CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rasa Sudah 'Mati', Bekas Isteri Tak 'Heran' Aman Ra Kahwin Lagi

12-10-2022 08:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6458| Komen: 22|Original author: Tatod

Description: Bekas isteri kepada penyanyi, Aman Ra, mengakui tidak mempunyai apa-apa perasaan sebaik mengetahui perkahwinan kali kedua bekas suaminya itu.
Sumber IG


Bekas isteri kepada penyanyi, Aman Ra, mengakui tidak mempunyai apa-apa perasaan sebaik mengetahui perkahwinan kali kedua bekas suaminya itu.

Menjawab pertanyaan salah seorang pengikutnya di media sosial, Natiqah Rahmat menerusi IG Story turut menjelaskan perkahwinan Aman Ra bukanlah satu perkara pelik.

"Mati rasa dah dik. Heran pun idok," tulisnya.


Sumber BOOM

Tambahnya lagi, isu yang menghairankan adalah mengenai nafkah anak-anak yang diabaikan.

"Kalau tanya sis okay ke dia abaikan nafkah lengkap anak-anak, okay ke tak dia tengok anak-anak rindu bapak dorang sendiri...

"Yang itu, sis hairan," katanya.

Sumber IG Story

Terdahulu, Aman Ra selamat diijabkabulkan dengan Amirah Hani yang juga kakak kepada cef selebriti, Anis Nabilah.

Sebelum ini, penyanyi itu dan Natiqah pernah mendirikan rumah tangga tetapi sah berpisah pada 5 Ogos tahun lalu selepas melafazkan cerai secara taklik pada 29 Mac 2020.

Natiqah turut mendakwa rumah tangga mereka berantakan selepas kecurangan penyanyi itu dengan seorang wanita yang juga kakak kepada seorang cef selebriti terbongkar selain mendedahkan Aman Ra melafazkan cerai sebanyak empat kali.

Hasil perkahwinan Natiqah dan Aman Ra dikurniakan dua cahaya mata, Ratu Raiqa, 4, dan Tuah Khalifa, 3. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chandrahusin 12-10-2022 08:36 AM
Netizen punnn
mengalah wartawan
habis semua benda nak ambik tau
Quote bulalof 12-10-2022 08:42 AM
alaaahhhh semua benda bitter nak bgtau kat dunia. meroyan tahap baru.....
Quote manehnya 12-10-2022 09:10 AM
soalan yg paling bagus tanya kt janda org tu.. kejam kot...  mmg org zaman skrg mcm ni.. busuk hati
Quote pocongkiutss 12-10-2022 09:17 AM
Walaupun janda dia mcm tahpape..kalau laki korang buat sebijik mcm apa yg si Amon Ra buat ni..korang pun merempan jugekk..takyah la nk acah2 terpaling classy..poyo to the max

Pengantin pun gerga umpama org preggy dah rupa
Quote dagusengett 12-10-2022 09:17 AM
ohhhh ex husband dia ka..ada follow ig amira hani sbb dia masak2 best jugak
Quote emizue81 12-10-2022 09:56 AM
Dah free hair ke dia
Quote rhea85 12-10-2022 10:43 AM
sheols dulu berhijab kenzz
Quote sukacactus 12-10-2022 10:50 AM
Soalan camtu pun nak tanya ke? Apoo!
Quote Suchi 12-10-2022 11:34 AM
pocongkiutss replied at 12-10-2022 09:17 AM
Walaupun janda dia mcm tahpape..kalau laki korang buat sebijik mcm apa yg si Amon Ra buat ni..korang ...

Tak. Acik porem takkan.
Dorang classy katanya.

Quote Tembikaigoreng 12-10-2022 11:38 AM
Kesian ex dia..
Quote emizue81 12-10-2022 11:40 AM
rhea85 replied at 12-10-2022 10:43 AM
sheols dulu berhijab kenzz

ya baru baru nie nampak free hair dah berserta rambut karat .. urban kan
Quote AWEKSAMURAI 12-10-2022 11:42 AM
Perempuan ni kalau tersakiti dia x amik masa yg lama pun utk move on ...  Bila dia dh move on mmg sume rasa tu hilang yg ada rasa menyampah je hahahaa cuma kesian kat ank2 je lah tu je.
Quote Acikgomen 12-10-2022 11:44 AM
Netijen tanya soklan nafkah kat salah orang, lepas tu bila pompuan merempan bab nafkah, melalak2 pulak poremer2 soh suck up be classy katanyehhhh
Bagi acik, elok le kita mak2 ni merempan serata alam pasal nafkah diri nafkah anak2
Mmg selayaknye jantan keparat kena kecam keji diludah org ramai sbb tak bagi nafkah
Ini tidakkkkkkkkk, jantan yg tak bagi nafkah tu helokkkk je korang puji
Mcm edelnotelo, jamal dilah, ackiok tu semua
Korang mengecam serupa takde hari esok kat pompuan2 merempan nafkah anak mcm ritrud tuh
Quote duri_durians 12-10-2022 12:02 PM
lelaki melayu ni bila bercerai takde diheran dah pasal anak ek? campak je anak kat bekas bini nya, nafkah pulak tngu mahkamah panggil baru nk bagi.
apesal omputih selalu berebut hak penjagaan anak? ke sebab negara omputeh sana dapat subsidi kalau jaga anak?
Quote bynroslan 12-10-2022 03:54 PM
aku ingat melodi je suka tanya soalan bodoh kat ex-ex pelakon/penyanyi bila salah sorang kawen lagi. rupanya netizen pon sama bodohnya tanya gitu.
Quote heythere123 12-10-2022 04:40 PM
i harap aman ra tak culas la bab nafkah, and kalau dia culas i harap ex wife dia fight balik
Quote NazRysha 12-10-2022 04:48 PM
Apa jer kerja di Aman Ra tu?
Tengok la nanti, berapa lama jer nak bertahan
Quote Olumis 12-10-2022 05:20 PM
Hairan ya... Bercerai dengan bini, cerai sekali dengan anak2 juga.
Quote misz_sanggul 12-10-2022 05:43 PM
ni ke penyanyi tkenal katenya yg putus cinta ttbe nikah sbb tcret..entahla aok x taw sape..
tp sll clue glamor pdhl sendu aje

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049429 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top