CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengerusi PKR Dakwa PH-BN Bentuk Kerajaan Negeri Perak

21-11-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 803| Komen: 5

Description: IPOH: Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata, Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan negeri Perak bersama Barisan Nasional (BN).
IPOH: Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang berkata, Pakatan Harapan (PH) akan membentuk kerajaan negeri Perak bersama Barisan Nasional (BN).

Perkara itu dimaklumkan dalam satu hantaran di Facebook beliau sebentar tadi.

“Makluman: PH akan membentuk kerajaan negeri Perak bersama dengan BN!” Katanya dalam hantaran di Facebook beliau.




Terdahulu, DAP Perak mendakwa memiliki jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri di Perak.

Menerusi satu kenyataan, pembentukan kerajaan negeri yang baharu itu melibatkan kerjasama antara PH dan BN.


Bagaimanapun katanya, maklumat terperinci berkaitan kerjasama itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“BN dan PH secara bersama memenangi 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Demi kepentingan rakyat dan negara, BN dan PH Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri,” jelas kenyataan itu.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan daripada pimpinan BN dan PH Perak berkaitan perkara itu.

Pada PRU15, Perikatan Nasional (PN) menang 26 kerusi DUN, PH 24 kerusi manakala BN sembilan kerusi menyebabkan tiada parti yang mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zjen 21-11-2022 07:16 PM
BN sepatut nye jadi pihak ke tiga di Perak,  tak memihak,  biar PN jadi kerajaan dulu,  pastu tetiba memihak PH dan kerajaan PN terus jatuh,  pastu ubah lagi tak sokong PH,  kasi PH jatuh

cani la baru iols ada rezeki popcorn
Quote che-cikL 21-11-2022 07:20 PM
PN Perak, daripada explanation DS Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) tadi macam tak persuasive, takde daya negotiation, cam lurus bendul tak boleh meyakinkan Raja Perak. Bunyinya macam menyerah, pasrah gitu je. Dapat kat DAP sbg negotiator PH, haaaa zasss terus BN yg kalah dpt jadi MB...  
Quote haluz 21-11-2022 07:44 PM
Kerajaan Perak dh dibentuk.. apa lagi. Jgn banyak berpolitik. Ayoh mekome bekroje.
Quote F685 21-11-2022 08:32 PM
che-cikL replied at 21-11-2022 07:20 PM
PN Perak, daripada explanation DS Zaini (Ahli Dewan Negara Perak) tadi macam tak persuasive, takde d ...

PH pantas buat offer kpd BN.

MB, Speaker & 3 Exco
PN dok diam tak buat apa-apa. Dok kalut hal Federal.
Quote rosedemon 22-11-2022 10:05 AM
perak juga cepat yg lain lembabs

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:04 PM GMT+8 , Processed in 0.051005 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top