CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Aurel Dedah Minta Cerai Dari Atta Lepas Dua Bulan Bernikah

28-10-2022 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2134| Komen: 4

Description: Penyanyi dan YouTuber Aurel Hermansyah membuat pengakuan yang mengejutkan di tengah kebahagiaan yang dipamerkan bersama suami, Atta Halilintar dan anak perempuan mereka.Anak Krisdayanti itu mengaku se ...
Penyanyi dan YouTuber Aurel Hermansyah membuat pengakuan yang mengejutkan di tengah kebahagiaan yang dipamerkan bersama suami, Atta Halilintar dan anak perempuan mereka.


Anak Krisdayanti itu mengaku sempat mahu berpisah dan meminta cerai dari Atta hanya selepas dua bulan bernikah.

Keputusan itu mahu diambil kerana terkejut dengan sikap Atta yang diakuinya berbeza dari zaman mereka bercinta.


IG Aurel

“Kita menikah pun belum tentu dapat mengenal sikap pasangan 100 peratus.

“Mungkin ada yang kata ‘saya sudah cukup kenal perangai suami’, tapi selalu saya dalam hati kata ‘tak mungkin,” katanya dalam YouTube TS Media seperti dilaporkan Kompas.

Aurel menambah: "Orang yang sudah 50 tahun nikah, tidak akan tahu 100 peratus  (pasangannya). Yang tahu hanya diri dia sendiri.  Ibu dan bapa dia juga pasti tidak tahu.

Menurutnya lagi, jangka masa lama atau sekejap  sebuah hubungan tak menjamin pasangan boleh saling mengetahui karakter satu sama lain.  

"Awal-awal  menikah, saya cakap ‘saya tidak boleh dengan anda’. Terus, perasaan yang sama datang dalam tempoh dua bulan menikah. ‘Tak boleh, tak boleh nikah dengan kamu’,” akuinya.

Akuinya lagi lantaran berasa tidak sesuai berada dalam pernikahan dengan Atta, Aurel meminta YouTuber popular itu memulangkannya kepada keluarga.

"Lebih baik pulangkan saya kepada keluarga kerana saya tak rasa boleh melanjutkan perkahwinan ini,” katanya.

Kata Aurel salah satu perkara yang membuat dia berasa tidak boleh bertahan dalam perkahwinan itu adalah kerana suaminya tidak akan memujuk.

“Saya sempat cakap pada diri sendiri, ‘gila’ ini orang,” kenangnya.


IG Aurel

Meski demikian seiring waktu berjalan, Aurel mulai menyedari dia tidak tidak boleh mendahulukan egonya. Dia juga mulai tahu cara menghadapi Atta. 

“Ternyata setelah berjalannya waktu, saya sudah tahu. Biarkan atau iyakan dulu, berjalannya waktu, dia pasti bakal kendur sendiri," ujar Aurel. 

Penyanyi ini juga mengatakan kuncinya hanya satu iaitu menjalin komunikasi yang baik dengan pasangan.  

“Pada saya, hubungan kalau komunikasinya sudah tidak bagus, sudah tidak akan boleh berjalan lagi.

“Alhamdulillah sekarang semakin baik, yang awalnya kerap bergaduh," kata Aurel.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote EssayUK 28-10-2022 01:39 PM
It hurt to hear about the divorce. When my friend from the office where we were both part of an essay writing service found out about your divorce we are not happy and it will be a better option if you both stayed together again.
Quote ayukpingu 28-10-2022 02:08 PM
mcmana la diaorg ni eh? 24/7 camera keliling rumah. aduiii... kita tengok pun naik dah rimas
Quote Prickford 3-11-2022 02:36 PM
Benda biasa la tu baru2 kawin. Tekejut pasangan pangai lain macam. Lama2 ok la.
Quote cikperiukkera 3-11-2022 09:15 PM
Tu pn nk ceritaaa…xkn nk ikut perangai mak & makcik yg bercerai berai kok rel?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.044765 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top