CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[UPDATED] BERSIH 4.0 - Polis Tidak Akan Guna Senjata Renjat

25-8-2015 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5467| Komen: 17

Description: Penggunaan senjata renjat seperti yang dimaklumkan semalam adalah untuk perancangan PDRM pada masa hadapan.


Oleh : TSLOO

sumber foto : http://www.themalaysiantimes.com.my/



Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan senjata renjat semasa Perhimpunan BERSIH 4.0 yang dijadual berlangsung hujung minggu ini.


Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur sebentar tadi..


Memetik laporan Astro Awani, beliau menjelaskan, penggunaan senjata renjat seperti yang dimaklumkan semalam adalah untuk perancangan PDRM pada masa hadapan.


"Bukan untuk ini (BERSIH),  sebab senjata renjat itu melumpuhkan sementara siapa yang ditembak.", tegas beliau.


"Ia terbukti melalui kajian saintifik dan praktikal dapat melemahkan sesiapa juga perusuh atau penjenayah."


Noor Rashid mengulas berhubung dakwaan pengguna senjata renjat yang akan digunakan semasa perhimpunan BERSIH nanti. - CARI Infonet







18

Bagus
19

Marah
19

Terkejut
21

Sedih
15

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 25-8-2015 11:47 AM
So, neh lah sebab kau cadangkan guna perenjat?
Quote atira 25-8-2015 11:51 AM
merasalah rakyat marhean kene tazer
Quote kudajantan77 25-8-2015 11:52 AM
Patutnya renjat sorang, lagi 10 org enjut si perenjat tu ...
Quote dragger 25-8-2015 11:52 AM
terbalik jugak MPV polis tu kang

Quote Emperor95 25-8-2015 12:10 PM
Diaorang mesti ambil peluang testing pada orang awam. Berhibur dalam bertugas
Quote mek_esoh 25-8-2015 12:39 PM
Buat BERSIH ni ada Bijan & co layan? Mcm kurang keberkesanan je... Takut nnti diorg provoke jd ganas mcm BERSIH 1st dulu2..
Quote #h$=== 25-8-2015 01:03 PM
Bagus lah.
Quote Acong 25-8-2015 01:29 PM
apasal rakyat kena turun ke jalan? takdak makan, ingat POLITIKUS yg bagi makan? tak puas hati, turun mengundi laa....1

bodoh.......!!!


Quote dani-rox 25-8-2015 01:37 PM
Dah la ambik masa nak ambik keputusan guna taser nih... Yela drpd TERbunuh penjenayah yg tak bersenjata, baik la guna benda alah ni kan.
Sekali utk peserta BERSIH plak. #bolehland
Quote Skuau 25-8-2015 05:09 PM
BERSIH 4.0 tak lebih drp '2 gajah berjuang,pelanduk mati ditengah'.:::
Quote Skuau 25-8-2015 05:12 PM
Acong replied at 25-8-2015 01:29 PM
apasal rakyat kena turun ke jalan? takdak makan, ingat POLITIKUS yg bagi makan? tak puas hati, turun ...

Drp turun demo,baik pi menoreh....buruk2 pon,dpt gk skrap.....blh gk beli tulang buat sup...he...he...he...
Quote ecahaha 26-8-2015 06:58 AM
the hangover first, yg polis wat demo kt dorg tiga org dpn kanak2..
Quote uniq61 26-8-2015 09:27 AM
Bersih 4.0 - Empat perkara anda perlu tahu
Astro Awani | Diterjemahkan oleh: Anthea Yap
Ogos 24, 2015 16:56 MYT

[url=whatsapp://send?text=Bersih 4.0 - Empat perkara anda perlu tahu%20http://www.astroawani.com/berita ... da-perlu-tahu-70955][/url]




Bersih 4.0 ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan tahun. -Gambar fail

1. APA ITU BERSIH DAN APAKAH TUNTUTANNYA?

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0 ialah gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut diadakan pembaharuan dalam pilihan raya di Malaysia.

Ia asalnya dianggotai wakil daripada Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pembangunan Wanita Kolektif (WDC) dan Penulis Media Bebas (WAMI), dan diketuai bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga.

Bersih 2.0 yang merupakan penganjur beberapa siri perhimpunan Bersih kini dipimpin oleh Maria Chin Abdullah dari WDC.

Bersih 4.0 ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan tahun.

Perhimpunan pertama diadakan pada 10 Nov 2007; perhimpunan kedua yang dikenali sebagai "Walk for Democracy" pula pada 9 Julai 2011, dan yang ketiga adalah perhimpunan "Sit In" yang diadakan pada 28 April 2012.

Lima tuntutan Bersih 4.0:
* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara

2. BILA DAN DI MANA BERSIH 4.0 DIADAKAN?

Bersih 4.0 dijadual berlangsung dari pukul 2 petang, Sabtu 29 Ogos hingga tengah malam Ahad (30 Ogos) ini.

Ia akan diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah.

Di Kuala Lumpur, lima lokasi telah ditetapkan sebagai lokasi berhimpun sebelum berarak ke Dataran Merdeka. Lokasi itu ialah Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.




Tidak seperti di KL, tiada perarakan akan dibuat di Kuching dan Kota Kinabalu. Para peserta hanya akan berhimpun dan meneruskan aktiviti mereka di lokasi masing-masing.

Di Kuching, perhimpunan akan diadakan di Padang Merdeka, manakala di Kota Kinabalu di Tanjung Lipat.

3. APA KATA PIHAK BERKUASA

Kuala Lumpur: Polis telah mengkategorikan Bersih 4.0 sebagai perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi berkenaan.

Menurut polis, mereka yang menyertai perhimpunan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menurut Khalid, polis telah mencadangkan kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Gambar Bernama


Polis mencadangkan kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalilkerana tempat itu dikatakan lebih sesuai.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan penganjur untuk menggunakan Dataran Merdeka dan Padang Merbok kerana lokasi itu sedang digunakan bagi persiapan sambutan Hari Merdeka.

DBKL telah mencadangkan agar perhimpunan Bersih 4.0 diadakan pada hujung minggu selepas Hari Merdeka.

Kuching: Orang ramai telah dinasihatkan supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut di Padang Merdeka.

Ini kerana kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah membatalkan kebenaran menggunakan tempat itu atas alasan terdapat kerja pengubahsuaian sedang dijalankan.

Bagaimanapun, Polis Negeri Sarawak berkata perhimpunan itu hanya boleh diadakan sekiranya penganjur mendapat kebenaran daripada pemilik lokasi dan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kota Kinabalu: Polis berkata perhimpunan itu tidak boleh diadakan di Tanjung Lipat kerana pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu enggan memberikan kebenaran.

4. APA KATA BERSIH 2.0

Kuala Lumpur: Maria Chin berkata Bersih 4.0 akan diteruskan seperti dirancang walaupun gagal mendapat permit.

Bersih 2.0 juga menolak cadangan DBKL untuk menangguhkan perhimpunan tersebut.

Maria berkata, dari segi keselamatan, Bersih 2.0 telah menyediakan pasukan keselamatannya sendiri iaitu sejumlah 2,000 orang untuk mengawal orang ramai dan lalu lintas.

Selain itu, sejumlah 200 sukarelawan juga ditempatkan di lokasi-lokasi berbeza untuk memastikan kebersihan.

Maria Chin berkata Bersih 4.0 akan diteruskan seperti dirancang walaupun gagal mendapat permit. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR


Tambahnya, orang ramai dan peniaga di KL boleh menjalankan aktiviti dan perniagaan mereka seperti biasa.

Tambahnya lagi, peserta perhimpunan perlu datang bersiap sedia dengan makanan dan selimut untuk berkhemah di Dataran Merdeka pada malam sebelum perhimpunan tersebut.

Beliau juga memberi amaran kepada mereka yang ingin membuat kacau agar tidak mengganggu perhimpunan tersebut kerana acara itu diadakan secara aman.

Kota Kinabalu: Penganjur Bersih 4.0 di Sabah berkata perhimpunan akan tetap diadakan sepertimana dirancang, walaupun masih gagal mendapatkan kebenaran.

Penganjur dilapor akan cuba berunding dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan pihak polis untuk tujuan itu.

Kuching: Penganjur Bersih 4.0 di Sarawak juga bercadang untuk merayu kepada kerajaan negeri dan Dewan Bandaraya Utara Kuching bagi mendapatkan kebenaran mengadakan perhimpunan sepertimana dirancang.



Quote uniq61 26-8-2015 09:32 AM
Lima tuntutan Bersih 4.0:
* Pilihan raya bebas dan adil
* Sebuah kerajaan yang telus
* Hak untuk berdemonstrasi
* Mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen
* Menyelamatkan ekonomi negara


1. apa yang tak bebas dan adil tu?
2. kerajaan yang telus camna?
3. hak untuk demontrasi?
4. mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen?
5. menyelamatkan ekonomi negara?

lawak bodoh je alasan semua ni..
kita boleh tengok badut badut PR buat aksi bodoh yang cuma dapat beberapa sen je buat satu ketika je..
Quote qronaldo7 26-8-2015 10:53 AM
kesan renjatan mampu membuatkan mangsa terlupa akan isu2 GST & 1MDB
Quote Lina66 26-8-2015 11:04 AM

kompem mesti ade yg bergasak ..
Quote giver 26-8-2015 11:18 AM
ouch rase geli geli kena renjat ni pasti sedap

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.065166 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top