CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bad Indigo Dedah Cerai Sebab Diri Sendiri Tak Jujur, Minta Orang Ramai Henti Kecam Ashira

3-10-2022 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6498| Komen: 48

Description: Penyanyi Bad Indigo mendedahkan penceraiannya bersama bekas isteri, Ashira Aziz berpunca dari dirinya yang tidak bersikap jujur sejak awal perkahwinan.
Penyanyi Bad Indigo mendedahkan penceraiannya bersama bekas isteri, Ashira Aziz berpunca dari dirinya yang tidak bersikap jujur sejak awal perkahwinan.

Takut kehilangan Ashira jika mendedahkan mengenai penyakit yang dihadapi, Bad atau nama penuhnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menyesali tindakan yang diambilnya itu.


IG Ashira

"Punca penceraian adalah kerana saya tidak bersikap jujur terhadap Ashira sejak awal perkahwinan. Bukan membabitkan orang ketiga atau sebagainya, namun saya tidak berterus terang mengenai penyakit yang saya alami.

"Mungkin saya tidak menyedari kepentingan berkongsi mengenai perkara itu, sebaliknya tidak bersikap berterus-terang kerana takut akan kehilangannya. Jadi, bukan berpunca daripada dia tidak mahu menjaga saya dan sebagainya.


"Memandangkan kami tidak berkongsi punca penceraian, ramai yang menyalahkan Ashira dan terus mengecamnya. Jangan menuduh tanpa mengetahui pucuk pangkal cerita.

"Berhentilah menghentam dan mengecamnya kerana Ashira juga berhak untuk bahagia sama seperti orang lain. Saya yang bersalah dalam hal ini dan berhentilah menyalahkan Ashira," katanya.


IG Bad

Bad menolak cakap-cakap negatif mengenai pendapat sesetengah pihak yang mendakwa perceraiannya bersama Ashira disebabkan bekas isterinya itu yang tidak mampu untuk berdepan dengan masalah kesihatan yang dihadapinnya.

Bad menjelaskan, ramai yang ingin mengetahui punca sebenar perceraian mereka kerana ada yang menganggap pengumuman yang dilakukan oleh mereka seolah-olah tergantung dan tidak bertitik noktah.

Tambah Bad, tiada istilah bekas isteri berpisah kerana tidak tahan untuk menjaga dirinya yang sedang sakit.

Katanya, netizen akan mencari punca sebab mereka bercerai kerana cerita mereka selepas berpisah dilihat seolah-olah tidak ada penutup.



Terdahulu, Bad terpaksa menjalani pembedahan membuang tiga jadi kaki akibat diabetes pada 9 Mei lalu.

Kemudian, Bad dan bekas isteri, Ashira mengumumkan yang mereka telah bercerai menerusi sebuah hantaran video pada 23 Jun lalu.

Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu selepas mereka sama-sama menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 3-10-2022 06:55 PM
Bape bnyk thread ashira nk bukak ni????
Quote faraway1 3-10-2022 06:58 PM
Biarlah asbira tu nak berlaki baru, dia berhak.

Tu yang suib tu dari bini baru meninggal sampai sekarang asyik kisah nak berlaki.. Lagi bosan sebab kubur merah lagi tu
Quote pocongkiutss 3-10-2022 07:00 PM
faraway1 replied at 3-10-2022 06:58 PM
Biarlah asbira tu nak berlaki baru, dia berhak.

Tu yang suib tu dari bini baru meninggal sampai sek ...

Suib nk berbini sis..bukan nak berlaki..rogayah namanya tu kalau dia nak berlaki
Quote lazim 3-10-2022 07:04 PM
Asyira cuma perlu menggunakan otak sikit shj. Dpt jntan baru diam sdh.  Bila announce gitu org mnyampah. Tp nmpknya she mmg xde otak.  Masa tgh org suka lps gv bantai seksi2.  Trs xberjaya jd nana 2.0
Quote Belibis 3-10-2022 07:45 PM
faraway1: Biarlah asbira tu nak berlaki  ...

Bila masa pulak suib nak berlaki? Dia bukan gay.
Quote faraway1 3-10-2022 09:53 PM
pocongkiutss replied at 3-10-2022 06:00 AM
Suib nk berbini sis..bukan nak berlaki..rogayah namanya tu kalau dia nak berlaki

Hahhahaha merci, punya meluat sampai lupa dia lelaki
Quote Incanto 3-10-2022 10:05 PM
bnyknya thread pasal dua org ni

Quote missyL 4-10-2022 01:33 AM
Bad bad.
Mmg la rupenye die xjujur.
Agknye klo bgthu awal2 die sakit ashira pn xnk
X bek tau tipu
Quote Perawankota 4-10-2022 06:13 AM
Tak tau nak kesian ke sapa.. Patut Dua2 diam LG bagus...
Quote Suchi 4-10-2022 07:19 AM
lazim replied at 3-10-2022 07:04 PM
Asyira cuma perlu menggunakan otak sikit shj. Dpt jntan baru diam sdh.  Bila announce gitu org mnyam ...

Haa kan, masa kat GV ramai kesian kat dia sbb dia kata dia paling meskin umah pun takda.
Gamaknya tu Bad berkenan kot tp yela tak selamanya PKP pun, kelab pun dah bukak balik.
Dia pun dah tak pakai tudung, kembali nyanyi dan ada duit balik.

Bab ada boipren tu yelaa patut diam2 dulu sbb baru je lagi kan cerai opkos org mengata, walaupun Bad dh buat video tu pun yg kelakor netizen tetap gak mengata sampai gaduh2 berbalas komen ngn Ashira tu.
Quote azimodin 4-10-2022 08:14 AM
Hmm..dua2 side pon kesian. Bad nampak sungguh2 la jaga ashira. At the same time bukan senang nak jaga orang sakit, apatah lagi orang tu kita baru je kenal. Cuma silapnya si ashira ni menayang awal sangat.
Quote bulalof 4-10-2022 08:22 AM
move on je lah. asyik meratap meraban x sudah2.
Quote Pujangga22 4-10-2022 08:32 AM
tak psl2 smpai keje cuci pinggan
Quote elzy 4-10-2022 08:43 AM
Itulah ujian hidup buat mereka..
Quote ketambangkang 4-10-2022 08:50 AM
ashira & oshin org yg sama eh?
Quote roti_banjir 4-10-2022 09:27 AM
tak tau kenapa, aku bila tgk dedua org nih, rasa kesian nau.....

si bad nih nampak memang sayang kat si Ashira tuh and si Ashira tuh pon nampak mcm sayang gak kat si Bad... tuh sebab even pas cerai, derang still care for each other....

Ashira tuh selalu jer amik berat dan nak tolong si Bad tuh, tapi aku rasa si Bad nih yg rasa bersalah kat Ashira.... dan derang adalah contoh pasangan yang matang dalam perhubungan.... kawen sekejap, si bad tak terus terang, kecewa si Ashira, semua derang simpan dan senyum jer...

and aku rasa, si ashira tuh belum sepenuhnya move on pon....

and si bad tuh lepaskan Ashira mungkin sebab dia taknak Ashira terus bertahan atas dasar kesian, bukan lagi kasih sayang.....
Quote ashilalat 4-10-2022 09:34 AM
ketambangkang replied at 4-10-2022 08:50 AM
ashira & oshin org yg sama eh?


Dulu mmg ada penyanyi lain nama Oshin. Ashira ni lain.

Tp dalam family Ashira, Ashira dipanggil Oshin oleh nenek, mak ayah, adik beradik nya.

By the way, Ashira ni adik kepada penyanyi Shasha Sehelai Daun Setitis Embun. One hit wonder tahun 1994.
Quote ketambangkang 4-10-2022 09:59 AM
ashilalat replied at 4-10-2022 09:34 AM
Dulu mmg ada penyanyi lain nama Oshin. Ashira ni lain.

Tp dalam family Ashira, Ashira dipanggil O ...

ooo ye aku ingat lg shasha tu glamer gak dulu...adik beradik kesahnya
ingat sgt kat oshin tu sbb dia pernah masuk Sehati Berdansa dulu ngn laki dia...ingatkan org yg sama  

Quote KamikuP 4-10-2022 10:00 AM
Mohon bukak thread Ashira bole komen tiap tiuap hari

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.058115 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top