CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jika Jemput Artis Luar Negara, Libatkan Sekali Artis Dalam Negara - K-KOMM

18-11-2022 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1235| Komen: 9

Description: Pihak penganjur konsert digesa supaya turut melibatkan artis tempatan ketika menganjurkan persembahan bersama artis luar negara sebagai peluang untuk mereka menyerlahkan bakat.Ketua Setiausaha Kemente ...

Pihak penganjur konsert digesa supaya turut melibatkan artis tempatan ketika menganjurkan persembahan bersama artis luar negara sebagai peluang untuk mereka menyerlahkan bakat.


Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebagai unit bertanggungjawab turut diarah supaya bergerak lebih aktif bersama pihak berkaitan bagi memastikan segala urusan berkaitan persembahan artis luar negara berjalan lancar.


Gambar hiasan

Mohammad berkata setakat November 2022, Puspal telah menerima sebanyak 392 permohonan merangkumi 322 permohonan bagi persembahan artis luar negara dan 70 permohonan bagi penggambaran filem dan dokumentari. 


"Sebaik-baiknya, apabila kita jemput artis luar negara untuk buat persembahan, jemput juga artis dalam negara sebagai persembahan pembukaan supaya kita turut mempromosikan mereka selain menggalakkan kehadiran artis luar negara," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku ‘Filming in Malaysia Guidebook’ dan garis panduan Puspal cetakan kelima di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Mohammad berkata buku terbitan K-KOMM itu antaranya mengandungi proses dan prosedur untuk pihak produksi membuat penggambaran di Malaysia, infrastruktur dan fasiliti yang disediakan serta insentif yang ditawarkan kepada produksi luar negara. 


Sumber: Bernama





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 18-11-2022 01:08 PM
Sape yg suh bawak tuh. Rase bukan peminat tuh. Mesti retis retis sangkak yg mohon ni. Xkan la nk bw aina abdol,  hael yg suara mcm ape tuh. Dh la x international lgsg. Fesyen smph je yg lebih. Rase xperlu kot. Org nk tgk retis luar perform. Retis dlm negara sesuai colabs dgn dato vida,  alip sukri and sape tuh yg baru tu... Mulot sengau tu ratu ape ntah.... Ke kalkatuh...
Quote gideoncross 18-11-2022 01:21 PM
Retis tmpatan skrg more into gosip & khwin je, x layak msuk list.
Quote sambaldurian 20-11-2022 01:26 PM
Ghisau je, eg blackpink perform pastu naim daniel perform krik2 jd nya. Pastu harga tiket lg mahal. Nk byr artis msia.
Quote lyshafull 20-11-2022 03:33 PM
Tapi skang band indie menduniawi okay
Midnight fusic seangkatan nye kita x kenal sebb x masuk forum
Lagi hebat bila buat live dri bella
Quote shida81 20-11-2022 05:10 PM
Korang jgn wat malu blh x
Quote sawks_rawks 20-11-2022 08:28 PM
Konsert so7 thn 2015 x silap.. opening Noh hujan..
Konsert noah 2017.. satu lagu collab ngn altimet..
Bole je nak ade artis malaysia as opening/collab tp kena sesuai la ngn artis obersi tu..
Quote TerataiMelur02 20-11-2022 09:48 PM
sawks_rawks replied at 20-11-2022 08:28 PM
Konsert so7 thn 2015 x silap.. opening Noh hujan..
Konsert noah 2017.. satu lagu collab ngn altimet. ...

Setuju.
Ni tak kan blackpink buat konsert tetiba opening nabila razali atau chombi atau ratu farah diva atau dato vida kan.
Biarlah yang betul2 berbakat????
Quote wtvmjls 20-11-2022 09:54 PM
latest rossa pun ada duet dgn hael kan? ok la
Quote phalanx 20-11-2022 10:01 PM
Opening artis international memang standard artis local kan? Artis US kalau buat konsert even US tour pun mesti opening act artis2 local talent

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.048740 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top