CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

"Saya Nampak Isteri Mahu Kemasyhuran, Populariti" - Hasnol Bakal Lafaz Cerai Lusa

4-10-2022 09:35 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7947| Komen: 77|Original author: Tatod

Description: Penyanyi era 90-an, Hasnol Hassan Arif, 52, tampil mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Marina Mohin bakal terlerai pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi.
Sumber BH Online


Penyanyi era 90-an, Hasnol Hassan Arif, 52, tampil mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Marina Mohin bakal terlerai pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi.

Menerusi laporan Harian Metro, kata Hasnol, dia mengambil tindakan berkongsi perkara itu untuk makluman kepada umum bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas mereka selepas ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu Laguku Untukmu itu turut menjelaskan, perpisahan mereka adalah secara baik dan tiada permusuhan.


Sumber mStar

"Cuma kami tiada persefahaman. Jodoh kami sampai sini sahaja. Allahu a'lam," katanya menerusi Whatsapp kepada Harian Metro.

Hasnol juga berkata, rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi walaupun sudah cuba untuk mempertahankan mahligai tersebut.

"Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2013, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian.

"Bagaimanapun saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad baiklah masing-masing bawa haluan sendiri.

Sumber KopiPlanet

"Saya nak hidup tenang tanpa fikirkan apa-apa lagi selepas ini," katanya.

Tambahnya lagi, selepas urusan lafaz cerai di mahkamah, dia akan terus pulang ke Sungai Buloh, Selangor untuk tinggal dan menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun.

Sebelum mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro, kata Hasnol, keputusan untuk berpisah dengan isteri pada awalnya hanya diketahui oleh ibu, adik dan sahabat karibnya.

"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun, tak mengapa kerana kehendak Allah belaka.

"Saya tak perlu pening-pening lagi selepas Khamis ini," katanya.

Sumber FB

Untuk info, Hasnol menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18.

Hasnol berkahwin buat kali kedua dengan Marina pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.

Terdahulu, pada 2015, sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga penyanyi itu bergolak, namun kembali pulih seperti sedia kala. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rain2169 4-10-2022 08:33 AM
hasnol??? who??
Quote Lailerthee 4-10-2022 08:35 AM
rain2169 replied at 4-10-2022 08:33 AM
hasnol??? who??

Peserta GV
Quote lotionmilo 4-10-2022 08:36 AM
Gambar plss
Quote Siput_Sawah 4-10-2022 08:37 AM
Pic mano? wjo who who who?????
Quote rosewhite 4-10-2022 08:49 AM
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka.

tapi hasnol ni pun memang sendu je kan, top pun satu lagu tu je
Quote 3chanceno 4-10-2022 08:54 AM
Sapo nie & bini dia pelakon ke apa yg nak kemasyuran?
Quote roti_banjir 4-10-2022 09:12 AM
"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun tak mengapa kerana semuanya kehendak Allah belaka.


ayat tak boleh blah..... pasti ker bini ko nak populariti??? selama nih ko pon sendu, dia pon org tak kenal, tetiba ko nak claim  bini ko nak famous jer.....

ckp jer lar tak sefahaman, jodoh dah tak ada so bawak haluan memasing....

mamat nih kerja apa jer selain menyanyi sendu sekapal ngan fadzley tukang masak tuh....

at least bini ko tuh bekerjaya yer.....
Quote slyfynx 4-10-2022 09:14 AM


This Hasnol ke?

Credit rotikaya
Quote tatod 4-10-2022 09:35 AM
Sumber BH Online


Penyanyi era 90-an, Hasnol Hassan Arif, 52, tampil mendedahkan rumah tangga yang dibina bersama isteri, Marina Mohin bakal terlerai pada pagi Khamis nanti di Mahkamah Syariah Bangi.



Menerusi laporan Harian Metro, kata Hasnol, dia mengambil tindakan berkongsi perkara itu untuk makluman kepada umum bagi mengelakkan timbulnya fitnah ke atas mereka selepas ini.



Penyanyi yang popular dengan lagu Laguku Untukmu itu turut menjelaskan, perpisahan mereka adalah secara baik dan tiada permusuhan.



Sumber mStar


"Cuma kami tiada persefahaman. Jodoh kami sampai sini sahaja. Allahu a'lam," katanya menerusi Whatsapp kepada Harian Metro.



Hasnol juga berkata, rumah tangganya sudah tidak dapat diselamatkan lagi walaupun sudah cuba untuk mempertahankan mahligai tersebut.



"Selama ini saya dah lama bertahan. Kami pernah duduk berasingan banyak kali pada 2013, 2015 dan 2016 bagi mencari penyelesaian.



"Bagaimanapun saya tetap memendam rasa dan kali ini nekad baiklah masing-masing bawa haluan sendiri.



Sumber KopiPlanet


"Saya nak hidup tenang tanpa fikirkan apa-apa lagi selepas ini," katanya.



Tambahnya lagi, selepas urusan lafaz cerai di mahkamah, dia akan terus pulang ke Sungai Buloh, Selangor untuk tinggal dan menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun.



Sebelum mendedahkan perkara itu kepada Harian Metro, kata Hasnol, keputusan untuk berpisah dengan isteri pada awalnya hanya diketahui oleh ibu, adik dan sahabat karibnya.



"Saya nampak isteri mahukan kemasyhuran dan populariti. Apapun, tak mengapa kerana kehendak Allah belaka.



"Saya tak perlu pening-pening lagi selepas Khamis ini," katanya.



Sumber FB


Untuk info, Hasnol menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18.



Hasnol berkahwin buat kali kedua dengan Marina pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Haneesa Maisara yang kini berusia 11 tahun.



Terdahulu, pada 2015, sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga penyanyi itu bergolak, namun kembali pulih seperti sedia kala. - CARI








Quote elzy 4-10-2022 09:47 AM
Macam pelik statement dia.. Dia penyanyi sudah pasti perlukan populariti, alih2 bini nak cerai sebab mahu kemasyhuran dan populariti.. Pernah tengok dalam satu siaran tv, dia ditemuramah sebab dah takde job, meniaga tapi lingkup, hidup susah.. Masa tu bini dia sama2 hidup susah.. Kalau selamanya mcm tu memang laa bini tu tak sanggup.. Anak ramai, laki takde kerja tetap..
Quote ezacbee 4-10-2022 09:54 AM
Jawapan nak salahkan bini... dia pun retis sejuk beku.
Quote apikwaeh 4-10-2022 09:59 AM
Jenis lelaki ego tinggi. Susah nak berkompromi
Wife bnyk memendam dan bersabar ni..
Quote pembacagosip 4-10-2022 10:08 AM
bini nak popular????
tapi ko frozen je
Quote terpaling 4-10-2022 10:56 AM
lahh tetiba mengata bini plak??
Quote cmf_PariS 4-10-2022 11:01 AM
cuba la jgn salahkan org.. telek diri tu la
Quote codenamedream 4-10-2022 11:07 AM
Species salahkan org lain saja walaupun diri sejuk beku.

Mohon isterinya cepat dpt jodoh baru.
Quote jlo 4-10-2022 11:08 AM
tiber mengata bini dia ..sesuatu sangat
Quote TerataiMelur02 4-10-2022 11:11 AM
Padahal sendiri nak popular lepas GV tapi kesian menten sendu
Quote Nnasda53 4-10-2022 11:11 AM
Bila retis frozen nak up kan diri.
Gini la statement nya

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-12-2022 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.243315 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top