CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farid Kamil Jumpa Anwar Ibrahim, Siap Minta Tengok Parut Di Kening

22-11-2022 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1251| Komen: 3

Description: “Beliau (Anwar Ibrahim) seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dianiaya suatu ketika dahulu.”
“Beliau (Anwar Ibrahim) seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dianiaya suatu ketika dahulu.”

Itu pengakuan pelakon Farid Kamil tentang penglibatannya dalam filem biopik tokoh politik disegani dunia, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbitan sebuah produksi Indonesia, Bianglala Entertainment.


Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari juga terlebih dahulu mendapatkan restu daripada figura yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 itu dalam satu pertemuan empat mata bagi memahami sedalam-dalamnya watak berkenaan.


Foto: IG

“Kami berjumpa hanya dua jam. Makan malam, tapi tidak cukup. Jadi, saya pun meminta untuk bertemu sekali lagi dengan beliau sebelum terbang ke Jakarta tempoh hari.


“Setelah saya kaji, apa yang berlaku kepadanya, saya minta beliau tolong saya sebab saya nak tengok kesan-kesan (fizikal) yang berlaku kepadanya.

“Mengikut laporan perubatan, beliau ditumbuk dan dilukai tubuh badannya dengan tujuh pukulan.

“Saya minta beliau buka cermin mata nak tengok kesan tumbukan tersebut. Saya minta beliau angkat kening dan ternyata kesan (parut) tersebut masih lagi berbekas.

“Itu yang membuatkan saya rasa membuak-buak dan bersemangat untuk menzahirkan watak Anwar Ibrahim sebagai satu flashback (imbas kembali) penderitaannya pada 1998 demi semangat reformasi,” katanya kepada Kosmo! Online.



Foto: Kosmo

Ditemui usai tayangan perdana filem lakonan dan arahan terbaharunya, Remp-It 2 di ibu negara malam tadi, Farid, 41 menjelaskan, dia mula ambil tahu tentang perjuangan reformasi Anwar sejak tahun 1998 terutama apabila figura hebat itu dianiaya oleh bangsa sendiri.

“Saya mula tahu tentang Anwar Ibrahim ketika tahun 1998. Ketika itu, timbul satu persoalan dalam benak pemikiran, kenapa tiba-tiba mata dia lebam?



“Jadi, soalan tersebut bermain di fikiran saya sejak 1998. Apabila saya baca skrip, saya melihat realiti di sebalik gambar itu membuatkan saya fikir, tanggungjawab membawakan wataknya dalam filem perlu diterjemahkan dengan sebaik mungkin.

“Saya mengikuti perjalanan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 dan saya menyokong perjuangan beliau. Apa yang berlaku kepadanya, berlaku juga kepada saya,” ujarnya yang menjalani penggambaran filem Anwar sekitar Oktober lalu.

Mengulas lanjut perihal tersebut, suami kepada aktres itu Diana Danielle mengimbau semula pengakuannya pernah disogokkan sebanyak RM5 juta namun menolak tawaran tersebut sehingga membuatkan perjalanan kariernya hampir terkubur.


“Suatu ketika dahulu, saya pernah dirasuah seperti yang saya pernah maklumkan sebanyak RM5 juta dan akibat daripada saya menolak (duit), kesannya sangat buruk.

“Semua itu berlaku sekitar 2017. Siapa yang ambil duit akan selamat, siapa yang tolak, mereka akan diperlakukan seperti saya.
“Cubaan-cubaan itu sama macam apa yang berlaku pada Anwar suatu ketika dahulu. Dahulu rasuah berleluasa di Malaysia. Saya pun pernah terfikir adakah itu akibat bila kita tak ambil rasuah di Malaysia,” katanya.

Biarpun menjadi pelakon pilihan terakhir melakonkan karakter Anwar namun Farid berbangga apabila kebenaran perjuangan tokoh politik semakin.



Ditanya tentang kemungkinan Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini, jawab Farid sedikit beremosi: “Saya berharap kalau Anwar jadi Perdana Menteri ke-10, sistem di negara ini akan dibaik pulih

“Saya berasa bangga sekurang-kurangnya, apa sahaja jalan Anwar yang disekat dahulu, sekarang sudah ada jalan.

“Sekurang-kurangnya beliau ada 10 tahun untuk memerintah sebagai Perdana Menteri. Insya-Allah.”



Filem Anwar turut dibintangi Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Firdaus Mat Joni, Piet Pagau serta Dewi Irawan tersebut menggunakan bahasa Melayu Nusantara beserta penggunaan bahasa Inggeris yang sedikit.

Filem arahan Viva Westi itu telah diusahakan sejak Ogos 2011 dan kini sedang di peringkat akhir penggambaran dan dijangka menemui penonton awal tahun depan.




Berlatarkan tahun 1993 sehingga 1998, filem berkenaan diolah daripada kisah benar dan susur galur perjuangan Anwar Ibrahim melawan sistem kerajaan korup yang akhirnya dihukum penjara. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 22-11-2022 11:57 AM
Wan Azizah berloghat yindon lah gamaknye ye... ehehehehehe..
Btw, takyah nak merasai kesusahan sangatlah Farid oii..awak lahir atas dulang emas... mak bapak Datuk Datin pensyarah pakar UiTM lagi....
Quote tikusmontok 22-11-2022 12:32 PM
Sebelum belajar menjiwai watak, belajar dulu cara tumbuk mata sendiri
Quote rosedemon 23-11-2022 09:44 AM
farid ni jmpe depan2 helok putih tinggi

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.231602 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top