CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syed Aiman Merayu Buka Panggung Wayang Di Kelantan

31-10-2022 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1602| Komen: 13

Description: Pelakon, Syed Aiman Syed Mahmud, 47, merayu kerajaan Kelantan untuk mempertimbangkan cadangan agar pawagam patuh syariah dibenarkan untuk beroperasi di negeri itu.
Pelakon, Syed Aiman Syed Mahmud, 47, merayu kerajaan Kelantan untuk mempertimbangkan cadangan agar pawagam patuh syariah dibenarkan untuk beroperasi di negeri itu.


Syed Aiman berkata, dia berharap kerajaan negeri mendengar permintaan penggiat seni yang mahukan pawagam beroperasi di Kelantan.

Permohonan itu dikemukakan kepada kerajaan Kelantan oleh urus setia majlis makan malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan melalui sesi dialog yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.

Foto: IG

"Semua orang tahu di Kelantan, tiada panggung wayang. Sekarang ini, warga Kelantan kalau mahu menonton wayang, kena pergi Terengganu kerana negeri itu paling dekat.


"Tetapi dengan adanya sesi dialog bersama Exco kerajaan negeri, mungkin kita boleh dapat jawapan dalam usaha mewujudkan panggung wayang di Kelantan.



"Sebenarnya, panggung wayang di mana-mana pun boleh buat, cuma di Kelantan, ada syarat yang perlu dipatuhi.

"Antaranya dulu pernah kata boleh nak bina panggung wayang tapi tempat duduk perempuan dan lelaki diasingkan. Selain itu, pada waktu Maghrib tiada tayangan filem. Syarat seperti itu, bagi saya mudah, kita boleh ikut," katanya.

Sebelum ini, Panggung Lido di Jalan Post Office Lama, Kota Bharu menjadi pawagam terakhir beroperasi di Kelantan sehingga 1996, sebelum dirobohkan setahun kemudian.



Berikutan itu, hampir 25 tahun Kelantan tidak mempunyai panggung wayang dan rakyat negeri itu perlu pergi ke Terengganu untuk menonton filem di pawagam.

Menurut Syed Aiman, dia tidak menyangka permohonannya agar pawagam beroperasi di Kelantan mendapat maklum balas positif daripada kerajaan negeri itu.

"Kerajaan negeri tidak terus tolak cadangan itu. Disebabkan demikian, ada sesi dialog yang membincangkan mengenai kehendak penggiat seni.

"Setakat ini, Alhamdulillah, ada nampak sinar. Alhamdulillah, kerajaan sudah ambil maklum perkara ini. Jadi, dengan kebijaksanaan kerajaan negeri, saya percaya mereka akan mempertimbangkannya.

"Kami cuba mengusulkan perkara ini, namun, keputusan dan kelulusan di tangan mereka," katanya.



Dalam masa sama, Syed Aiman mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana menganjurkan majlis makan malam Selebriti dan Anak Seni bersama Pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan, di sini.

"Ini adalah satu usaha kerajaan negeri menyokong apa yang dilakukan penggiat seni tanah air," katanya.

Pada majlis terbabit, kerajaan negeri menghulurkan sumbangan RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Bob Lokman. Sumbangan itu diserahkan kepada anak keempat arwah Bob, Ahmad Rayyan bersama adiknya Ahmad Lukman, 14.

Selain bantuan kepada keluarga Allahyarham Bob, kerajaan negeri turut menyerahkan peruntukan RM15,000 kepada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Artis Veteran Malaysia (PAVM). Sumbangan diserahkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob kepada semua penerima. -CARI



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 31-10-2022 06:55 PM
Buat la ape benda k kelntn tu dorg still nk duk slgr jgk
Quote sleepandream 31-10-2022 07:20 PM
wayang skrg dah takde 3d... bosan betul... baik layan netflix jah...
iols hanya akan tgk wayang kalau cite tu ada 4d... best wooo tengok sambil kerusi gerak2 air percik2...
Quote timah03 31-10-2022 11:01 PM
Daripada buat panggung.... Baik repair air yg kejap ada.... Kejap tak ada tu...
Quote dudaberhias 31-10-2022 11:07 PM
hmmm taktau nak kata apa... anak beranak sskjp yang merentas ke terengganu untuk  tengok panggung wayang tu jugak yang selalu balik2 undi kerajaan sama... belum lagi sebut yang dari KL tu sanggup bersesak sakan balik ke kampung sekadar nak undi kerajaan tu.... tapi dia senang lenang duduk dalam negeri pembangkang...
Quote Whitney72 1-11-2022 12:01 AM
dudaberhias replied at 31-10-2022 11:07 PM
hmmm taktau nak kata apa... anak beranak sskjp yang merentas ke terengganu untuk  tengok panggung wa ...

Kan Dude...poyo je smua tu
Quote buapakperut 1-11-2022 12:08 AM
tak ada wayang tapi ada tiktok. gewe2 kemain berjilbob sambil gelek jerung merah
Quote DeLuna85 1-11-2022 01:59 AM
Buatkan lah AT least satu. Kesian pulak kena pegi negeri orang rakyat Kelantan di mana-mana.
Quote anakkerengga 1-11-2022 02:24 AM
Pelik betul pemikiran krjn klntn bila kaitkan panggung wayang dgn tmpt maksiat… panggung wayang tu tmpt ramai org kut… apa ke bodoh kalau ada yg terfikir nak buat maksiat kat situ… hotel2 budget taknak pulak diaorg tutup, pdhal situ lah tmpt org buat maksiat yg sbnr
Quote belacan_gurl 1-11-2022 02:36 AM
dudaberhias replied at 31-10-2022 11:07 PM
hmmm taktau nak kata apa... anak beranak sskjp yang merentas ke terengganu untuk  tengok panggung wa ...

Benar sgt2
Quote prince_marhaen 1-11-2022 10:16 AM
walaupun skjp...meols masih lagi crush ngan syed eman ni.... tapi memikirkan jap lagi lindah rantai kupu-kupu serang meols..tak jadi lah... ekekeekkeekeke!
Quote PinkyPie 1-11-2022 10:31 AM
Bangi yg 40mins dari KL pun tarak pawagam tau tak.
Quote rosedemon 1-11-2022 11:33 AM
aiman ni ore kelate kan. kahkah
Quote umbut 1-11-2022 12:04 PM
Bukan ker owner wayang x nak bukak sebab kena asing pompuan laki ikut aturan pas.. Owner wayang pun koserrr

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:06 AM GMT+8 , Processed in 0.047227 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top