CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Cecair Terkumpul Di Bahagian Kanan Paru-Paru, Badan Mafarikha Ditebuk

24-11-2022 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4169| Komen: 24

Description: Selepas negatif Covid-19, penyanyi Mafarikha Akhir atau Mafa, 29, kini terpaksa bertarung dengan jangkitan kuman di paru-paru selain sudah lebih sebulan ditahan di hospital.
Selepas negatif Covid-19, penyanyi Mafarikha Akhir atau Mafa, 29, kini terpaksa bertarung dengan jangkitan kuman di paru-paru selain sudah lebih sebulan ditahan di hospital.


Mafa berkata, terdapat cecair terkumpul di bahagian kanan paru-parunya. Untuk mengeluarkan cecair itu dan proses sembuh, badannya terpaksa ditebuk dua lubang di depan dan belakang.

Foto: IG

"Masa hari pertama kena tebuk, terdapat 3.2 liter cecair keluar. Ia berterusan dan sehingga kini dan saya rasa sudah lebih  empat liter cecair dikeluarkan. Bila terkena penyakit ini, paru-paru memang akan ada parut dan ambil masa lama untuk pulih.

"Paru-paru saya tidak lagi macam orang biasa lain yang sihat. Bila sudah ditebuk untuk keluarkan air, ada kemungkinan untuk angin pula masuk. Prosedurnya mudah tapi semua dibuat dalam keadaan sedar. Memang sakit sangat," katanya.



Penyanyi lagu Angin itu mengakui tidak pernah menyangka dia akan ditimpa dugaan besar itu. 

Namun, dia positif dan menikmati setiap hari dilaluinya sekarang.



"Perasaannya tak terkata. Tak jangka pun akan sakit teruk begini dan duduk hospital lama-lama. Saya memang tak tahu nak fikir apa untuk masa depan, hanya boleh fikir masa sekarang.

"Ada kalanya saya rasa sangat kecewa dengan diri sendiri kerana terlalu perlahan untuk pulih. Tapi saya kena terima proses itu memang akan mengambil masa yang agak panjang," katanya.



Menurut Mafa, dia juga tidak pasti berapa lama lagi dia boleh dibenarkan keluar dari hospital. Ini disebabkan dia masih perlu menjalani rawatan berterusan hingga benar-benar pulih.

"Saya masih perlu mengambil antibiotik selama enam minggu. Untuk benar-benar pulih, saya tidak pasti. Doktor cuma cakap memang agak lama," katanya.



Pada 24 Oktober lalu, Mafa dimasukkan ke wad kritikal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor selepas dijangkiti Covid-19 tahap lima dan berdepan kebimbangan sekiranya dia ditidurkan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 24-11-2022 03:43 PM
boleh nyanyi lagi ke kalu peparu dah tebuk cmtu
Quote CikYaYaYa 24-11-2022 03:49 PM
Kenapaaa sekarang ramai sangat erk org sakit bkaitan paru3?? Risauu pulakk aq
Quote akuHavocczz 24-11-2022 04:48 PM
rasanya sebab covid. once kita kena covid, memang paru paru kita akan ada luka
Quote nena9042 24-11-2022 05:00 PM
Aku baca pun dah rasa ngilu semoga cepat sembuh.
Quote Fly_over 24-11-2022 05:03 PM
gws. gmbr she kt hospital x mekap tu cantik
Quote sukacactus 24-11-2022 08:09 PM
Pencen le kot nyanyi lps ni dah peparu jd gini
Payah la nak control breathing segala tu kan
Quote MistrezHermanaz 24-11-2022 08:11 PM
Fly_over replied at 24-11-2022 05:03 PM
gws. gmbr she kt hospital x mekap tu cantik

Dia ni kalau kurus mmg cantik.. Pernah la kurus sblm ni pastu naik balik badan dia.. Get well soon
Quote cap_ayam 24-11-2022 08:33 PM
Get well soon..inshaAllah
Quote SonicSiLandak 24-11-2022 08:42 PM
tu la berkat warnakan rambut kaler hijau... dah sihat nanti.. botakkan pulak kepala ya
Quote darkness 24-11-2022 09:09 PM
Cantik tanpa mekap
Quote Far 24-11-2022 10:58 PM
darkness replied at 24-11-2022 09:09 PM
Cantik tanpa mekap

kalau betul takde filter on her ig update...kulit dia sangat cantik
Quote annadonna 24-11-2022 11:03 PM
Dia badan berisi pun cantik. Tak nampak kepam. Tak mekap pun cantik
Quote supernaturalee 25-11-2022 10:32 AM
moga cpt sembuh
Quote KBW2 25-11-2022 10:37 AM
macam lebeh kurang sama cerita dengan nad jenal.
Quote rosedemon 25-11-2022 11:14 AM
xpela ini adalah turning point utk u bertobat
Quote bunnyj3lly 25-11-2022 11:35 AM
akuHavocczz replied at 24-11-2022 04:48 PM
rasanya sebab covid. once kita kena covid, memang paru paru kita akan ada luka

I pun rasa sebab covid dan vaksin covid jugak. Banyak penyakit-penyakit tiba flare up lepas inject vaccine. Tapi random la.. sapa kena, kena laa.. elok la kita menjaga pemakanan dan persekitaran kita.
Quote marchikobonzo 25-11-2022 11:38 AM
Get well soon..risau pulak kalau kena covid ni..iols xpernah kena lagi..takut la dengar macam2 jadi
Quote Prickford 25-11-2022 11:41 AM
annadonna replied at 24-11-2022 03:03 PM
Dia badan berisi pun cantik. Tak nampak kepam. Tak mekap pun cantik

Ini berisi dambaan abang2 despatch yg selalu datang opis hantar surat
Quote akuHavocczz 25-11-2022 11:52 AM
bunnyj3lly replied at 25-11-2022 11:35 AM
I pun rasa sebab covid dan vaksin covid jugak. Banyak penyakit-penyakit tiba flare up lepas inject ...

Ya even my family ada jadi mangsa vaccine sampai meninggal

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.202259 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top