CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Buruh Maut Ketika Pasang Besi Projek ECRL

22-11-2022 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 822| Komen: 11

Description: PASIR PUTEH – Seorang buruh warga China maut selepas rebah semasa melakukan kerja-kerja pemasangan besi jambatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Kandis, Bukit Yong di sini kelmarin.
PASIR PUTEH – Seorang buruh warga China maut selepas rebah semasa melakukan kerja-kerja pemasangan besi jambatan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Kandis, Bukit Yong di sini kelmarin.


Mangsa, Qui Daq Qing, 51, pengsan kira-kira pukul 11 pagi sebelum disahkan meninggal dunia dua jam kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja sebagai buruh secara tiba-tiba rebah ketika melakukan kerja-kerja pemasangan besi.


Foto: Kosmo

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Kampung Wakaf Lichong di sini kemudian dilihat dalam keadaan lemah sebelum dibawa ke HRPZ II oleh majikannya.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan di hospital. Pemeriksaan turut mendapati mangsa negatif Covid-19.

“Mayat mangsa sudah dibedah siasat di HRPZ II dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 22-11-2022 06:36 PM
Sakit jantung agaknya
Quote margo20 22-11-2022 07:32 PM
Jadi jgk ye projek ni
Quote Punat_button 22-11-2022 10:06 PM
buruh dari China? dia tak tau ka Malaysia ni panas.

Quote supernaturalee 22-11-2022 11:08 PM
Zaizul Rizal Zakaria , ada 4 Z

Fifi fairuz fuiyoo , ada 4 F


Anyway x tau plk pekerja buruh pun ada ambik dr China
Igtkn indo dgn Bangla je
Quote ina_na 23-11-2022 12:58 AM
Biasa kat sini kalo buruh dr China tu sepenuhnya milik company Cina dr China..sbb dl kawan suami pernah mintak keje kat salah satu site sini... Staff sana ckp kalo pencel pun kalo oder dr China..x mungkin kami ambik staff dr Malaysia...pdhal kwn suami tu Cina Malaysia.. tp bukan kat Kelantan la . Kat selatan ni
Quote gigahertz 23-11-2022 01:35 AM
ina_na replied at 22-11-2022 04:58 PM
Biasa kat sini kalo buruh dr China tu sepenuhnya milik company Cina dr China..sbb dl kawan suami per ...

china tanah besar anggap cina di luar tanah besar adalah
Pengkhianat. Sebab masa zaman british dulu diorang ni la lari menyelamatkan diri instead of berjuang mati mempertahankan negara
Quote ina_na 23-11-2022 07:54 AM
gigahertz replied at 23-11-2022 01:35 AM
china tanah besar anggap cina di luar tanah besar adalah
Pengkhianat. Sebab masa zaman british dul ...

Pemikiran dia org tu pun lain.. mmg ramai cina Malaysia pun x suka deme..deme ckp sana teruk sgt..komunis kan..gelak je bl deme ckp mcm tu..
Quote nanasno 23-11-2022 08:20 AM
ya memang sub contractor ambil pekerja buruh dari china. diorang ada basecamp di setiap negeri laluan ecrl. tapi contractor ada juga ambil buruh indon, bangla dan melayu. tapi melayu mana nak buat sangat kerja mcm ni. ramai lari. ya barang2 dalam basecamp dia semua from china. anyways takziah keluarga si mati.
Quote ladybugz 23-11-2022 08:30 AM
kalau bab ecrl ni mmg semuanya dianpunya. masa nk buat perjanjian tu konon nk bukak juga pada kontraktor tempatan tp hahaha mmg hanya pada air liuq shj. mmg dia pandai manipulate supaya x dpt pun satu sen pun kat org local.
Quote rosedemon 23-11-2022 09:39 AM
rest in rip
Quote Bedah.Cun 23-11-2022 09:47 AM
Pelik namanya, etnik minoriti ker? Dui daq ding?

Lihat semua komen(11)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.075096 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top