Selepas bekas suami Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mendedahkan hasrat untuk berkahwin lagi baru-baru ini, penyanyi itu juga membuat pendedahan bahawa masih ada lelaki mendambakan cintanya.
Berkongsi menerusi Instastory, Lufya memuat naik tangkap layar mesej di laman sosial yang diterimanya daripada lelaki yang ingin mengenalinya. Janda anak satu itu bagaimanapun menjelaskan mencari calon suami bukan keutamaannya buat masa ini. Malah, dia tidak mahu meletakkan harapan tinggi untuk membuka hatinya kembali hidup berpasangan. "Kita jangan berharap pada manusi. Belum tentu mereka akan bahagiakan kita," tulisnya. Lufya yang sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia empat tahun. Mereka bagaimanapun bercerai pada 17 Jun 2020. Bilalah agaknya Lufya nak buka semula hatinya untuk kembali bercinta? - CARI
|
lazim replied at 27-9-2022 09:23 PM
Mesti doc tu nyesal terkawen dgn bimbo kn.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
19-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070680 second(s), 48 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.