CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Tak Pernah Sebut Nak Nikah Tahun Depan, Tolong Jaga Hati Keluarga Saya' - Syafiq Kyle

27-9-2022 11:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1860| Komen: 14

Description: Pelakon Syafiq Kyle menafikan sekerasnya dakwaan yang mengatakan dia mengeluarkan kenyataan dengan membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Mimi Lana pada tahun hadapan.
Pelakon Syafiq Kyle menafikan sekerasnya dakwaan yang mengatakan dia mengeluarkan kenyataan dengan membuat pengumuman bakal melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Mimi Lana pada tahun hadapan.


Syafiq berkata, jawapan yang diberikan telah diubah, memandangkan dia tidak pernah menyatakan sebarang tarikh rasmi bagi penamatan zaman bujangnya.


IG Syafiq

“Baru-baru ini, saya ada ditemu bual menerusi panggilan telefon bagi mempromosikan filem Siku 12. Pada akhir temu bual itu, saya ditanyakan soalan provokasi - bilakah saya akan tamatkan zaman bujang.

“Secara jujur dan menghormati penulis, saya beritahu mungkin bukan tahun ini dan tiada perancangan dilakukan selain jadual saya yang padat sehingga hujung tahun.


“Saya menjawab soalan di atas setelah ditanya ura-ura yang saya telah melakukan persiapan untuk majlis pernikahan pada penghujung tahun ini.

“Sepanjang temu bual berlangsung, saya tidak pernah menyatakan sebarang tarikh atau melakukan sebarang pengumuman,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, Syafiq berkata yang dia pasti akan mengumumkan tentang tarikh pernikahan jika telah sampai masanya.

“Saya mempunyai keluarga yang perlu saya jaga hati mereka… begitu juga dengan Mimi Lana. Insya-Allah, saya akan beritahu bila semuanya sudah pasti, doakan yang baik baik untuk kami,” tutup Syafiq.


IG Mimi

Terdahulu, media tempatan melaporkan yang Syafiq bakal berkahwin dengan Mimi Lana pada tahun hadapan. Menerusi laporan berkenaan, Syafiq juga dikatakan mungkin tidak akan mengikat tali pertunangan dan terus ke fasa pernikahan.


Sumber: Gempak


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jambatannetizen 28-9-2022 12:09 AM
Mimi Lana, mix dgn fashionista,
Dah cantik2 dpt manager bagus,
Masih lagi ada aura rempit. Tak boleh nafikan.
Dia dgn eyka farhana cantik cammana, aura rempit tak boleh buang
Quote she 28-9-2022 12:15 AM
Keluarga tak restu kah?
Lain macam statement petik hati keluarga nih

Dah macam Thor n Fuji
Tapi sorry Sapiq belakang sikit
Thor lagi bagus dari uols
Dia pertahankan Fuji
Siap kenalkan Fuji “ini bakal isteri saya” dekat keluarga mertua Atta

Ekau ni contoh macam Kamal Adli, Aiman Hakim dan lelain
Yang bercinta bertahun2 tapi tak berani bagi komitmen
Quote cheezel 28-9-2022 12:51 AM
Kesian mimi. Jatuh air muka laki reject. Pls la takyah terhegeh dah kt laki cmni
Quote casper2022 28-9-2022 10:06 AM
kadang2 mmg ada wartawan tambah perisa nk bg laku story
Quote Dzahin_poch 28-9-2022 10:27 AM
Kesian nya mimi
Quote prizadane 28-9-2022 10:53 AM
cari je jantan lain Mimi oi.
Kosser ah jantan gini.
Quote Lavender_Violet 28-9-2022 10:56 AM
Kamal Adli the 2nd
Blah je la Mimi...brp lama lagi ko nak tunggu
Asyik berdolak dalih je mamat ni
Quote heythere123 29-9-2022 11:48 AM
she replied at 28-9-2022 12:15 AM
Keluarga tak restu kah?
Lain macam statement petik hati keluarga nih

lah, Aiman Hakim pm agak reluctant ke dulu? iols ingatkan cepat  je timeline relationship dorang
Quote she 29-9-2022 01:10 PM
heythere123 replied at 29-9-2022 11:48 AM
lah, Aiman Hakim pm agak reluctant ke dulu? iols ingatkan cepat  je timeline relationship dorang

Dengan Fathia
Lepas tinggal Fathia gelong
Jupe Z terus kawen

Sama macam Kamal Adli
Putus dengan Intan
Elok aje kawen dengan Uqa

Kesian perempuan
Bertahun2 tunggu
Quote heythere123 29-9-2022 01:13 PM
she replied at 29-9-2022 01:10 PM
Dengan Fathia
Lepas tinggal Fathia gelong
Jupe Z terus kawen

ooo, okay iols ingat dengan si Z. Tapi tu la, kesian gak fathia tu.
Quote Nnasda53 29-9-2022 01:24 PM
Tinggal je la mamat ni mimi oiii.
Statement poyo je.
Quote Fatinzameri 29-9-2022 01:43 PM
Ikutla nak nikah bila2
Quote TabletSusu 29-9-2022 01:49 PM
betullah ckp sapik tu.. dia x buat apa2 perancangan lg.. ntah2 x diskas pun lg dgn mimi.. ntah2 mimi pun xnak dah dgn sapik n dah ada boipren ke.. sesukahati je wartawan ckp gitu
Quote Kurex 29-9-2022 01:53 PM
Bila sapik nak keluarkan video cikcap terharu

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.060180 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top