CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Johnny Depp Terpaksa Guna Ubat Kumur Sebab Angelina Jolie Enggan Bercium

1-10-2022 07:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4094| Komen: 32

Description: Adegan berkucupan mungkin kelihatan biasa dalam dunia Hollywood. Apatah lagi bidang lakonan menuntut pelakon bersikap profesional dalam melakukan babak tersebut.Angelina Jolie sebelum ini dikatakan en ...
Adegan berkucupan mungkin kelihatan biasa dalam dunia Hollywood. Apatah lagi bidang lakonan menuntut pelakon bersikap profesional dalam melakukan babak tersebut.


Angelina Jolie sebelum ini dikatakan enggan mencium Johnny Depp ketika penggambaran untuk The Tourist kerana didakwa nafas berbau.


IMDb

Seorang pengguna Twitter mengatakan bahawa Angelina tidak mahu mencium Depp sehinggalah dia menggunakan ubat kumur.

Menurut Intepseleb, individu itu mendakwa Angelina enggan mencium Depp dalam “The Tourist” pada mulanya kerana nafas berbau dan dikatakan kurang menjaga kebersihan diri.


Akhirnya aktres itu meminta Depp menggunakan ubat kumur.


IMDb

Berikutan itu, ramai peminat Depp tampil membelanya. Segelintir daripada mereka menyatakan bahawa Depp merokok dan itu yang menyebabkan nafasnya tidak segar.

Depp dan Angelina menjalani proses penggambaran filem The Tourist pada 2010 dan ada babak dalam filem berkenaan memerlukan mereka bercium.

Untuk makluman, laman Buzz Feed melaporkan sumber berkata, Depp seorang yang tidak memetingkan kebersihan diri.


IMDb

Jadi, inilah yang mencetuskan berita bahawa Angelina telah menolak adegan cium dengan Johnny Depp kerana masalah kebersihan dan bau mulutnya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 1-10-2022 08:28 PM
Bila baca kisah2 artis ni, geli tau.. Ramai sebenarnya yg kita dok puja, tapi tak jaga kebersihan diri.. Ada yang tak suka gosok gigi lah, tak suka mandi lah, tak suka basuh rambut lah..

Anyway, keje aku memang kena selalu berjumpa ramai orang. Setiap kali nak masuk keje, selalunya aku akan makan dulu. So aku akan make sure aku gosok gigi n gargle dgn mouthwash.. Aku akan buat benda yg sama break time.. Even klu bulan puasa pon, time aku puasa aku akan pi toilet utk gargle mouthwash klu aku dah rasa tak selesa. Ada kata makhruh. Tapi, aku pikir aku keje, aku nk selesa.
Benda wajib dalam beg, mouthwash dengan mint/chewing gum..
Quote Mamijarum06 1-10-2022 09:10 PM
Geliiiiiii tau bab2 hygiene mulut ni. Ioll sejenis bawak toothbrush dlm handbag. Lepas makan kena gosok. Obses sikit. Ade geng tak kat sini? [em:2:]
Quote ibugarang 1-10-2022 09:12 PM
Kalo bau pun busuk, apatah lagi nk kiss
Quote jelitayu 1-10-2022 09:30 PM
eeuuuww......memang major turn off kalau mulut bau bangkai ni. mmg patut la angie soh gargle pelbagai...geli dow...
Quote Pinokiok 1-10-2022 09:31 PM
John ni nampak berserabai..ingatkan memang imej dier gituww ghupenyerr pengotor..yekkk
Quote Tembikaigoreng 1-10-2022 11:59 PM
Eh pengotor
Quote LadyCarefree 2-10-2022 12:41 AM
Mamijarum06: Geliiiiiii tau bab2 hygiene mu ...


Bila I ke UK I always buy a lot of Colgate mini disposable toothbrush. 1pack ada 24 toothbrush. iols jenis geli nak gosok gigi kat public toilet, nak guna air dari tap tu untuk kumur. Memang akan muntahlah.
Quote LadyCarefree 2-10-2022 12:44 AM
Perawankota replied at 1-10-2022 07:28 PM
Bila baca kisah2 artis ni, geli tau.. Ramai sebenarnya yg kita dok puja, tapi tak jaga kebersihan di ...

Betul. Even retis matsalleh bila close up mulut banyak je nampak gigi xelok. Eeeewwww.
Quote Perawankota 2-10-2022 12:46 AM
LadyCarefree replied at 2-10-2022 12:41 AM
Bila I ke UK I always buy a lot of Colgate mini disposable toothbrush. 1pack ada 24 toothbrush. io ...

Kat kl tak jumpa pon mini disposable toothbrush tu jual..
Quote Itzy 2-10-2022 03:36 AM
Perawankota: Bila baca kisah2 artis ni, gel ...


Ruginya puasa kau, makruh silap2 boleh batal. Apo yg kau nak takut dengan umpatan orang, sendiri faham la bulan puasa kot, memang la nafas berbau sikit. Kalau org tu mengutuk mulut kau busuk, kau kata la mulut kai wangi di sisi Allah semerbak haruman kasturi. Manusia bodoh saja kutuk mulut org berbau time puasa.
Quote LadyCarefree 2-10-2022 03:49 AM
Perawankota replied at 1-10-2022 11:46 PM
Kat kl tak jumpa pon mini disposable toothbrush tu jual..

Ha ah. KL I tak pernah jumpa. Tapi kat Guardian ada jumpa brand lain. Tak best. Kat Shopee ada yg iols guna tapi harga mahal sikitlah opkos kan.

I baca review kat listing ni ada yg cakap pakai sepanjang travelling tak bersih kot gigi unless pakai 2 sekali gosok. LOL. This isn't meant to be used as your main toothbrush tapi for quick and convenient freshen up.


https://shopee.com.my/product/50 ... 759800-1664653593.9
Quote LadyCarefree 2-10-2022 04:04 AM
Perawankota replied at 1-10-2022 07:28 PM
Bila baca kisah2 artis ni, geli tau.. Ramai sebenarnya yg kita dok puja, tapi tak jaga kebersihan di ...

Kakaperawan buat sajalah asal jangan berlebihan sampai air masuk dalam tekak dalam. Terutamanya kakaperawan kerja yg perlu cakap2 dengan public. Takkan nak buat orang geli dengan kita, kan?

https://muftiwp.gov.my/artikel/i ... outh-rinsing-gargle

Quote Page88 2-10-2022 07:28 AM
Most Hollywood actors do not practice good hygiene nor do they take baths also. (Example) Brad Pitt doesn't bath for days. Marilyn Monroe never used to wear pads when she had her periods, etc.
Quote imransulaiman 2-10-2022 10:50 AM
Sebab tu lah kalau orang hulur chewing gum atau sweets kat kita terus ambil dan ngap. Mesti orang tu perasan mulut berbau.

Cerita pasal mulut berbau, kami ada 1 colleague yang perokok tegar. Gigi memang nampak teruk. Mulut dia bau kumbahan najis!
Quote Scheherazade 2-10-2022 11:19 AM
patut la rupa pun mcm busyuk, mmg jenis busyuk rupanya.
Quote cm_asamkumbang 2-10-2022 11:42 AM
imransulaiman replied at 2-10-2022 10:50 AM
Sebab tu lah kalau orang hulur chewing gum atau sweets kat kita terus ambil dan ngap. Mesti orang tu ...

aduihhhh.. terus rasa loya tekak. mmg ada jenis ni. tak perasan ka mulut sendiri bau longkang. pelik pulak
Quote Lagubestbest 2-10-2022 12:25 PM
patut ar menjadi sungguh watak relationship tak bahagia dalam pilem ni. lmao.
Quote Gigicantik81 2-10-2022 01:37 PM
i akan letak 1 brush spare dng colgate dekat ofis so time break i boleh gosok gigi. Thats why gigi i cantik wangi and letops. Done puji diri sendiri.
Quote delia3003 2-10-2022 02:00 PM
Edited by delia3003 at 2-10-2022 02:06 PM

Ada je baca artikel pasal persediaan pelakon2 sebelum kissing scenes, ada yang gosok gigi, gargle dgn mouthwash, kunyah chewing gum. Hari tu ada terbaca Chris H tak makan daging sebelum shooting kissing scene dengan Natalie P dalam Thor 4 sebab NP vegan.

Kalau kaki minum dan perokok mesti mulut berganda bau busuk/masam kan.

My colleauges ada je yang style gosok gigi lepas lunch.

I pulak amalkan kunyah mint leaves. Tak rajin nak gosok gigi lepas lunch

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.238255 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top