CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Youtube Alif Satar Digodam, Bertukar Jadi Logo Tesla Dan Video Elon Musk

24-11-2022 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1217| Komen: 3

Description: Alif Satar memohon jasa baik peminat membantunya melaporkan kepada YouTube tentang tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaunnya di platform berkenaan.Permintaan tersebut dibuat Alif m ...
Alif Satar memohon jasa baik peminat membantunya melaporkan kepada YouTube tentang tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menggodam akaunnya di platform berkenaan.

Permintaan tersebut dibuat Alif menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, sebentar tadi.

Foto: IG

“Yes guys… Saluran YouTube Alif kena hack (godam). Saya mohon maaf kepada semua 504,000 pengikut.

“Saya perlu bantuan anda untuk laporkannya. Sayang anda semua!

“Anda boleh pergi ke bahagian komen di YouTube Alif dan maklumkan akaun ini telah digodam, pulangkan kepada Alif Satar,” tulisnya.



Sementara itu, tinjauan mendapati gambar profil saluran YouTube pengacara itu bertukar kepada logo syarikat pengeluar kenderaan elektrik ternama dunia.

Foto: Utusan

Pada masa sama, jumlah pengikut saluran tersebut juga meningkat kepada 505,000. Turut dipaparkan adalah video live lelaki terkaya di dunia, Elon Musk. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 24-11-2022 07:01 PM
Hahahahaahahhaha.

Kena check lah apa punca boleh kena hack? Biasa sbb google account dh kena hack dulu
Quote KamikuP 25-11-2022 10:42 AM
Uish bahayo ni, mujur meolss tak glamer kat medsos.. ekekekek
Quote rosedemon 25-11-2022 11:16 AM
mujor bukan video lucah je sukor la dek alip

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.050930 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top