CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pejabat Dibina Dalam Tanah Berkonsep Hutan

2-9-2015 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 11797| Komen: 28

Description: Seperti sedang bekerja di dalam hutan Sepanyol yang indah ...
Oleh Izzah Abbasy

Hasil dekorasi sesuatu sudut atau ruang itu biasanya ditentukan oleh pemilik yang mahukan kelainan dan keselesaan. Pelbagai idea kreatif akan dicipta untuk mendapatkan rekaan yang menarik dan berbeza daripada kebiaasaan.

Di Madrid, sebuah pejabat dibina agar para pekerjanya dapat merasai suasana seperti bekerja di dalam hutan. Pejabat ini berbentuk tiub aerodinamik ini telah direka oleh seorang arkitek Sepanyol, Jose Selgas dan Lucia Cano, bagi membolehkan para pekerja merasa seolah-oleh mereka sedang bekerja di dalam hutan Sepanyol yang indah.

Separuh daripada bangunan pejabat unik ini, direka khusus oleh dua orang arkitek ini untuk firma arkitek mereka, Selgascano, dibina di dalam tanah di sebuah hutan di luar Madrid. Ini bagi memastikan pejabat mereka kekal sejuk dan nyaman walaupun pada musim panas.

Tingkap-tingkap melengkung yang dibina di siling sepanjang pejabat dapat menghapuskan keperluan bagi penggunaan sebarang lampu pada waktu siang. Tingkap-tingkap ini juga boleh dibuka dan ditutup bagi mengekalkan pengaliran udara bersih di dalam pejabat. Separuh dari bangunan ini juga mempunyai dinding kaca yang terlindung sebagai tempat teduh untuk para pekerja dari cahaya matahari secara langsung.

Bangunan pejabat ini juga mempunyai lantai tenggelam sepanjang tingkap yang membolehkan para pekerja duduk searas pada paras mata dengan lantai hutan. Keadaan ini menampakkan suasana pejabat ini kelihatan santai untuk bekerja.

Sekaligus ia sebenarnya suatu cara mencintai dan menghargai alam semula jadi. Bayangkan anda bekerja di sebuah pejabat yang dikelilingi oleh hutan yang indah! - CARI Infonet





















Sumber asal : drysheet blogsport

4

Bagus
10

Marah
11

Terkejut
12

Sedih
4

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 28-7-2015 10:45 AM
Best nyer...
Quote delsmomm 28-7-2015 10:53 AM
bestnyer...

lagi best kalo aircond semulajadi.

pastu ade arnab berlari2an.., burung berkicauan...

perhhh... ade plk hammock gantung kat pokok tu...

perhhh memang go to hell with deadlines...
Quote abduldel 28-7-2015 11:33 AM
nyamannya kerja di sini
Quote miabebe 28-7-2015 11:36 AM
Fuyoooooooooo...

Beshhhh nyaaaaaaaaa
Quote ogata 28-7-2015 01:36 PM
ogata ada workstation dalam bilik khas untuk designing and sewing..

ogata planing nak buat decoration dalam bilik.

i nak draw and paint kat dinding eiffle tower...

da sesiapa tahu camne cara?nak draw etc..nak painitng...
sorry OT
Quote Ipo 28-7-2015 02:36 PM
wah..kalau saya sukaaaaaaaaaaaaa sangat ofis gini
Quote Felycya 28-7-2015 05:51 PM
Damainye....
Quote mrsT 29-7-2015 10:21 AM
Quote Artemesiaa 29-7-2015 11:08 AM
Wow santai sungguh pejabatnya
Quote haryatie 29-7-2015 01:24 PM
best nyerrrrrrrrrr
Quote missus_meow 29-7-2015 01:46 PM
Adeke kat malaysia yg ofisnye inovatif sket .....
Quote whadda 29-7-2015 04:20 PM
tengah syok bekerja sekali tetibe grizzly bear ketuk pintu...
Quote reddots 29-7-2015 04:28 PM
nasib la opis aku pun lebih kurang mcm ni.. agak nya lebih kot dari opis kat madrid ni.. apa tak nya.. complete ngan keluarga monyet anak beranak... nyamuk usah cakap la..
Quote cm_asamkumbang 30-7-2015 08:10 AM
masuk kot mana diorang ni...pintu tak nampak pun...
Quote bianglala 30-7-2015 11:40 AM
seronoknya... boring-boring keluar ofis hirup udara segar.. fresh.

dalam ofis pun best nampak pokok-pokok..
Quote Ayu61279 30-7-2015 03:06 PM
cool beb!!
Quote finding 30-7-2015 03:54 PM
kalau nak stayback sorang2 sampai tengah malam ni, pikir 2-3 kali dulu.
Quote iznanaziz 30-7-2015 04:50 PM
delsmomm replied at 28-7-2015 10:53 AM
bestnyer...

lagi best kalo aircond semulajadi.

abih tu, kalau duk jauh beno, dlm utan
jauh dari jalan raya ke?
abih client nak dtg, tak ke menyusahkan?
Quote ragarotan 12-8-2015 05:38 PM
bestnya pastu mesti sejuk.kreatif sgt

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.071803 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top