CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Nikita Mirzani 'Histeria' Di Balai Polis Tak Puas Hati Ditahan

28-10-2022 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1179| Komen: 0

Description: Selebriti Indonesia, Nikita Mirzani ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah dan penghinaan kepada seorang ahli perniagaan di akaun media sosial perib ...
Selebriti Indonesia, Nikita Mirzani ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan memuat naik hantaran berbaur fitnah dan penghinaan kepada seorang ahli perniagaan di akaun media sosial peribadinya.


Nikita dikatakan melakukan perubatan berkenaan dengan memuat naik gambar serta kapsyen membabitkan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Dito Mahendra pada Mei lalu.


IG Nikita

Menerusi hantaran di Instagram story terbabit Nikita didapati menyunting gambar Dito dengan perkataan berunsur penghinaan hingga menjejaskan nama baik ahli perniagaan berkenaan.

Sementara itu, Nikita yang pada awalnya hadir ke balai polis bagi membantu siasatan tiba-tiba mengamuk dan menjerit sekuat hatinya kerana tidak berpuas hati apabila dirinya ditahan reman untuk tindakan lanjut.

Nikita yang juga pelakon filem Drakula Cinta dan Comic 8, turut menggelar anggota polis sebagai orang jahat dan tidak mempunyai perasaan belas kasihan kerana menahannya.

"Anda semua orang jahat. Anda tidak punya hati nurani. Anda fikir saya penjahat?" katanya.

Bagaimanapun, Nikita terus dibawa keluar dari balai dan ke lokap tahanan di Rutan Serang. Berdasarkan laporan, Nikita akan ditahan reman selama 20 hari dan akan dibebaskan pada 13 November ini.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.095448 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top