Seorang wanita berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh suaminya dalam satu rompakan palsu di sekitar daerah ini, minggu lalu.
Namun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Leong Eng Eng, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorjidah Mohd. Jusan. Turut didakwa, tiga lelaki termasuk dua beradik iaitu Lim Yon Hay, 36; Lim Yon Loon, 31, dan Mok Kum Loon, 37. Mengikut pertuduhan, Eng Eng yang juga jurubahasa bebas bersama pasangan beradik itu didakwa membunuh dengan mengakibatkan kematian Chow Tiam Hee, 41.
Manakala, Kum Loon didakwa bersubahat membantu Eng Eng bersama dua beradik berkenaan untuk membunuh si mati. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Anika Baru, Sungai Udang di sini, antara pukul 1.20 hingga 1.40 pagi, 15 September lalu. Justeru, mereka melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Asnawi Abu Hanipah yang mengendalikan kes tidak menawarkan kos ikat jamin terhadap semua tertuduh. Peguam yang mewakili Eng Eng, Jarrett Ong bagaimanapun memohon jaminan kerana anak guamnya mempunyai tanggungan dua anak berusia lima dan tujuh tahun selain memberi kerjasama baik dengan polis. Noorjidah menolak permohonan itu dan menetapkan sebutan kes pada 21 November depan. Dua lagi tertuduh iaitu Yon Loon dan Kum Loon masing-masing diwakili peguam Ethan Tan dan Ayasamy Velu. Sumber: KOSMO! ONLINE
|
supernaturalee replied at 23-9-2022 04:39 PM
motif die buat semua tu
jazaa100 replied at 23-9-2022 05:27 PM
Byk hutang judi.....
Hb kena tikam 14kali.....memang nk bg mati betul
CiliPadiSedap replied at 23-9-2022 04:30 PM
cina rupanya. fikir lain
hayrin86 replied at 23-9-2022 04:31 PM
Sangkakan Melayu rupa-rupanya Cina.. BTW, takyah lagi berkira-kira kaum dah..
Tinot7 replied at 23-9-2022 05:29 PM
hb yg hutang judi ka?
jazaa100 replied at 23-9-2022 06:46 PM
Dia yg byk hutang.....
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5065418&highlight=Ister ...
pyropura replied at 23-9-2022 06:11 PM
Aku pulak ingat pompuan koliang. Melayu biasa nya laki bunuh bini
jazaa100 replied at 23-9-2022 05:27 PM
Byk hutang judi.....
Hb kena tikam 14kali.....memang nk bg mati betul
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.051303 second(s), 46 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.