CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tempat Simpanan Pecah- Barang Berharga, Dokumen Penting Achey Habis Terbang, Lesap Di Lebuh Raya

27-9-2022 05:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3050| Komen: 26

Description: Achey memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat simpanan di atas kereta miliknya pecah.
Achey memohon jasa baik orang ramai untuk memulangkan semula beberapa barang peribadi miliknya yang hilang dipercayai bertaburan selepas tempat simpanan di atas kereta miliknya pecah.


Achey berkata, kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan dari Ipoh menuju ke Kuala Lumpur sebelum menyedari hal tersebut ketika tiba di Behrang, Perak.

Foto: IG

"Semalam (Isnin) ketika dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Lumpur, tong tempat simpanan ini pecah dan terbuka. Kosong terus barang-barang di dalamnya. Mungkin terbang ketika kereta sedang bergerak.

"Sampai di kawasan Behrang, baru saya tersedar... kalau ada yang terjumpa boleh hubungi saya di Instagram. Saya minta jasa baik orang ramai," katanya.




Achey berkongsi perkara berkenaan menerusi hantaran di lnstagram miliknya pada Selasa sambil menunjukkan bahagian ruang simpanan yang pecah.

Kata Achey, selain beg pakaian dan kasut, terdapat beberapa dokumen penting turut hilang akibat kejadian tersebut.



"Dalam ini (tempat simpanan) ada kasut, beg pakaian dan dokumen. Beg baju pun boleh terbang rasanya. Cuma yang penting adalah dokumen dalam plastik berwarna hijau yang saya letakkan di situ.

"Banyak barang berharga yang hilang," jelasnya lagi.



Perkongsian Achey itu turut mendapat perhatian banyak pihak yang meluahkan rasa simpati termasuk rakan artis seperti Datuk Fizz Fairuz, Atu Zero dan Rody Kristal.

Achey juga tidak menolak kemungkinan barang-barang tersebut boleh terjatuh disebabkan pemanduannya ketika itu agak laju. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-9-2022 05:13 PM
Itu sbb meolls tak caya dgn kompartment simpana brg atas kereta tu
Quote kotakominami 27-9-2022 05:15 PM
Selama ni aku ingat org angkut bot kat atas tu....baru ku tahu tempat simpan brg
Quote che-cikL 27-9-2022 05:24 PM
Ingat dah locked tapi hanya rapat saja lah tu. Isyy benda berterabur, bukan jatuh gedebuk selambak. Kalau org jumpa pun, payah org teringat nak cari ownernya.
Quote ezacbee 27-9-2022 06:25 PM
Oo senang pecah rupanya.. Tak bagus la pasang tu. Angkut dokumen penting pastu buh atas bumbung. Melayang laa..
Quote suka2 27-9-2022 06:33 PM
Dokumen penting dah kenapa x bawa masuk dlm kete. Kasut beg tu ok la nk simpan kat compartment luar tu
Quote laksmanabentan 27-9-2022 06:38 PM
suka2 replied at 27-9-2022 06:33 PM
Dokumen penting dah kenapa x bawa masuk dlm kete. Kasut beg tu ok la nk simpan kat compartment luar  ...

kereta penuh sgt ker sampai letak barang2 peribadi kat compartment luar tu?
berapa ramai yang duduk dalam kerete dia tu sampai takde ruang luggage tuh....

kalau kasut okay la paham...
ini dokumen penting letak kat compartment luar?
hahahaha... banyak sgt ker dokumen dia tu sampai kena letak luar...
mmmm.....
Quote Prickford 27-9-2022 06:45 PM
Adoiii document2 penting & barang berharga kalau travel jgn simpan atas compartment atas tu. Hilang atau lupa nak keluarkan masa park kereta bikin haru je. Kenapa leka & lalai sangat Acheyyy oiii.... Benda2 penting mcm tu, letak dalam kereta. Tak kan la document2 kau berkoyan2 macam filing dekat ofis Megah Holding!
Quote TabletSusu 27-9-2022 06:56 PM
bahaya giler.. beg baju.. kasut2 yg jatuh tu.. klu lah time jatuh tu kena keta ke motor ke.. naya pak karim
Quote MatDeghem 27-9-2022 07:02 PM
Betul ke...atau buat Citer untuk content
Quote ekselen 27-9-2022 07:15 PM
Prickford replied at 27-9-2022 06:45 PM
Adoiii document2 penting & barang berharga kalau travel jgn simpan atas compartment atas tu. Hilang  ...

Tarap2 Megah holding pekerja tentu le x lari dr 250k org hehehe...byk tu
Quote suka2 27-9-2022 07:16 PM
laksmanabentan replied at 27-9-2022 06:38 PM
kereta penuh sgt ker sampai letak barang2 peribadi kat compartment luar tu?
berapa ramai yang dudu ...

Kalau ikut cite atas tu, dokumen penting simpan dlm file hijau. Aku mcm bayangkan file plastik folder yg size envelope A4 tu. Kalau file gitu, bwk je la masuk dlm kete selit poket blkg seat. Kalau takpun jolok la bawah seat kete. Cite x logik betul
Quote nakkomenjugak 27-9-2022 11:01 PM
Jangan cakap dengan weols ko sebodoh ni...
barang penting letak kat luar
serius laaaaa...
Quote mamajawie 28-9-2022 12:01 AM
kotakominami: Selama ni aku ingat org angkut ...

Sama la aku pun ingat atas kereta tu bot..kaya2 orang malaysia banyak beli bot aku pkir dulu..
Quote mzsnam 28-9-2022 12:54 AM
nk kata tk cerdik marah.benda mcm tu letak brg2 berharga.klo ade penutup mcm kain keras yg tutup hilux tu releven jugak.ni tkde.main plak ngn angin n kelajuan mmg habiska brg.salah sendiri tk dpt nk menolong
Quote hanna88 28-9-2022 02:10 AM
dokumen patot nya letak dalam kereta la..adess
Quote she 28-9-2022 02:20 AM
Tak rasa benda tu pecah masa atas highway
Rasanya ada orang dah ketuk box tu dan amek barang awal lagi
Kalau atas highway jadi macam ni
Barang dok terbang atas kereta
Kereta belakang akang highbeam
Atau alertkan kita something berlaku

Box atas kereta ni orang tak letak dokumen
Orang letak brg2 je
Beg baju pun tak letak situ
Sebab tak selamat
Nak harapkan mangga tu je semata

Quote she 28-9-2022 02:22 AM
kotakominami replied at 27-9-2022 05:15 PM
Selama ni aku ingat org angkut bot kat atas tu....baru ku tahu tempat simpan brg

Ada banyak jenis
Ada yang letak rooftop tent macam James Baroud tu
Ada yang letak tong air macam geng offroad
Ada yang letak box macam Achey ni
Quote laksmanabentan 28-9-2022 08:48 AM
suka2 replied at 27-9-2022 07:16 PM
Kalau ikut cite atas tu, dokumen penting simpan dlm file hijau. Aku mcm bayangkan file plastik fol ...

laaaa... dokumen dalam 1-2 file jer kotttt...
tak boleh simpan dalam kereta ker????
hahahhhaa....

simpan dalam kereta vs compartment di luar kereta
mana lebih selamat???
hahahhahahahaha.....
Quote cattiecute 28-9-2022 08:57 AM
iols cukup tak suka dokumen2 penting letak kat bonet la ats keta la.
selalunya letak bawah seat keta kalau desperate sangat kot keta penuh.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.071464 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top