CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nurulhidayah Pelik Orang PAS Tak Pernah Guling Presiden, Tapi Zahid Disuruh Berundur

22-11-2022 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6676| Komen: 104

Description: Anak kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid nampaknya terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang didakwa cuba untuk menjatuhkan bapanya.
Anak kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid nampaknya terus menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang didakwa cuba untuk menjatuhkan bapanya.


Dalam tiga posting terbaharu di TikTok pada Selasa, dia berkongsi luahan hati berkaitan perjuangan bapanya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan menerima tentangan ahli parti sendiri.

"Bertahun PAS jadi pembangkang. Tak ada pun secara terang-terangan gerakan tumbangkan presiden PAS. Umno ni hebat dalam ugutan. Umno ni hebat dalam beri tekanan.

"Hanya yang kuat akan bertahan. Hanya yang sabar akan menang. Allah Maha Baik. Dia nak tunjuk siapa selama ini individu yang buat gerakan jatuhkan presiden.

"Silap haribulan, orang-orang itu yang buat sampai Datuk Seri Najib Razak ke penjara. Ini bukan kerja seorang dua. Ini kerja berkumpulan dan komplot terancang. Komplot luaran Umno, komplot dalaman Umno," ujarnya menerusi TikTok dan Instagram.


Foto: mStar Online

Menerusi posting berlainan, dia turut menyatakan bahawa segala luahannya itu merupakan pandangan peribadinya sahaja.

"Saya dah 44 tahun hidup dan segala pandangan yang saya kongsikan adalah pandangan peribadi daripada pemerhatian yang tak ada kena mengena dengan sesiapa.

"Kalau Presiden Umno tu nak lepaskan tengkuk dia daripada tuduhan mahkamah, lama dah dia buat ikut telunjuk Tun Mahathir untuk bubar Umno. Berapa ramai yang lompat lepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)? Fikir, fikir, fikir.

"Walau bagaimanapun, bukan semua orang macam dia di 'muka buku' yang claim suara akar umbi. Allah sangat baik. Sabar, sabar, sabar. Apa pun, Allah punya ketetapan dan kehidupan yang perlu diteruskan.

"Allah tidak akan membiarkan hamba-Nya berseorangan. Hasbunallah Wanikmal Wakil," tulisnya lagi.

Untuk rekod sejak beberapa hari lalu desakan untuk Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN mengundur diri semakin kuat susulan kekalahan besar parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November lalu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 22-11-2022 04:37 PM
Apa yg nk peliknya...
Quote Reymz 22-11-2022 04:39 PM
Apa nyer takder, dulu Asri Muda kena gulingkan oleh PAS
Quote jiwakacau06 22-11-2022 04:40 PM
apa pulak xda org kna guling...tu ha...mat sabu tu...serpihan pas la tu..bpk kau pnca umno kalah...susah sgt ke nk faham...
hadi awang pas menang
Quote nutcrack8 22-11-2022 04:41 PM
Psal petik name parti lain? X paham die ni
Quote pinggan 22-11-2022 04:43 PM
"Kau sekolah tak?"
"Kau amik spm tak?"

Kenapa la hang ni susah nak paham sangat. Tu la lain kali jgn makan rasuah. Hati gelap. Susah nak faham. Hahaha
Quote Nham22 22-11-2022 04:46 PM
Serabut laaa.. Haa itula org sibuk berkempen dgn figure... Fact... Ko sibuk menyanyi kat pasar pagi.. Pasar malam.. Pasar tani... Makcik2x berjualan pon peljk tgk ko menyanyi mcm org x siuman tgh2x jalan...
Quote green~tea 22-11-2022 04:46 PM
Diam lah anjing (kaklong)
Quote matchstick 22-11-2022 04:47 PM
Dia ni mmg benak
Quote margo20 22-11-2022 04:48 PM
Kau punya perbandingan tu tak masuk akal langsung
Quote namieamuro 22-11-2022 04:51 PM
sblm nak bekap pak sendiri. kaji la dulu sejarah pas. maen hembus je kaklong kawasan. terang2 org tolak bee end psl pak kau la

Quote SeriBunga 22-11-2022 04:58 PM
mohon diva AA sekolahkan dia ni skit
Quote Delifrance 22-11-2022 04:59 PM
Sadap sis.. just sadap
Quote che-cikL 22-11-2022 05:00 PM
44 tahun tapi pandangan macam umur 14 jerrrwww
Quote sharlenetexas 22-11-2022 05:00 PM
namieamuro replied at 22-11-2022 04:51 PM
sblm nak bekap pak sendiri. kaji la dulu sejarah pas. maen hembus je kaklong kawasan. terang2 org to ...

Kaklong malas membacalah tu.

Quote prettyuglybabe 22-11-2022 05:01 PM
ada lagi dia ni..
ingat dah kalah teruk reti la nak berfikir..
Quote ACC106 22-11-2022 05:03 PM
Spouse & anak politician lebih baik diam sikit waktu tgh kritikal mcm ni
Quote Thunderclouds 22-11-2022 05:04 PM
Sebab depa dh di bg pilihan. Nak sorga kaa nk melaka kalo nk sorga perlu مُخْلِص kt presiden. Ameno gitu dak??
Quote makita 22-11-2022 05:20 PM
Ha la ha la ha laaaa...pura2 pengsan pulak minah kening nih
Quote pu3_rania 22-11-2022 05:22 PM
Eh eh eh
Betina birah ni masih nak bersuara hentam orang lagi

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.080460 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top