CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Usus Besar Bayi 38 Hari Tersumbat Gara-Gara Ibu Bagi Makan Kurma

17-10-2022 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1875| Komen: 6

Description: Seorang bayi berusia 38 hari mengalami bengkak usus selepas usus besarnya tersumbat, sekali gus memerlukan pembedahan segera.
Seorang bayi berusia 38 hari mengalami bengkak usus selepas usus besarnya tersumbat, sekali gus memerlukan pembedahan segera.

Selepas diselidik, rupa-rupanya bayi yang hanya minum susu badan sepenuhnya itu telah diberikan kurma yang sudah dikunyah.

Kejadian tersebut diceritakan seorang pengamal perubatan swasta, Dr. Hannani Kamarudin mengenai seorang bayi dibawa ibunya di klinik untuk menyedut kahak pada 3 Oktober lalu.


Foto: Tiktok

“Dia kata nak sedut kahak dan apabila diperiksa, bayi itu tidak ada selesema, tidak ada hingus dan paru-parunya dalam keadaan baik. Tapi, apabila diperiksa perut mendapati ia kembung.


“Malah apabila ditanya, ibu itu memaklumkan bayinya tiada masalah membuang air besar hari-hari selain tidak demam. Namun, bayi itu hanya menangis sahaja,” katanya pada hantaran video TikTok baru-baru ini.

Dr. Hannani berkata, beliau memberitahu ibu bayi itu supaya menjarakkan tempoh masa memberikan susu badan bagi mengelakkan ia terlebih kuantiti.

“Bagaimanapun, ibu itu datang semula ke klinik pada 5 Oktober dan bukan sekadar kembung, bayi itu ada ‘coffee bean sign’ iaitu bengkak pada usus, tersumbat pada ususnya. Jadi, bayi mengalami kembung yang sangat kembung sekali gus memerlukan pembedahan.

“Dia (ibu bayi) ada berikan kurma sikit yang sudah dikunyah. Kita tidak tahu sama ada itu penyebabnya kerana bayi hanya diberi susu ibu sahaja,” katanya.

Justeru, beliau menasihati ibu bapa supaya tidak ambil mudah keadaan bayi mereka dan menjalani X-ray jika terdapat tanda berbeza bagi mendapatkan kepastian. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 17-10-2022 07:24 PM
Bebalnya mak pak tu..org bgi rasa kt lelangit je masa bertahnik bukan sbiji kurma tu ko kunyah bg kt baby
Quote copy_paste 18-10-2022 11:25 AM
ibu yg baru kena la belajar bebetul jgn ambil mudah,
Quote makiting 18-10-2022 11:56 AM
Dia kunyah dulu br bagi ke baby dia? Mulut dia confrm bersih ke? Kot ada infection pulak kat baby tu sbb tu jd kembung perutnya
Quote UsIsKita 19-10-2022 10:32 AM
kena ada ilmu lah bab ni.
yang buat tahnik pun kena tengok orang juga.
dan baby bawah 6 bulan mana boleh bagi makan lagi.
benda paling basic dah tu
Quote Cassieopeia 19-10-2022 12:28 PM
kesiannya baby tu..aduh nape bg kurma plak
Quote hasniey 19-10-2022 02:52 PM
Buat tahnik la tu...org ptutnya bg rasa je.baby kecik kot.bukan ko g bagi baby tu makan
Aiyoo xde tanya2 org ke

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.040553 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top