CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Tampil Separuh Bogel Di Paris Fashion Week, Guna Semburan Buat Baju Bella Hadid 'Live'

3-10-2022 08:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3353| Komen: 17

Description: Supermodel Bella Hadid tampil berani di Paris Fashion Week dengan mengenakan gaun diperbuat daripada cairan khas yang disembur pada tubuhnya ketika pertunjukan.
Supermodel Bella Hadid tampil berani di Paris Fashion Week dengan mengenakan gaun diperbuat daripada cairan khas yang disembur pada tubuhnya ketika pertunjukan.


Bella, 25, membuat kejutan berjalan separuh bogel di pertunjukan fesyen busana Coperni, menutup payu daranya dengan tangan dan hanya memakai seluar dalam berwarna putih.


IG Bella

Setibanya di pentas peragaan, Bella berdiri tegak sambil pasukan juruteknik menyembur lapisan putih pada tubuh badannya yang terdedah itu.

Model itu dilihat mengangkat tangannya satu demi satu sambil kerja-kerja semburan dilakukan perlahan-lahan sehingga berubah menjadi gaun.


Gaun itu diperbuat daripada Fabrican, fabrik yang boleh disembur seterusnya mengeras menjadi pakaian.

Kemunculan Bella di pentas runway itu tular dengan ramai memperkatakan tentangnya.




Rata-rata peminat menyamakannya dengan pertunjukan fesyen Alexander McQueen Spring 1999 yang mana model Shalom Harlow berpusing ketika dua robot menyembur cat kuning dan hitam pada pakaian putihnya.

"Bella memberi vibes McQueen.

"Bella menggembalikan era supermodel dan dia sangat sempurna!" tulis netizen.

Untuk info, Coperni dikenali dengan gayanya yang berani malah pereka fesyen ini menjadi tular pada April lalu dengan rekaan dompet kaca buatan tangan yang digayakan oleh Kylie Jenner dan Doja Cat.


Sumber: mStar

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Scheherazade 3-10-2022 08:45 PM
br tgk klip video ni sat td. jd model mmg xleh ada rasa malu kan.
Quote CiliPadiSedap 3-10-2022 10:14 PM
dia sembur cheese ke? asal pelik sangat
Quote Perawankota 4-10-2022 06:00 AM
Penatnya nak kena lentikkan badan mcmtu lama2
Quote ketambangkang 4-10-2022 08:19 AM
wahh best la lps ni gi keje takyah gosok baju, kite spray2 badan je
Quote elzy 4-10-2022 08:40 AM
Badan dan kulit cantik, half naked macam tu pun macam tengok patung..
Quote MisXoXo 4-10-2022 08:58 AM
Kt msia..alicia amin blh buat ni.body alicia pun lawoooo..kurus tgi giniii
Quote imanamsyar 4-10-2022 10:18 AM
kalau hujan cair tak?
Quote Straya 4-10-2022 11:07 AM
Bella ni sexy mmg hazab la tp respect dia punya post IG perjuangkan palestine sampai hilang kawan & contract.
Quote Prickford 4-10-2022 11:13 AM
Perawankota replied at 3-10-2022 10:00 PM
Penatnya nak kena lentikkan badan mcmtu lama2

Kalau iolls dah habis cramp dok melentik2 ni.

Quote Prickford 4-10-2022 11:23 AM
Ingat lagi Bella Hadid dapat nombor 1 utk muka paling perfect. Tapi last2 kantoi, sheolls buat plastic surgery.
Quote esbok 4-10-2022 12:49 PM
Perawankota replied at 4-10-2022 06:00 AM
Penatnya nak kena lentikkan badan mcmtu lama2

body perempuan ni, tak payah nak dilentikkan. mmg natural nampak lentik. tuan badan rasa biasa je berdiri macam  biasa
Quote AcikBuncit 4-10-2022 06:33 PM
Ni acik setuju sbb body acik pn jenis lentik.. Aummm
Quote borrow 4-10-2022 09:03 PM
Fabrican : The product is an instant spray-on. It is made of polymers and natural or synthetic fibres. When these materials come in contact with air, they dry up, resulting in a non-woven fabric (https://www.lifestyleasia.com/ind/style/fashion/fabrican-everything-to-know-about-the-instant-spray-on-material/)

Boleh masuk dlm prepper list hehe
Quote beatgirlX 5-10-2022 03:33 PM
Mata ku nak focus yg penyembur rmbut panjang tu tapi x dpt tgk bebetul laaaa
Quote Page88 8-10-2022 07:39 AM
A huge no from me. Spray on is nice but not realistic in real weather.
Quote Page88 8-10-2022 07:39 AM
A huge no from me. Spray on is nice but not realistic in real weather.
Quote marchikobonzo 8-10-2022 11:37 AM
Bak kata Diet Prada - Coperny during PFW kali ni worthy of the fashion history books

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051584 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top