile2 mana komen tu, tak mau nye deyols komen skali dua je busuk2, mesti tiap kali komen, komen busuk
Quote eyansss 25-11-2022 09:01 AM
aku ni kalau tengok dia je terus teringat terbayang queen brunei…  sejenis kepala besar dan bila kurus lagi nampak besar…  anyway, tahnian kak ecah sebab consistent jaga berat…  tak sia2 hans isaac sponsor kerat perut chuols…
Quote laksmanabentan 25-11-2022 09:02 AM
ashilalat replied at 25-11-2022 07:24 AM
Bukan aishah la kalau tak emosi dan berperang dgn netizen

hahahahaa....

harus puji yang baik2 aja uoollsss...
Quote Cintakapuri 25-11-2022 09:03 AM
Edited by Cintakapuri at 25-11-2022 01:06 AM

Sstgh org kl diet n kurus tu nampak lebih tua dr umur sebenar. Nak diet jgnla extreme sgt, slow aje, xyah potong usus/mnm obat yg xde sijil taw. Bahaya

edit: yg x obes sgt2, exercise n diet sihat je. X yah potong usus gituhhhh
Quote electricopop 25-11-2022 09:40 AM
Asalkan dia sihat dan bahagia dengan penampilan dia.
Quote She-Ra 25-11-2022 09:43 AM
alahh kak ecah ni pun rajin naw nak melayan
buat dek jelaaa.. jari jemari nerakazen takleh nk dikawal.. terima jela seadanya asal tak melampaui batas
Quote supernaturalee 25-11-2022 10:20 AM
eyansss replied at 25-11-2022 09:01 AM
aku ni kalau tengok dia je terus teringat terbayang queen brunei…  sejenis kepala besar dan bila ku ...

ha???
hans sponsor buat bariatric??
sebab?

xde kaitan dgn politik kan


Quote mamajawie 25-11-2022 10:46 AM
dia ni antara yg potong perut nampak perubahan +ve..tak cam bakyah cenggitu je badan lepas potong peyot
Quote laksmanabentan 25-11-2022 10:55 AM
She-Ra replied at 25-11-2022 09:43 AM
alahh kak ecah ni pun rajin naw nak melayan
buat dek jelaaa.. jari jemari nerakazen takleh nk dika ...

gigih kan nak baca semua komen, lps tu nak reply segala....
hahahhahahaa.....

tak payah layan kan senang, settled...
Quote She-Ra 25-11-2022 11:13 AM
laksmanabentan replied at 25-11-2022 10:55 AM
gigih kan nak baca semua komen, lps tu nak reply segala....
hahahhahahaa.....

itulah, banyak naw masa terluang dia
kita yg bkn retis ni pun buat dek je dgn komen atau kecaman.. anggap jela dorang tu jaki dgn kebahagian kita.. kita selangkah ke depan bukan selangkah ke alam misteri
asal tak melampaui batas
Quote Suchi 25-11-2022 11:20 AM
sukacactus: Bagus tindakan dia ikat perut  ...


Huh seksa tu sampai seret kaki, kak ecah ni berat skrg dah berapa ya sbb mmg nampak kurus benar.
Quote Suchi 25-11-2022 11:23 AM
Gambar kat ecah pakai dress satin warna beige dan jaket kaler yg sama tu nampak bbnu lak.
2 gambar tu je dia nampak sweet jaaa mungkin sbb fesyen or mekap tak taulaaa hilang terus imej makcik2

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-11-2022 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.092430 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top