CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tengah Memancing Jumpa Sampul Gambar Suami Isteri, Ada Tanah Kubur Mungkin Sihir Pemisah

26-9-2022 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5730| Komen: 72

Description: Seorang lelaki yang sedang memancing ngeri apabila dia terjumpa satu sampul surat misteri.
Seorang lelaki yang sedang memancing ngeri apabila dia terjumpa satu sampul surat misteri.

Kejadian itu dikongsikan di Facebook, dipercayai berlaku di sekitar bawah Jambatan Telok Sengat.


Menurutnya dia  ternampak sampul yang ditampal pada sebiji batu sebelum menarik ianya keluar ke darat untuk mengenal pasti isi kandungan sampul tersebut.

Foto: FB

Mengejutkan apabila dia lelaki itu mendapati surat tersebut mengandungi gambar pasangan suami isteri yang tak dikenali dipercayai digunakan untuk menghantar sihir pemisah.

Gambar perempuan tersebut ditutup dengan tanah hitam ataupun tanah kubur namun tidak berani untuk membelek secara mendalam kerana mula rasa seram.

Foto: FB

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai sehingga ada yang mendoakan supaya pasangan itu berada di dalam keadaan yang baik tanpa sebarang gangguan yang tak diingini namun satu komen di hantaran yang sama memaklumkan bahawa individu di dalam gambar itu merupakan rakannya.

"Ohh tuhan kawan kita ni… dah bercerai-berai dah orangnya… Kenapa la ada yang busuk hati."


Loading FB Post...

Bukan itu saja, mereka juga menyarankan agar orang lain untuk tidak sesuka hati membuka barang pelik yang mereka jumpa kerana dikhuatiri tempias kesannya akan terkena kepada diri sendiri. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 26-9-2022 03:35 PM
jahatnya manusia ni
Quote liyamariska 26-9-2022 03:37 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote anilanil 26-9-2022 03:39 PM
Tokmoh buat keje tak clean. Sama mcm kes tokmoh muda bakar gambar dlm kondo sampai jiran call bomba. Mohon customer claim refund.
Quote lolipopmanish 26-9-2022 03:47 PM
Mende lah buat keje gini ish ish ish
Quote tri-max 26-9-2022 04:52 PM
hitam nya hati, sukala tgk org cerai berai
apatah yg dapat
Quote sepiITUindah 26-9-2022 04:56 PM
acik kalau mancing selalu berangan
jumpa duit najib @ kak ros hanyut
Quote Goodluckdontcry 26-9-2022 05:06 PM
Edited by Goodluckdontcry at 26-9-2022 05:08 PM

Benda2 khurafat ni xkan pernah abis..selagi Ada manusia2 dimuka bumi ni smpla kiamat nanti..

Cumanya..den nasihatkan..klu tiada ilmu yg berkaitan..jgnla kome suka Suki nak menelek/membuka sebarang brg/benda yg bukan2 yg kome jumpa.. lebih2 LG brg yg berkaitan hal2 khurafat  ni..takut kome pun terpalit natijahnya.. hati2 ler..
Quote noor2 26-9-2022 05:18 PM
Bukan ke penyihir Rusia kata susah nk sihir org islam
Quote cmf_premierleag 26-9-2022 05:28 PM
Edited by cmf_premierleag at 26-9-2022 05:29 PM

Sbb tu akak tak suka upload gambo muka bersepah sana sini..kt socmed, wassap profile picture pun gambo yg food,pemandangan ,kucing etc je aku letak
Even kat linkedin pun takde gambar
Senang ckp, kalo  search kt google pun, mmg takde muka haku lgsg bersepah sana sini di alam cyber
Privacy to d highest level
Quote makadek 26-9-2022 06:11 PM
Elok je kering bersih laktu
Quote scorpionkiki 26-9-2022 06:39 PM
noor2 replied at 26-9-2022 05:18 PM
Bukan ke penyihir Rusia kata susah nk sihir org islam

Orang islam yg mengamalkan zikir dan solat i rasa...
Quote noor2 26-9-2022 06:42 PM
cmf_premierleag replied at 26-9-2022 05:28 PM
Sbb tu akak tak suka upload gambo muka bersepah sana sini..kt socmed, wassap profile picture pun gam ...

Akak letak gambo profile wasap muka anak2 waktu dema umur 2 tahun.....
Quote noor2 26-9-2022 06:43 PM
scorpionkiki replied at 26-9-2022 06:39 PM
Orang islam yg mengamalkan zikir dan solat i rasa...

Jom.la kita amalkan zikir dan jgn tinggal solat cik scorpion..
Quote Skuau 26-9-2022 07:00 PM
Sian orng Msia..selalu jer..jumpa 'mende x baik'...tmpt/negara lain..selalu jer jumpa benda berharga...
Quote scorpionkiki 26-9-2022 09:50 PM
noor2 replied at 26-9-2022 06:43 PM
Jom.la kita amalkan zikir dan jgn tinggal solat cik scorpion..

InsyaAllah..elok kita kurangkan makanan badan dan tambah makanan roh iaitu zikir. Bersyukur pd Allah yg panjangkan umur kita sampai kita  sempat sedar pentingnya zikir
Quote LautBiru52 26-9-2022 10:15 PM
Seram bila dikelilingi orang2 berniat jahat macam ni. Kadang2 kita tak usik dia pun, tapi dia jeles dengan kebahagian kita. Tak payah tunggu kita jahat ke dia. Hati2 la. Barangkali orang yang kita tak jangka boleh buat semua ni. Manusia dah makin giler
Quote midori888 26-9-2022 10:18 PM
makadek replied at 26-9-2022 06:11 PM
Elok je kering bersih laktu

Itu lah...adakah baru lagi
Quote blue_blur 26-9-2022 10:39 PM
kesimpulannya? percaya atau tak, tolak tepi..
sihir / black magic ni semua bangsa/negara ada..
bukan soal kolot moden ke apa, memang ada..
maka, jangan la suka suki post gambar korang kat socmed untuk santapan umum (bukan keluarga)...
manatau ada orang baru belajar nak test power...
Quote orkidorkido 26-9-2022 10:40 PM
Masih ada orang buat benda macam ni lagi. Semoga terima balasan segera.
Kesian pasangan tu, semoga terhindar dari segala kerja iblis

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.074644 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top