CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya Telah Ditelanjangkan Dengan Pelbagai Tanggapan' - Zahid

23-9-2022 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2074| Komen: 11

Description: “Saya telah diaibkan, dimalukan malah telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan.”
“Saya telah diaibkan, dimalukan malah telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan.”

Demikian kenyataan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan beliau daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).


Justeru, Presiden UMNO itu bersyukur di atas keputusan mahkamah yang memihak kepada beliau dan menyifatkan undang-undang telah diletakkan pada tempat sewajarnya sejak hari pertama dibicarakan di mahkamah.


IG Zahid

“Saya telah dihukum terlebih dahulu oleh ‘mahkamah pandangan awam’ (the court of public opinion). Alhamdulillah, pada hari Jumaat penghulu segala hari ini menyaksikan segala-galanya bahawa perundangan telah menegakkan kebenaran.


“Tentunya saya merasa bahawa apa juga yang telah dipertuduhkan kepada saya, saya merasakan biarpun harus reda dengan ujian yang telah ditimpakan ke atas saya, namun saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan ini tidak pernah saya lakukan.

“Saya amat yakin, selaku pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO ini adalah kejayaan perjuangan BN dan UMNO,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di lobi Mahkamah Shah Alam hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd. Yazid Mustafa melepas dan membebaskan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah dihadapinya selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Sebelum ini, Ahmad Zahid berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Beliau turut berdepan tujuh pertuduhan lain mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Tidak cukup dengan kes di Mahkamah Tinggi di sini, beliau juga sedang menjalani perbicaraan bela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 23-9-2022 03:13 PM
kalau zahid benar2 telanjang...mungkin acik2 porum lubang luas akan teriak keseronokan
Quote saviour_09 23-9-2022 03:55 PM
yayasan jgn lupo
Quote Purplehaz 23-9-2022 03:57 PM
Yakin kerana benar..
Ujian yg menimpa..kebenaran terbukti tampak akhirnya.
Quote renko 23-9-2022 05:39 PM
ptut jalan tegak je masuk mahkamah arini
hahahahahaah
Quote kemaruk 23-9-2022 06:08 PM
HIDUP PRESIDEN!

HIDUP UMNO!      
Quote MisXoXo 23-9-2022 07:17 PM
Menyampah dgn anak pompuan dia jugakk..
Quote missyL 23-9-2022 11:16 PM
Sehqt sejahtera sbb dah Thu menang ye.
Klo x nmpk sakit bebeno
Quote missyL 23-9-2022 11:16 PM
MisXoXo replied at 23-9-2022 07:17 PM
Menyampah dgn anak pompuan dia jugakk..

Mmg menyampah
Nti mula lah tu buat karangan kt ig puji pak die
Yg diuji nie
Quote zorrro_03 23-9-2022 11:37 PM
kau jaga2.  pelepasan pada peringkat ini bakal dihumban dengan lebih cepat pada level seterusnya... ni kalau tak kena cara shortcut ke penjara kekdahnya...
Quote sharlenetexas 7-11-2022 08:43 PM
Takde leak ke?


Quote namr 7-11-2022 08:46 PM
cepatlah kojol bangsat

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.079127 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top