CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Serabut, Anak-Anak Saya Jaga,"-Bekas Suami Doa Untuk Nad Zainal

23-11-2022 03:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8407| Komen: 21

Description: aTidak terkecuali berasa bimbang, bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin memohon doa baik-baik orang ramai terhadap pelakon itu yang kini sedang berjuang akibat komplikasi paru-paru berdarah.
aTidak terkecuali berasa bimbang, bekas suami Nad Zainal, Faliq Amiruddin memohon doa baik-baik orang ramai terhadap pelakon itu yang kini sedang berjuang akibat komplikasi paru-paru berdarah.

“Kita minta doakan yang baik-baik untuk Nad Zainal,” ujar Faliq ringkas.

Nad kini dilaporkan kritikal dan dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU)di Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu.

Foto: IG

Faliq juga meminta diberikan ruang buat dirinya dan keluarga sepanjang berhadapan dengan ujian tersebut.

“Maaf, saya sedang serabut dengan banyak perkara sekarang. Kami mohon orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat Nad.

“Beri ruang untuk saya dan keluarga untuk mendepani ujian ini dengan cekal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.



Pada masa sama, dia juga memaklumkan dua anaknya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun kini berada bawah jagaannya.

“Anak-anak semua ada dengan saya sekarang ini. Maaf saya tak boleh beri komen panjang,” ujarnya.

Hari ini, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian aktor, Ungku Ismail yang memberitahu Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin berada dalam kritikal.

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.



Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.

Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.

Sementara sekitar April lalu, dia yang popular menerusi drama Takdir Yang Tertulis mendedahkan mengalami batu berkahak akibat pasca Covid-19 sehingga menyukarkannya untuk bekerja.

Sebagai info, Nad pada 3 September lalu mengesahkan sudah bercerai dengan Faliq selepas tujuh tahun berumah tangga.

Tidak lama kemudian, dia meraih perhatian ramai apabila muncul dengan imej bertudung dan mengakui sedang belajar untuk terus kekal dengan penampilan tersebut. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 23-11-2022 03:46 PM
sape x serabut bang?ni orang cakap antara hidup & mati la..
Quote anony-mous 23-11-2022 03:47 PM
Kritikal balik kan? Sblm ni dah stabil. Untung nad sempat berubah hujung2 pakai tudung
Quote Kancilkering 23-11-2022 05:14 PM
isteri ke bekas isteri ke kena mcam
ni…mau muka putih pucat….
Quote airmineral 23-11-2022 08:56 PM
nasib baik budak² ni ada bapa yg masih kisahkan drg..
Quote finn 23-11-2022 09:01 PM
Ya Allah.. Sembuh kan lah nad zainal dari penyakitnya.. Aminn
Quote hotmak 23-11-2022 09:04 PM
yelah serabut susah hati semua ada tu, agaknya dgn phone call mesej non stop masuk, tambah lah serabut, sedih tgk muka anak2 dorang
Quote Supersirap 23-11-2022 10:17 PM
Bertabah dan bersabarlah wahai saudara, banyakkan berdoa
Quote kikiharris 23-11-2022 10:26 PM
Time mcm ni, perkara yg paling ditakuti bila telefon berdering. Mmg automatic ko pikir bukan bukan. Aku takkan lupa pengalaman mcm ni.
Tabahlah, InshaAllah Allah kurniakan kesembuhan. Harap sabar dan cekal depan anak anak.
Quote TabletSusu 24-11-2022 09:34 AM
yg kawan2, reporter semua xyah lah sibuk2 call dia berkali2. org tu tgh risau bekas isteri sakit, anak2 kecik lagi, hal keja dia lagi. bagi lah dia ruang utk manage hal2 dia.
Quote supernaturalee 24-11-2022 09:38 AM
TabletSusu replied at 24-11-2022 09:34 AM
yg kawan2, reporter semua xyah lah sibuk2 call dia berkali2. org tu tgh risau bekas isteri sakit, an ...

kannn
ape jgk perkembangan nnt
biar die sndiri yg update



Quote azimodin 24-11-2022 09:38 AM
Bagi la orang tu ruang, anak2 lagi perlukan perhatian dia buat masa ni. Kalau ada apa2 update mesti kawan2 & sedara mara akan tahu juga.
Quote TabletSusu 24-11-2022 09:41 AM
supernaturalee replied at 24-11-2022 01:38 AM
kannn
ape jgk perkembangan nnt
biar die sndiri yg update

aku bukan apa.. dia dahlah tgh serabut mcmni.. hp asyik bunyi je. risau esok2 dia stress, mau dibalingnya hp tu ke dinding. pecah berderai hp tu, tmbh lg 1 masalah. dah nak kena beli baru. xpon kot dimarahnya anak2 pulak.. x pasal2 anak2 pun sedih. kita x boleh nak predict org2 yg byk masalah ni. sblm ni dia ok ok je. sekali masalah dtg bertimpa2 terus bertukar karektor, susah org sekeliling
Quote missHaidiD 24-11-2022 09:49 AM
kikiharris replied at 23-11-2022 10:26 PM
Time mcm ni, perkara yg paling ditakuti bila telefon berdering. Mmg automatic ko pikir bukan bukan.  ...

Nk2 lg waktu mlm. Mmg tak tenang hidup
Quote rosedemon 24-11-2022 10:12 AM
apa pkembang terbaru tu? jgn jadi macam siti sarah dah la
Quote Chrating 24-11-2022 04:09 PM
Bagusnya bekas suami Nad Zainal ni.  Masih ambik berat dan masih risaukan bekas isteri.  Setengah lelaki, bercerai bulan 9, bulan 11 lelaki lain yg bercakap bagi pihak tentu tak ambik pusing dah...
Quote epullipan 24-11-2022 04:17 PM
semoha bekas suami tabah..alahai kesian aku kat anak2 masih kecik lagi tu
Quote annadonna 24-11-2022 04:44 PM
Oksigen dia dah 100 dan bleeding dah stop. Insya Allah okay dia tu
Quote ira_229 24-11-2022 06:16 PM
annadonna replied at 24-11-2022 04:44 PM
Oksigen dia dah 100 dan bleeding dah stop. Insya Allah okay dia tu

mungkin ramai yg mendoakan & teman2 artis & orang ramai ada bacakan yasin...inshaallah..
dulu i pun kena jangkitan kuman sampai badan tak boleh bergerak...pandangan terus blank & telinga tak boleh dengar...doctor kata kuman dah masuk ke urat saraf
ramai yg bacakan yasin....berkat doa & bacaan yasin sikit2 badan dapat bergerak semula....lama kena warded & terapi...bila i discharge doctor heran..dia kata selalu patient dia keluar mesti wheelchair tapi i alhamdulillah boleh jalan..
Quote Note8687 24-11-2022 06:45 PM
Nampak macam sayang je lagi kat ex wife. Smlm dia ada post gambar family

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054753 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top