CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Tak Tahu Nak Kahwin Atau Putus, Wanita Penat Jaga Pasangan Bipolar

23-9-2022 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5006| Komen: 73

Description: Tular perkongsian wanita mengenai dilema dihadapinya sama ada mahu terus setia dan bersuamikan pasangan yang disahkan menghidap masalah bipolar ataupun mengundur diri.
Tular perkongsian wanita mengenai dilema dihadapinya sama ada mahu terus setia dan bersuamikan pasangan yang disahkan menghidap masalah bipolar ataupun mengundur diri.


Walaupun seorang yang baik dan penyayang, namun dia akui tertekan apabila penyakitnya menyerang.


Gambar hiasan

Malah, dia mendedahkan pasangannya pernah melakukan cubaan membunuh diri apabila mereka bergaduh besar atau meminta untuk memutuskan perhubungan.

Apa yang membuatkan dirinya begitu tertekan, wanita yang enggan dikenali ini berkata, dia seolah-olah satu-satunya individu yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga lelaki tersebut.



Gambar hiasan

Mendedahkan lebih lanjut, wanita ini berkata dia bukan mahu 'mencari masalah' namun sudah terlambat baginya untuk berundur kerana hanya mengetahui mengenai penyakit pasangannya itu selepas mereka menjalin hubungan istimewa.

Tambah wanita ini, dia juga bimbang untuk 'berundur' kerana tidak mahu pasangannya merana dan seterusnya mengambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa.



Dia juga enggan dibelenggu perasaan bersalah pasangannya membunuh diri akibat putus cinta.



"Saya tak tahu sama ada saya patut stay atau tak, sebab kalau sayang, memang saya sayang dia. Tapi untuk menjadi satu-satunya penjaga dia, saya rasa penat sangat.

"Berurusan dengan manusia biasa pun dah memenatkan. Saya tak tahulah saya kuat ke tidak untuk hadap hari-hari sepanjang hidup. Risau mental saya pula tak stabil," luahnya yang dikongsi di Twitter TwtWedding.




Menjengah ke ruangan komen pula, rata-ratanya memberikan cadangan malah meminta wanita tersebut berfikir panjang sebelum mengambil keputusan.

Ada yang meminta dia dan pasangan mendapatkan nasihat kaunseling dan segelintirnya menyarankan supaya wanita itu memikirkan dirinya sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 23-9-2022 12:04 PM
Ape ke mental perempuan sekarang asalkan berlaki.. eh berbf..
Quote Mooverine 23-9-2022 12:10 PM
buduh la.. masih belum kawin ni, pun dah tak tahan so, dah dapat jawapan dia la..
kenapa nak seksa diri?
sayang diri sendiri dulu lah
Quote matchstick 23-9-2022 12:14 PM
Buat penat je tulis panjang2..blah je la..belum jadi laki bukan kena tuntut cerai or fasakh pun in order to leave him
Quote Atata 23-9-2022 12:20 PM
Masalahnya dia dah terlanjur sayang la hadui korang cuba lah duduk dalam kasut dia. Dilema la nak tinggalkan sambil terbayang nnt org tu bunuh diri plak. Paham tak perasaan org yg selfless ni, dia terlampau pikirkan hal ehwal orang lain dulu sebelum diri dia sendiri. Kesian minah ni, harap ada someone yg berkelayakan nak nasihatkan & guide dia utk pilih pilihan tepat
Quote Tinot7 23-9-2022 12:24 PM
iols rasa dia tak tahan.. maka tinggal je la cara baik.. kalau mamat tu ugut bunuh diri, tinggal la cara brego dgn ghosting tetibe.. tukaq nombor tepon, tukaq keje, tukaq tmpt tinggal, semua tukaq.. supaya tak kena kejaq.. kalau famili dan kengkawan dia takleh nak saport dia, baik jaga diri dulu.. deme hat jenis lepaih tangan..
Quote imanjannah 23-9-2022 12:27 PM
kalau dah kata x tahan tu, rasa syg tu dah x ada, yg ada hanya simpati, takut dan lebih kpd bersalah
Quote makita 23-9-2022 12:32 PM
Minah ni takut dpt balasan sbb tinggalkan bf dia la tu.  
Quote Artemesiaa 23-9-2022 12:34 PM
Dia dah tahu jawapan tapi saja nak kan pengesahan dan support umum
Quote lattehazelnut 23-9-2022 12:43 PM
Atata replied at 23-9-2022 12:20 PM
Masalahnya dia dah terlanjur sayang la hadui korang cuba lah duduk dalam kasut dia. Dilema la nak ti ...

Tu namanya bodoh kak stay in abusive mental relationship..
Mmg x hurt her physically tp dia enable laki utk jdkan dia hamba..
Sikit2 mintak simpati kesian nak bunuh diri..
Dia suppose get him professional help dlm rehab ke apa until dia stable..
Sblm jump minah ni ok je kan..
mak bapak n kawan dah tau dia ade gf jaga dia mmg lah lepas tgn..
Quote nikola.tesla 23-9-2022 12:44 PM
tinggalkan sajalah sebelum terlambat.bukan tanggungjawab ko dah dia nak buat apa lepastu
Quote JunkMail 23-9-2022 01:03 PM
Kau yang pilih bapak untuk anak2 kau dik. Benda boleh elak, kenapa tak elak. Bipolar ni genetik.. dok dapat anak pun mesti ada yg mewarisi
Quote SiMontel 23-9-2022 01:19 PM
alahai..sape laa dak pompuan ni..tinggal je dik... payah kalau dgn org bipolar ni...
perangai dorang tak tentu hala..kdg2 benda kecik pun boleh triggered..dari sebaik baik manusia terus jadi sesial sial manusia in split second

hargai laa diri sendiri, pentingkan diri sendiri dulu ...
Quote Manjahati 23-9-2022 01:24 PM
Sila angkat kaki n jln dik…dia ada keluarga, biarlah keluarga dia uruskan..
Quote swimswim 23-9-2022 01:36 PM
Not your responsibility selagi dia bkn part of your family members
Quote she 23-9-2022 01:58 PM
Dari jaga bf kau tu
Baik jaga mak ayah sendiri

Dia nak terjun bangunan ke terjun jambatan ke
Bukan masalah kau
Ke ekau takut rasa bersalah kan?

Ramai je pasangan suka guna kelemahan macam ni
Dia tahu pasangan dia dah tak sayang dia
Jadi hari2 asyik sebut u pergi i mati
I sanggup bunuh diri kalau u pergi
Pastu hantar gambar telan ubat lah
Gambar tali lah kerat tangan lah

Tinggalkan orang yang macam ni
Kalau betul dia nak mati
Dah lama dia mati sebelum kenal ekau dik
Quote printercomel 23-9-2022 02:17 PM
dahla kapir. bipolar pulak tu. then tak tahan nak tinggal tapi tanak dia bunuh diri. tu namanya kau tu yang nak bunuh diri. stay away from that kindda people. bipolar or multipolar partner dia better sama jenis jgk.
Quote brown_pupil 23-9-2022 02:52 PM
Dik.. pegi la cari support kat MIASA.. dia org lagi tau mcm mana nak bagi support dari mintak nasihat / support from socmed. Sebab tak semua tahu apa situasi ko.. yg depa tau kondem aje. Bipolar still boleh hadam, tapi kalau dia schizo tu, baik la angkat kaki cepat2.

Bercinta dengan org yg ada mental illness ni memang mencabar. Sometime dia ok, sometime tak. Yang paling penting, mulut sendiri kena jaga sebab kita tak sedar ayat apa yg kita cakap boleh trigger dia. Belum masuk nak hadap dia punya anxiety, suicidal thoughts.

Orang yg selalu ada suicidal thoughts ni, dia takkan terus nak bunuh diri. Kalau dia kuat, dia lawan. Kalau dia tak kuat, one minute ko tengok dia gelak2..the next minute dia terus commit.
Quote menjad 23-9-2022 02:52 PM
Tak perlu cari penyakit. Dari awal dah Tau Dan tak boleh nak hadap pun.... Tinggalkan ajer sebelum ada hubungan yg lagi kompleks. Bio kejam asal diri sendiri tak derita. Tak sanggup kot nak hadap.

Jangan anggap diri baik sangat.
Quote toynme 23-9-2022 03:06 PM
doa bnyk2 semoga Allah tunjukkan jalan...benda dah pening jgn tambah2 lagi pening...pasni nak kena hidup bedua bertiga....sayang ni boleh hilang tau tak bkn lekat sampai bila2.....

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.066227 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top