Pelakon Nad Zainal dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, dipercayai akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Menurut pengurus kepada selebriti Sherry Al Hadad dan juga rakan baik Nad Zainal iaitu Aina Liza, dia dimaklumkan keadaan aktres berusia 32 tahun itu stabil namun masih dipantau di ICU. “Saya difahamkan Nad Zainal mengalami jangkitan kuman di paru-paru (lung infection). Tapi saya tak tahu sebenarnya bila dia kena tu. “Yang saya dapat maklumat dari pembantu peribadinya, dia baru saja dimasukkan ke ICU. Tapi doktor kata keadaannya sekarang stabil cuma masih di ICU. “Sebelum ini dia memang ada pergi pemeriksaan doktor tapi ingatkan tak serius. Mungkin long covid tapi tula saya pun tak berapa pasti apa,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Aina menerusi laman Intastory miliknya pada Selasa memohon semua orang mendoakan keadaan Nad Zainal yang kini dirawat di ICU. Perkara itu turut disahkan oleh wakil produksi Nad Zainal kepada Gempak. "Saya mohon doa-doa semua kepada heroin kita Nad, yang dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman paru-paru. "Beberapa prosedur telah dilaksanakan, dia kini stabil menurut laporan doktor," maklumnya. Sumber: Gempak |
Lolalala replied at 22-11-2022 11:25 PM
Beberapa kenalan ada masuk hospital masalah paru². Ada yg ditebuk juga. Semuanya sebab vape. Adakah ...
rayna_raynes replied at 22-11-2022 11:38 PM
Mungkin vape. Kwn i pun baru keluar hospital lepas sebulan. Kena tebuk paru2 juga sebab vape, tak ...
rayna_raynes replied at 22-11-2022 11:38 PM
Mungkin vape. Kwn i pun baru keluar hospital lepas sebulan. Kena tebuk paru2 juga sebab vape, tak ...
jambatannetizen replied at 23-11-2022 12:07 AM
Tapi kwn u tu masuk icu ke? Nad masuk icu ini pada i dah kira kronik . Smoga cepat sembuh. Amin
anony-mous replied at 23-11-2022 12:58 AM
Vape now baru nmpk kesan sbb vape kira baru jgk kan xsmpai 10y lg. Sblm tu x ada kajian sbb benda ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.104692 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.