CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Macam Makcik Kolot, Netizen Cakap Suami Mia Ahmad Tak Support Bertudung Labuh

28-9-2022 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3083| Komen: 8

Description: Pelakon Mia Ahmad tetap cekal istiqamah bertudung labuh biarpun sering menerima pelbagai kutukan dan kritikan berkenaan penampilan terkininya itu.
Pelakon Mia Ahmad tetap cekal istiqamah bertudung labuh biarpun sering menerima pelbagai kutukan dan kritikan berkenaan penampilan terkininya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Mia menegaskan bahawa dirinya nekad untuk mengubah penampilannya demi memenuhi tuntutan Sang Pencipta.


IG Mia

“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….Sorry, I dress for Allah…” tulisnya.

Menurut Mia, ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya tidak akan istiqomah dan mendapat sokongan daripada suaminya yang merupakan pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi.


Namun, tohmahan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang ke jalan yang benar.

Menerusi perkongsian itu juga, Mia turut menzahirkan rasa syukurnya apabila dia menyedari kini lebih banyak kebaikan yang diterimanya selepas nekad untuk mengubah penampilannya.



Malah, pelakon itu juga turut menitipkan doa kepada kaum wanita yang lain agar mendapat hidayah yang berpanjangan.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyokong kenyataan pelakon itu dan memuji kecantikannya bertudung labuh.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 28-9-2022 07:11 PM
Ok soalan serious dari esah, dorang tudung labuh tapi pakai seluar senteng sebab pakai socks tu kira ok ke?
Quote gold_teeth 28-9-2022 09:31 PM
hareeeesah replied at 28-9-2022 07:11 PM
Ok soalan serious dari esah, dorang tudung labuh tapi pakai seluar senteng sebab pakai socks tu kira ...

Kan.. kwn aku pn pakai mcmtu, aku trkjut
Quote jalfa 28-9-2022 09:34 PM
Kalo nampak bentuk kaki tu tak bleyyyy...gituhhhh
Quote Mademoisellee 28-9-2022 09:40 PM
Dah tudung labuh tu senyap je la tak perlu nak justify buat statement, press conference bagai hadap pujian ke ziss? Biasa yg jenis gini tak lama pun. Yg berniqab beria announce 1 Malaysia pun hari tu pergi futsal pakai facemask je ziss

Lek lek je mcm Lisa surirumah, fazura, mizznina
Quote makita 28-9-2022 09:57 PM
Dulu msa jemput anak kt tadika ada mak ni ajak borak2. Meols pasan mak ni pkai tdung labuh hitam, baju hitam dah legging hitam. Masa nak berpisah tu baru meols pasan. Dlm kete meols terkebil2 sbb mcm first time jumpa acik tudung labuh pkai legging
Quote intan244 28-9-2022 10:36 PM
kalau labuh sgt meleret pon kena kutuk. kotor lagi. xde la senteng sgt pon seluarnya tu
Quote lyshafull 28-9-2022 10:48 PM
hareeeesah replied at 28-9-2022 07:11 PM
Ok soalan serious dari esah, dorang tudung labuh tapi pakai seluar senteng sebab pakai socks tu kira ...

Meleis mmg obses dgn purdah b tudung labuh pun
Tpi fesyen senteng tetap ikut
Fesyen katanye hahaha iols pun x faham
Quote hareeeesah 29-9-2022 08:46 AM
lyshafull replied at 28-9-2022 10:48 PM
Meleis mmg obses dgn purdah b tudung labuh pun
Tpi fesyen senteng tetap ikut
Fesyen katanye hahah ...

Selalu perasan benda ni.. yg x gebang berubah lagi bagus elok je pakai seluar or skirt sampai buku lali pastu socks bkn seluar senteng pakai socks pastu claim tutup aurat juga..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.172823 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top