CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Kami Terlalu Fokus Pada Persembahan Sampai Terlepas Pandang Baju Seksi' - Dolla

30-9-2022 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3285| Komen: 22

Description: Kumpulan Dolla akhirnya tampil membuat permohonan maaf selepas dihujani kecaman hebat netizen gara-gara berpakaian seksi ketika menjayakan satu persembahan pentas baru-baru ini.
Kumpulan Dolla akhirnya tampil membuat permohonan maaf selepas dihujani kecaman hebat netizen gara-gara berpakaian seksi ketika menjayakan satu persembahan pentas baru-baru ini.


Salah seorang ahli kumpulan yang mewakili Dolla iaitu Sabronzo mengakui terlepas pandang berhubung pemilihan pakaian mereka sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.


Foto: IG Dolla

“Itu pertama kali kami dijemput untuk acara berkenaan. Mungkin terlalu fokus kepada persembahan membuatkan kami terlepas pandang hal lain termasuk pakaian.

Dolla akui kesilapan akan perbaiki untuk jadi lebih baik.


“Mewakili Dolla, kami akui kesilapan tersebut. Kami mohon maaf dan akan memperbaiki untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” katanya kepada mStar.

Dolla ditemui ketika pelancaran lagu duet terbaharu mereka bersama Naim Daniel berjudul Mungkin Ini Adalah Lagu Yang Paling Sedih Pernah Ku Buat.


Foto: mStar

Dalam masa masa, mereka juga akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian dalam mana-mana persembahan kelak.

“Setiap penampilan kami akan berbincang dengan penata gaya dan pihak pengurusan. Jadi selepas ini kami akan lebih berhati-hati.

“Apa yang berlaku juga menjadi satu pengajaran buat kami semua. Kami akan cari jalan terbaik untuk memperbaiki segalanya,” jelasnya.

Selain Sabronzo, Dolla juga dianggotai oleh Tabby, Angel dan Syasya.

Dolla sebelum ini menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen selepas membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender minggu lalu.



Foto: IG Dolla

Pada persembahan itu, Dolla dikritik kerana didakwa terlalu berani tampil dengan gaya mencolok mata.

Malah, imej mereka juga dikatakan lebih seksi berbanding penyanyi Kpop, CL daripada kumpulan 2NE1.

Ini bukanlah kali pertama Dolla dikecam berhubung isu pakaian seksi ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 30-9-2022 11:37 PM
Yela tu
Buruk la baju tu
Buat la sexy yg classy sket
Quote she 30-9-2022 11:40 PM
Macik ok aje
Teruskannnnn
Tapi dah tetua nanti gedik2 macam Nowa
Macik keji k

Ekekeke
Quote telracs 30-9-2022 11:41 PM
"Itu pertama kali kami dijemput untuk acara berkenaan. Mungkin terlalu fokus kepada persembahan membuatkan kami terlepas pandang hal lain termasuk pakaian."

Tapi memang sentiasa sexy je.
Quote lyshafull 1-10-2022 12:55 AM
Hahahahha nari pun kejung ape la
Masa sebelum naik stage x kan la x cek baju
Quote Hoola 1-10-2022 01:37 AM
ermmmm
so lps ni xkan sexy ke? sukurrrrrrrrrrr
Quote hasniey 1-10-2022 01:52 AM
CL pon pakai jaket labuh tauu
Org korea pon tau kt Malaysia xboleh sexy2
Tiber rakyat Malaysia siap ada yg muslim pkai sexy kemain
Quote casper2022 1-10-2022 02:05 AM
try hard sgt jdi kpop.
Quote Goodluckdontcry 1-10-2022 02:07 AM
Bkn nak kutuk tp mmg nak kutuk la kut den ni... kehkehkeh..errr Rupa paras msg2, so so jer mcm den jugak..mgkin SBB Tu kene up Cara lain..mmm tahla ko labu-Labuan 4 biji..dah tua Bangka Kan, so??? So so scandalous... kehkehkeh
Quote Belibis 1-10-2022 09:25 AM
Printed 3d ke caner bahagian tek??
Quote snowflakes 1-10-2022 09:47 AM
Pakai seluar 3 suku pun ok dah... tak perlu nak pendek2 sgt...
Quote bankerpencen 1-10-2022 09:54 AM
hasniey replied at 1-10-2022 01:52 AM
CL pon pakai jaket labuh tauu
Org korea pon tau kt Malaysia xboleh sexy2
Tiber rakyat Malaysia siap  ...

CL mesti terkezut, eh aku pakai helok2 sopan2, diorang elok je pakai seksi meksi. Hahahaha

Tapi tu la memang sejak azali seksi pun acik2 dolla ni. Taklah terkejut. Biasalah muka beshe2 bakat beshe2, haruslah menyeksi lebih. Tabby je pun comel kalau nak diikutkan
Quote nakkomenjugak 1-10-2022 10:21 AM
body tengah lawaaa
kang dah body cam iol dengan backroll nyaaaa
time tu nyesal tak pernah pakai baju seksi
Quote lattehazelnut 1-10-2022 11:04 AM
Carik la stylist dik..
Kau buat show kat public event bukan stripper show..
Quote gideoncross 1-10-2022 11:44 AM
nakkomenjugak replied at 1-10-2022 10:21 AM
body tengah lawaaa
kang dah body cam iol dengan backroll nyaaaa
time tu nyesal tak pernah pakai baju ...

Netz ummah Mulayu Melesia smuanya x kena kat mata dorg, masaalah2 haha.
Quote ariellin 1-10-2022 01:42 PM
Time billie ilish aritu kemahen masing2… ni retis sndiri buat2 senyap kahakkan aje
Quote jejaka_hensem 1-10-2022 02:49 PM
Biasa2 je,xde la sexy mana pun
Tapi perut dorang cantik,mesti rajin workout ni
Quote sambaldurian 1-10-2022 03:53 PM
Suka tgk sexy2 ni [em:4:], tp baju merah tu corak jersey tu x lawa. Nk sexy pki leather jacket ke, pvc ke apa yg mcm catwoman tu. Shining2 tu.
Quote hotmak 1-10-2022 03:58 PM
perut sab tu lawa, sebab tu kena belanja takpayah artis org biasa pun ramai belanja pusat skrg ni
Quote hudalarva 1-10-2022 04:39 PM
terlepas pandang la sangat... padahal dah tau tapi buat juga sbb nak create scene kan...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.222279 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top