CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Penyanyi Rap Rugi RM1 Juta Rumah Dipecah Masuk Perompak

17-10-2022 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1022| Komen: 2

Description: Penyanyi rap, Megan Thee Stallion mendedahkan kediaman mewahnya di Los Angeles dipecah masuk perompak baru-baru ini.Memetik laporan TMZ, Megan berkata, dua lelaki memecah masuk ke rumahnya sebelum men ...
Penyanyi rap, Megan Thee Stallion mendedahkan kediaman mewahnya di Los Angeles dipecah masuk perompak baru-baru ini.

Memetik laporan TMZ, Megan berkata, dua lelaki memecah masuk ke rumahnya sebelum menggeledah bilik tidurnya dan membawa lari barang berharga miliknya.


IG Megan

Megan bernasib baik kerana ketika kejadian dia berada di New York bagi menghadiri sebuah program televisyen.

Difahamkan, wang tunai milik penyanyi itu lesap selain barang kemas dan peralatan elektronik turut dilarikan yang dianggarkan berjumlah RM1 juta.


Sementara itu, Megan memaklumkan dia masih trauma dengan insiden berkenaan dan memerlukan masa untuk berehat bagi menenangkan hati.

Menerusi hantaran di laman Twitter miliknya, Megan memberitahu dia tidak kisah dengan barang yang dicuri tetapi risau dengan keselamatan dirinya.

"Barang-barang itu semua boleh diganti tetapi saya tak rasa selamat berada di rumah sendiri. Saya penat secara fizikal dan emosi, saya perlukan rehat," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Page88 18-10-2022 07:51 PM
This girl keeps getting in the news for the bad things that keep on happening to her. Sad.
Quote Page88 18-10-2022 07:52 PM
Also, it is an inside job (robbery), as who else would know what she keeps at home. Just saying.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.050541 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top