CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rizman Ruzaini Cipta Sejarah Buat Perarakan Di Bukit Bintang, Sasar Jualan RM10 Juta

27-9-2022 11:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6611| Komen: 77

Description: Sejarah tercipta pada Selasa lalu apabila jenama fesyen terkenal negara Rizman Ruzaini membuat kejutan melalui perarakan fesyen di Bukit Bintang dengan mengumpulkan 50 jelitawan yang terdiri daripada ...
IG Rizman Ruzaini


Sejarah tercipta pada Selasa lalu apabila jenama fesyen terkenal negara Rizman Ruzaini membuat kejutan melalui perarakan fesyen di Bukit Bintang dengan mengumpulkan 50 jelitawan yang terdiri daripada model, ratu cantik serta bintang media sosial. 

Apa yang cukup mencuri tumpuan bagaimana kesemua mereka ini mengenakan pakaian Rizman Ruzaini yang terkenal melalui rekaan elegan dan eksklusif.



Menurut Rizman walaupun perarakan fesyen ini perkara biasa di bandar-bandar besar dunia, namun ini adalah kali pertama Kuala Lumpur menyaksikan acara yang cukup berprestij ini.

“Ini juga sebagai cara untuk kami menghargai mereka yang selama ini bersama jenama Rizman Ruzaini sejak 17 tahun lalu. Wajah-wajah inilah yang memperagakan Rizman Ruzaini daripada kami bukan sesiapa dan kini menjadi antara jenama utama di negara ini.

“Jika dilihat ini juga kali pertama perarakan fesyen seperti ini berlaku di Malaysia. Menjadi harapan kami untuk melihat Kuala Lumpur turut tersenarai sebagai antara bandar fesyen suatu hari nanti, sama seperti Milan dan Paris,” katanya.



Sementara itu, menuju ke sasaran jualan 10 Juta ringgit untuk tahun ini, Rizman Ruzaini juga turut memperkenalkan produk aksesori fesyen terbaharu Basic Tote Beg. 

Jelasnya, melihat sambutan yang diterima bag ini tahun lalu, membuatkan mereka yakin untuk tampil dengan lima warna berbeza untuk tahun ini.

Malah, lebih mengejutkan apabila beg yang baru dilancarkan ini kehabisan stok untuk beberapa warna selepas beberapa jam dijual melalui rizmanruzaini.my.

“Melihat sambutan yang diterima tahun lepas memang kami yakin untuk keluarkan beg ini dengan kuantiti yang lebih banyak kali ini. Cuma tidak sangka ada beberapa warna yang sudah habis di jual antaranya warna hitam.

“Mengekalkan kualiti yang sama, menjadi fokus kami untuk memastikan setiap produk di bawah jenama ini mampu dimiliki semua gologan. Sebab itu ada yang terkejut bila harga beg tote basic ini hanya RM149,” katanya.



Sementara itu menurut Rizman walaupun ada beberapa warna yang sudah habis dijual, namun pihaknya akan berusaha untuk menambah stok beg melalui warna pilihan sedikit masa lagi.

Jelasnya melalui perancangan perniagaan yang dibuat pihaknya menjadi harapan agar semua produk Rizman Ruzaini dapat dinikmati semua golongan dengan harga mampu milik.

Melihat kemampuan perniagaan berasaskan fesyen ini yang semakin bergerak maju di negara ini, tambahnya pihaknya juga dalam perancangan untuk memperkenalkan kedai utama berbentuk fizikal untuk memudahkan pelanggan dan pengguna produk ini melawat jenama ini secara terus.



“Memang ada dalam perancangan kami untuk membuka kedai utama tidak lama lagi. Mungkin dua tahun lalu kita lebih suka membeli secara atas talian tetapi dalam tempoh sekarang ramai yang lebih senang untuk melihat dan merasa sendiri material setiap produk yang dijual.

“Jadi saya sudah berbincang dengan pasukan saya untuk membuka sebuah kedai utama tidak lama lagi. Di mana lokasinya kami akan umumkan sedikit masa lagi,” jelasnya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NadineNajmie 27-9-2022 11:18 PM
Nak tanya baju baju cust yg tak dapat masa raya tu dah settle ke..
Quote mamajawie 27-9-2022 11:21 PM
NadineNajmie replied at 27-9-2022 11:18 PM
Nak tanya baju baju cust yg tak dapat masa raya tu dah settle ke..

Fuh, sampai da nak raya deepavali takkan la x setel lagi chuollss?orang tu beli hat RTW ke custom made?
Quote lee_sakura 27-9-2022 11:34 PM
kwn theyols nama sheila mohamad tu dh jd pompuan terus eh, dh mcm kembar bini rizman tu plak
Quote Carcosa 28-9-2022 12:19 AM
Kelempok dimana2
Quote LadyCarefree 28-9-2022 12:27 AM
RM149 macam tote bag kentot ja.
Quote orkidorkido 28-9-2022 12:30 AM
lee_sakura replied at 27-9-2022 11:34 PM
kwn theyols nama sheila mohamad tu dh jd pompuan terus eh, dh mcm kembar bini rizman tu plak

Bestfrien exbrunei kan SM tu
Quote babycc 28-9-2022 12:33 AM
NadineNajmie replied at 27-9-2022 11:18 PM
Nak tanya baju baju cust yg tak dapat masa raya tu dah settle ke..

Settle.. tp memasing x dpt melaram masa pg raya.. da abis raya baru dpt.. pas tu ramai yg return&refund rasanya.. ye lah.. sape nak pakai da abis raya? Tu yg sampai skang pon baju2 raya tu masih lg jual dgn diskaun sampai 50% tu..
Quote casper2022 28-9-2022 12:33 AM
Edited by casper2022 at 14-10-2023 12:56 PM

............................
Quote MilanAdelynn 28-9-2022 12:35 AM
Sendu kau nyah lepas tak kawan dgn missf. Macam tiberrr nak berarak pulekkk
Quote Diamondmoney 28-9-2022 12:39 AM
MilanAdelynn replied at 28-9-2022 12:35 AM
Sendu kau nyah lepas tak kawan dgn missf. Macam tiberrr nak berarak pulekkk

Aku pun nmpak dia sendu skrg ni
Quote mzsnam 28-9-2022 12:44 AM
lee_sakura replied at 27-9-2022 11:34 PM
kwn theyols nama sheila mohamad tu dh jd pompuan terus eh, dh mcm kembar bini rizman tu plak

dia lelaki tulen kan.apasal nama shiela mohamad plak.aduhhhhhhai
Quote mzsnam 28-9-2022 12:47 AM
time besday xbff buat pelancaran.mampu milik.copy xxbff.brand rr ni laku ke tgk cam sendu je.spy terus maju jaya rr.knplah dorang gaduh kan.sayang sgt
Quote intan244 28-9-2022 12:51 AM
sasaran kemain.
Quote Fazsemput 28-9-2022 07:18 AM
Design bag2 rr iols rase x berapa cntik.. N logo rr tu stiap kli tgk mcm mata kamen rider...
Quote miamiot 28-9-2022 07:26 AM
Ajarang Zizang Semang ke nih ?? Berarak mendung kelabussss
Quote hareeeesah 28-9-2022 07:52 AM
Alahai pastu mcm mak itik jual beriya kehulu hilir birkin & dior..
Quote Thunderclouds 28-9-2022 07:53 AM
Asal sembang sale musti jota jota. Xminat beg yg splattered ngn brand logos.
Quote Geeayden 28-9-2022 07:53 AM
Sasaran bukan kaleng2 10 juta. Faz selama ni x pernah keluar statment sasaran biz dia. Ajaran jijan semang mesti ada sasaran puluh juta.
Quote BknMaksum 28-9-2022 07:56 AM
NadineNajmie replied at 27-9-2022 11:18 PM
Nak tanya baju baju cust yg tak dapat masa raya tu dah settle ke..

Ehh ade kes ker rr nie? Nmpk mcm clean jerr. Maap iols tertinggal train.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.091243 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top