CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Neelofa Nak Pergi Bercuti, "Masa Tu Orang Boleh Tengok Muka Bilal, Dah Tak Boleh Sorok"

27-9-2022 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 43116| Komen: 675

Description: Sekian lama peminat ternanti-nanti menatap wajah Muhammad Bilal, selebriti dan usahawan Neelofa memberitahu sedia berkongsi foto bayi lelakinya itu dalam masa terdekat.
Sekian lama peminat ternanti-nanti menatap wajah Muhammad Bilal, selebriti dan usahawan Neelofa memberitahu sedia berkongsi foto bayi lelakinya itu dalam masa terdekat.


Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berkata, sejajar dengan pembesaran Bilal yang bakal mencecah usia setahun tidak lama lagi, adalah mustahil untuknya terus menyembunyikan wajah anaknya itu.

Foto: IG

“Sama juga seperti anak-anak lain, Bilal juga melalaui proses pembesaran. Tak lama lagi saya pun dah tak boleh nak tutup lagi wajah dia.

“Saya juga merancang untuk bercuti bersama keluarga tidak lama lagi. Mungkin masa itu orang dah boleh nampak dan saya tak boleh nak sekat lagi. Anda semua boleh lihat dengan sendiri,” katanya kepada mStar.



Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran produk terbaharu keluaran syarikatnya iaitu Nilofa Plus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam masa sama Neelofa tidak pernah ambil kisah apabila ada pihak yang cuba mempersendakan tindakannya tidak mendedahkan wajah Bilal sebelum ini.



“Apa boleh buat kalau orang nak jadikan bahan jenaka. Di sebalik semua itu pastinya ada doa buat Bilal.

“Saya sering bawa Bilal keluar rumah dan jika ada yang mahu lihat wajahnya, saya tidak pernah halang. Cuma mereka yang berjumpa Bilal sangat menghormati privasi kami,” ujarnya.

Bilal merupakan anak sulung Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz yang dilahirkan pada 29 Januari lalu.



Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.

Berkongsi tentang perkembangan terkini Bilal, kata Neelofa sebagai ibu dia sangat teruja setiap kali anaknya itu melalui proses peralihan yang semakin dewasa.



“Sekarang Bilal dah boleh merangkak. Semestinya sebagai ibu saya amat teruja melihat semua proses pembesaran anak-anak.

“Saya dan Haris mahu lihat Bilal membesar secara normal,” jelasnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MatDeghem 27-9-2022 06:54 PM
Yeayyyy....nombol shatuuu
Quote immaryjane 27-9-2022 06:58 PM
Kawen 2021, 2022 bilal keluar. Honeymoon dkt melangkawi sajokkk. Dia mmg tk sabar nk anak ke ape? Dgn laki mcm bdk2 tu, tk sempat nk manje2 dgn laki, dh ade anak dh.

Dah name nye rezeki ye dop. Skrg boleh la gunakn anak. Nk guna la laki, laki kejung tk membantu. Kecuali bab mndtgkn duit
Quote casper2022 27-9-2022 06:58 PM
ingt kan nk bercuti pakai kan budak tu baju angkasawan. hahaha
lantak ko la jah...
Quote BknMaksum 27-9-2022 06:59 PM
MatDeghem replied at 27-9-2022 06:54 PM
Yeayyyy....nombol shatuuu

Aikkkk..laju bg mat ehhh
Quote Peachlilac 27-9-2022 07:39 PM
Dia ni mmg suka buat announcement eh. Hahahhaha
Quote samshik 27-9-2022 07:40 PM
Osetad xbg bercuti obersea ke???
Quote KucingBiru 27-9-2022 07:41 PM
Fazura pi bercuti sempena bday, dan dan up kisah nak pi bercuti bawak bilal jugak...
Quote Gugucat 27-9-2022 07:48 PM
KucingBiru replied at 27-9-2022 07:41 PM
Fazura pi bercuti sempena bday, dan dan up kisah nak pi bercuti bawak bilal jugak...

Yang tau je tau uolls.
Quote BknMaksum 27-9-2022 07:53 PM
Gugucat replied at 27-9-2022 07:48 PM
Yang tau je tau uolls.

Benakians tau tp buat2 tak tau. Nk jugek iols seru langaus2 msk thread ni. Tp itulah benakians hanya melangau di thread faz jer. Kat thread idolat sdrik sunyi sepi.
Quote jihyomelly 27-9-2022 07:57 PM
BknMaksum replied at 27-9-2022 06:59 PM
Aikkkk..laju bg mat ehhh

kan bang mat dah claim no syatuuuuuuu sepantas kilat bang mat don’t play2
Quote jihyomelly 27-9-2022 08:01 PM
Peachlilac replied at 27-9-2022 07:39 PM
Dia ni mmg suka buat announcement eh. Hahahhaha

kang follower tak tahu tak la alert..kan follower tazzabar nak tgk…kena la buat announcement - sepenuh perhatian retis terpaling no syatuuuuuu dlm semua hal…
Quote BknMaksum 27-9-2022 08:01 PM
jihyomelly replied at 27-9-2022 07:57 PM
kan bang mat dah claim no syatuuuuuuu sepantas kilat bang mat don’t play2

Kenot play2…tacoddd..Bg mat terpaling no syatuuuuu jugek
Quote missyL 27-9-2022 08:02 PM
Tibe2 terpikir klo billie blom lahir ape je jah nk buat content supaya diri nye di sebut2 ye. Hahahahah
Quote she 27-9-2022 08:25 PM
Bilal dah boleh cakap belom?
Macik tashaaabar nak tunggu Bilal pindah ereb
Quote endihesh 27-9-2022 08:26 PM
canang nak berhijrah tanah arab - taktau jd ke tak..
canang nak bercuti sekeluarga - taktau jd ke tak..
sembang kari je lebih ni
Quote Acikgomen 27-9-2022 08:28 PM
Tuari ckp nak pindah tanah ereb, ujong2 pi dok kat Sri petaling
Harini ckp nak pi holiday, jgn2 piknik kat jogging track tepi stadium bukit jalil tu sudahhhhhh
Quote oklatu85 27-9-2022 08:29 PM
Nak jugak bercuti dengan keluarga.. ajak acik mat Noor sekali..jangan lupa
Quote Hoola 27-9-2022 08:29 PM
bilal tersenyum sinis
Quote Masukkeluar 27-9-2022 08:30 PM
msti laa dia teringin nk bcuti..tgk org lain sakan bwk ank bercuti smpai oversea. kesian kn disebabkn nk jd terpaling sorok ank smpai xdpt gi mn mn..bagus lah ikut la lg ckp puyu tak hbis sekolah tu..

Lihat semua komen(675)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:29 PM GMT+8 , Processed in 0.779495 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top