CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

'Hang Suka Tolong Orang!' - 20 Sahabat Kumpul Duit Beli Laptop Demi Kawan Sambung Belajar

12-10-2022 10:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6377| Komen: 31

Description: Tindakan sekumpulan lelaki menghadiahkan sebuah komputer riba untuk salah seorang rakan mereka menyentuh hati orang ramai.
Tindakan sekumpulan lelaki menghadiahkan sebuah komputer riba untuk salah seorang rakan mereka menyentuh hati orang ramai.

Berdasarkan video berdurasi satu minit 34 saat yang dikongsi Farhan Azman, 20, di TikTok, rata-rata netizen turut sebak tatkala melihat momen rakan mereka yang menerima hadiah berkenaan mengesat air mata.


TikTok

Bercerita tentangnya, Farhan berkata rakan mereka iaitu Nazrul, 20, memerlukan komputer riba berkenaan bagi menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Terengganu.

Ujar Farhan lagi, laptop berharga RM1,600 itu merupakan hasil sumbangan daripada 20 orang lagi rakan-rakan lain.


“Kami tahu Nazrul dapat sambung pengajian di Unisza. Dia antara kawan paling lambat masuk universiti sebab pendapatan keluarga dia yang tak berapa mampu nak menanggung kos pengajian.

“Saya dan kawan-kawan lain buat rancangan nak kumpul duit bagi dekat dia. Tambahan pula kami dapat tahu dia baru kehilangan dompet. Kami wujudkan satu grup di WhatsApp untuk berbincang dan kumpulkan duit sebelum dia mendaftar 10 Oktober baru-baru ini.

“Jumlah terkumpul ialah RM1,600. Salah seorang rakan iaitu Fakhri beri RM1,000. Dia yang minta kami belikan Nazrul laptop tu. Fakhri tak dapat belikan sendiri sebab dia dah pindah sekolah sejak kami tingkatan tiga lagi,” kata Farhan kepada mStar.


TikTok

Imbas Farhan, setelah menerima amanah daripada rakan-rakan, dia kemudiannya menguruskan hal pembelian laptop berjenama Lenovo itu.

Jelasnya yang berasal dari Kerian, Perak, dia membeli laptop tersebut pada 7 Oktober lalu selepas pulang dari tempat kerja.

“Saya pergi semua kedai yang menjual laptop, setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa sebuah model yang dijual pada harga RM1,700. Lebih sedikit daripada bajet kami. Tapi saya cuba tawar menawar sampailah dapat beli dengan harga RM1,600.

“Memang rezeki Nazrul nak sambung belajar guna laptop baharu. Jadi malam tu kami pun teruskan dengan rancangan ajak dia melepak di kedai makan,” ujarnya lagi.


TikTok

Hingga kini video yang dikongsikan Farhan meraih lebih 1.2 juta jumlah tontonan.

Rata-rata netizen melahirkan rasa kagum dengan nilai persahabatan yang ditunjukkan Farhan dan rakan-rakannya terhadap Nazrul.

Dalam pada itu Farhan berkata sikap Nazrul yang baik hati serta suka membantu orang membuatkan rakan-rakan ingin membalas jasanya dengan sesuatu yang amat berguna.



“Tak sangka pula video tu boleh viral. Mungkin netizen sedih tengok Nazrul terharu sampai mengalirkan air mata, 30 minit juga dia menangis tak berhenti.

“Kami tak kisah nak bagi barang mahal dekat dia sebab Nazrul ni suka belanja orang. Dia akan bayar makan dan minum kawan-kawan dalam diam. Padahal dia bukanlah orang senang.


Farhan (kiri dari barisan bawah) bersama bekas rakan-rakan sekolahnya.

“Apa-apa pun saya dan kawan-kawan lain harap Nazrul gembira dengan pemberian tu. Semoga dia pergi ke Unisza dengan selamat dan pulang dengan kejayaan. Jangan lupa kami semua ni sahabat dunia akhirat dia,” kata Farhan lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DayangKirana 12-10-2022 11:16 AM
terharu...teringat time uni dulu, memang ade yang ikat perut demi nk sambung belajar.
Duit biasiswa plak dia guna bantu family..after class and weekend buat part time..
syukur skrg dh jadi orang berguna..kerja bagus..
Quote saviour_09 12-10-2022 03:35 PM
power kawan2 hang
Quote boongalalang 12-10-2022 05:42 PM
Kawan2 dia bagus & berkualiti. Tahniah
Quote insulin 12-10-2022 07:58 PM
Memang terbaik la kawan2 dia ni.
Quote Meiizu 13-10-2022 10:30 PM
Rezeki dpt kawan baik yg menyenangkan hati...
Quote sara_thrash 17-10-2022 09:20 AM
untung awak farhan ada kawan2 yang baik. harap hubungan kalian berkekalan sampai ke anak cucu
Quote ibugarang 17-10-2022 10:48 AM
Org baik mmg kawan selalu balas ngan kebaikan.. untong awak dapat jumpe kawan2 yg baik gak.. biler dh bjaya harap2 masing2 tak luper diri..
Quote iolss 21-10-2022 06:52 PM
tbaik dik...
Quote iolss 21-10-2022 06:52 PM
tbaik dik...
Quote orangbiasaje 21-10-2022 08:32 PM
Ni baru kawan dunia akhirat, bukan kawan bawa merempit menagih dadah buat stunt bodoh di tiktok.
Quote tenggilingpink 23-10-2022 04:00 AM
sahabat sejati depa nihh.. baguih
Quote puanbintang 14-12-2022 04:42 PM
alhamdulilah, rezeki dapat kawan baik2
Quote imanamsyar 19-1-2023 11:10 AM
insyaAllah,  duit yang korang gunakan untuk tolong kawan tu akan jadi jariah berpanjangan..
Quote charlieangless 26-1-2023 02:27 PM
alhamdulillah
Quote weeween 26-1-2023 03:16 PM
sedih pulak tengok video ni. Alhamdulillah Allah kurniakan kawan2 yang baik
Quote ninituck 2-2-2023 09:24 AM
Menabung dan berinvestasi secara bijak adalah cara untuk mencapai kebebasan finansial dalam jangka panjang.
Quote Burong_Hantuk 2-2-2023 10:33 AM
alhamdulillah
Quote AdamLouis 2-2-2023 10:38 AM
Saya berbicara dengan teman yang sangat disiplin dalam menabung dan sangat terinspirasi oleh rutinitas mereka.
Quote mieyrasfea 5-2-2023 03:46 PM
Saving money for a specific goal, such as buying a laptop, can help provide motivation and discipline for sticking to a budget.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.070550 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top